8.07.2012

Datuk Lee Chong Wei Gemar Main Bola Keranjang Dari Badminton

Tuesday, August 07, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Datuk Lee Chong Wei pemain badminton no 2 dunia dan juga hero Malaysia atas kejayaannya membawa pulang pingat perak dan merupakan satu-satunya pemain badminton negara yang berjaya ke final dua kali berturut-turut dalam acara badminton.

Tapi tahukah anda bahawa Datuk Lee Chong Wei sebenarnya gemar bermain bola keranjang dari badminton semasa zaman kanak-kanak. Namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Datuk Lee Chong Wei mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah. Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.

Satu lagi perkara `pelik’ yang mungkin harus dikongsi bersama pembaca dan peminat Chong Wei, anak muda ini tidak menggemari artis Hong Kong seperti kebanyakan anak muda berketurunan Cina di negara ini. Idolanya juga bukan bintang badminton dunia, sebaliknya kelab bola sepak terkaya di dunia, Manchester United.

sumber : www.malaysiamerdeka.gov.my

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik