7.09.2012

(Video) Seorang Ahli Politik Jordan Keluarkan Pistol Ketika Berdebat

Monday, July 09, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

AMMAN – Sebuah debat secara langsung di antara dua ahli politik berhaluan kiri menerusi siaran televisyen Jordan menjadi huru-hara apabila salah seorang panelnya bertindak mengeluarkan sepucuk pistol semasa program berjalan.

Kejadian yang berlaku di stesen saluran televisyen swasta Jo Sat itu menyaksikan Mohammad Shawabka melempar kasut kepada pesaingnya yang juga penggiat politik, Mansour Sayf Al-Din Murad selepas kedua-duanya saling bertelagah mengenai tajuk utama debat berkaitan kebangkitan pemberontakan di Syria.

Pergaduhan berlaku selepas Murad menuduh Shawabka sebagai agen kepada agensi perisik Israel (Mossad).

“Awak agen Mossad,” kata Murad kemudian disusuli tuduhan Shawabka bahawa lawannya itu adalah penjahat sebelum melemparkan kasut yang juga isyarat penghinaan dalam dunia Arab.

Laporan televisyen swasta itu menyebut, semasa pengacara debat, Mohammed Habashneh bergelut meleraikan pergaduhan itu, Murad secara tiba-tiba menolak mejanya dan berlari ke arah Shawabka yang kemudian mengeluarkan sepucuk pistol dari poket jaketnya untuk melawan.

Dua ahli Parlimen Jordan itu terus berteriak dan menolak satu sama lain sehingga siaran langsung ditamatkan.

Pergaduhan yang pastinya mengejutkan semua penonton siaran debat itu tidak mendatangkan kecederaan buat semua pihak mahupun kru rancangan televisyen itu. - Sinar Harian







0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik