7.23.2012

Cara Bayar Zakat Fitrah Guna SMS

Monday, July 23, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Kadar Zakat Fitrah untuk tahun 2012 boleh dilihat di sini. Kini dengan teknologi yang semakin memudahkan, umat islam juga boleh menunaikan zakat fitrah dengan menggunakan SMS.

Penggunaan kemudahan bayaran zakat fitrah melalui sms ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran zakat fitrah menggunakan SMS.



1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.

Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :

1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya.

Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari laman Lembaga Zakat Selangor.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik