6.27.2012

(Video) Kemalangan Bas RapidKL di Cyberjaya

Wednesday, June 27, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Pagi ini / tengahari ini (27 Jun 2012) telah berlaku satu kemalangan maut di Simpang Empat Cyberjaya 6 (berdekatan DHL) melibatkan sebuah bas RapidKL, sebuah pajero dan sebuah motorsikal. Kejadian berlaku di persimpangan berlampu isyarat. Difahamkan pemandu bas Rapidkl meninggal dunia. Punca kejadian dan berita penuh akan menyusul kemudian.





Kemaskini (10 malam)

Berikut berita penuh dari BERNAMA

Dua Lelaki Maut Akibat Langar Lampu Isyarat Merah

CYBERJAYA, 27 Jun (Bernama) -- Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini Rabu.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang DSP Zaldino Zaludin berkata kejadian dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut.

Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan, katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. - BERNAMA



Saksikan video CCTV kemalangan bas RapidKL repuh Hilux di Cyberjaya di bawah.











sumber gambar : forum lowyat (thanks)


Kemaskini 28 Jun 2012










thanks to TRUTH GUY for video link.


24 comments:

Amoi_Soya said...
Wednesday, 27 June, 2012

faiz...bkn pemandu kereta yg mati?

LiNda said...
Wednesday, 27 June, 2012

Saya salah seorang pekerja rapid kl, pemandu bas rapid kl disahkan meninggal dunia. Al- Fatihah.

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

my sis kenal pemandu tuh..sekarang jenazah ada kat hospital putrajaya.. Dgr citer dr staff rapidKL.. pajero tuh a.k.a hilux langgar lampu merah.. terlanggarlah ngan bas..then bas nih plak ada masalah ngan break..pintu bas tercabot..pemandu bas tercampak keluar..then bas berjalan smpi rempuh bukit tuh.. pemandu hilux tuh pon meninggal jugak..

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

pakcik driver 2 yg mana 1?sy hari2 naek rapid ke cyber..mungkin cam muka..innalillah..

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

2 maut nahas di Cyberjaya

2012/06/27
CYBERJAYA: Dua lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas dan kenderaan pacuan empat roda di simpang empat Persiaran APEC, di sini hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, pemandu kenderaan pacuan empat roda, Foo Hong Kam, 55, maut di tempat kejadian manakala pemandu bas RapidKL, Ismail Ahmad, 54, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, DSP Zaldino Zaludin, berkata nahas dipercayai berlaku apabila bas yang dipandu Ismail melanggar lampu isyarat merah dan merempuh kenderaan pacuan empat roda tersebut. "Bas tersebut turut melanggar sebuah motosikal, namun penunggang tersebut hanya mengalami cedera ringan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan kejadian dirakam kamera litar tertutup yang ditempatkan di situ. - BERNAMA

NOTE : BAS YANG LANGGAR LAMPU ISYARAT.......

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

Pls get your facts right. I am a family member of Mr. Foo Hong Kam. The news in Bernama and Berita Harian clearly states that RapidKLand all evidence are recorded on cctv that bus sped through the traffic light.

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

Alfatihah kepada sepupu saya Ismail Ahmad meninggal kan 4 orang anak dan isteri. Selamat di kebumikan 9.30mlm ini di Ampang.

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

KEMALANGAN BAS...
Keadaan bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54, terbabas di simpang empat Persiaran APEC, di Cyberjaya selepas...
merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Foo Hong Kam, 55, yang memecut laju di persimpangan lampu isyarat di sini, Rabu. Hong Kam maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala manakala Ismail pula disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya akibat cedera parah di kedua-dua belah kaki.
Sumber : mStar

Sekarang, mana satu cerita yang betul blogger? Dapatkan cerita yang betul boleh x? Saya kenal driver rapid tu ye...

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

Driver bas tu salah..dia yang langgar lampu isyarat..kebanyakan driver bas bawak bas macam jalan tu dorang yang punye..kat cyberjaya, dah biasa sangat driver bas bawak laju..pihak berkenaan sila ambil tindakan..sebab benda ni melibatkan banyak nyawa..

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

Halo....

Awak ada kt tempat kejadian ke nak ckp macam ni? sekarang ni ade percanggahan berita yang tersebar....ade yang cakap bas langgar lampu merah....ade yang cakap hilux yang langgar lampu merah.....jangan lupe driver kete pn ade yang suke bawak laju n suke langgar lampu merah ye.......jangan nak salahkan org je tau.....sekarang driver pn dh arwah.....so...jangan nak buruk2 kn name die....xbaek....pe2 hal pn serahkan pada pihak berkuasa untuk tentu kn....terima kasih

Anonymous said...
Wednesday, 27 June, 2012

The bus Driver was the cause of accident. He beat the red light. The victims were the 4wd driver and the motorcyclist. The accident was clearly recorded on the installed cctv. Hence there should be enough evidence to prove what causes the accident. You just got to be really cautious when driving around cyberjaya as many vehicles beat the red light.

Anonymous said...
Thursday, 28 June, 2012

Susah nak percaya la....driver bas tu jenis yg bwk bas slow punye...perlahan je xmcm driver laen.....cm ne leh katr die pecut plak....

TRUTH GUY said...
Thursday, 28 June, 2012

http://www.facebook.com/photo.php?v=3432439694605&set=vb.1378774326&type=2&theater

Tengok la cctv ni...

Kamal Batigol said...
Thursday, 28 June, 2012
This comment has been removed by the author.
Casandra K said...
Thursday, 28 June, 2012
This comment has been removed by the author.
miss labi said...
Thursday, 28 June, 2012

you can read a comment from one of the bus passenger to confirm the actual cause from this link:

http://foonicky.blogspot.com/2012/06/tragic-accident-near-dhl-cyberjaya.html

Zayed Zulkifli said...
Thursday, 28 June, 2012

tak nampak ke camera tuh...mmg sah2 bas tu salah

amin ke tun said...
Friday, 29 June, 2012

Dari kamera cctv mmg bas sedang mengejar lampu kuning...mungkin pemandu pajero begerak 1 saat lebih awal dari lampu menyala hijau..jadi berfikiran positif ... adalah lebih baik...

Nasir Abu Hassan said...
Friday, 29 June, 2012

Hello bro mulut tu jgn celupar. Tiada bukti kukuh jgn cpt jatuh hukum org. Skiranya bro brd tmpt driver bas tu yg tiada brek brfungsi (brek 0).Dlm kbetuln bru trun dr bukit. Apa yg bro patut lakukn?
Tp arwah ni telah myelamatkn pnmpgnya shgga arwah mgadaikn nyawanya. Kalu segi dr kmlangn ni arwah dah control stringnya shgga lggr pokok supaya stopkn bas. Sedekahkn al-fatihah,semoga arwah brd tmpt org soleh.

Nasir Abu Hassan said...
Friday, 29 June, 2012

Sya dah brkhimat pgkutn awam dah 16thn. Sya & mmbr yg lain dah cukup msak krenah arwah ismail ahmad. Arwah ni seorg pyabar 100%, akur sgala arahan & mmndu scara brhemah. Apa yg trjadi semuanya adalah pgjrn bg yg hidup. Supaya mnerima qada & qadar. Jgn mgaibkn arwah ini. Yg p tetap p, yg hidup laksanakn tugas yg betul brlandaskn agama. X fham jugak baca talkin sdri.Al-Fatihah.

azhari said...
Friday, 29 June, 2012

video bukti pun dah kene remove...tapi dari video tu nampak mcm brek bas problem....nampak bas tu cube pusing ke kiri...tapi untuk elakkan langgar lagi banyak kereta yang que kat traffic lite sblh kiri tu die terus je dan langgar hilux tu sbb terpaksa....al-fatihah untuk driver bas....

T!a said...
Friday, 29 June, 2012

bt0l tu. pd sape2 yg nk slahkan arwah pak cik tu .. korg mmg xptot. Pak cik tu baik kowtt.. dia xde nk sje2 bt camtu. Area tu mmg trun bukit.Aq xrse dia nk sgt kjar. Mayb mmg break xmkn.Kira da baik dia xstraight. Aq ari2 naik bus tu.. aq harap pihak rapidkl sediakan 1 kotak.. sebab aq nk brri sedikit sumbangan kat keluarga arwah tp xtau camne. Pd keluarga pak cik ti.. harapkan bersabar. Semoga arwah pak cik ditempatkan dikalangan org2 yg beriman. Amin

Sherin Intan Syakilla Zainudin said...
Saturday, 30 June, 2012

easy to say but how in u that situation ... arwah mmg tak penah memandu laju ... sesiapa yg knl ngn arwah dieorg akn tahu arwah mcm mana so pd y menunding jari mngata kan arwah bersalah tu ... please do not blame someone if u do know what the cause of accident ...

kedot said...
Sunday, 01 July, 2012

Dua-dua dah pi...toksah le memasing nak menangkan pihak memasing...jadikan pengajaran,bersabar,berhemah dan ingatlah mati...takziah buat kedua belah pihak..pakcik bus tu,semoga rohnya diyempatkan dgn org beriman..amin...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik