6.03.2012

(Gambar) iPhone 5 Mula Tersebar, Umum 11 Jun Ini ?

Sunday, June 03, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Model terbaru telefon bimbit jenama Apple, iPhone5, tersebar dalam laman web 9to5Mac, sekali gus memberi sedikit gambaran kepada peminat yang menanti kehadiran model tersebut dengan skrin yang bersaiz lebih besar.

Laman web tersebut yang mempunyai rekod baik dalam mendedahkan maklumat terbaru mengenai Apple, turut menyatakan beberapa ciri khas mengenai model baru Apple itu.



Buat kali pertama, iPhone hadir dengan skrin yang lebih besar bersaiz kira-kira 3.99 inci (10 sentimeter), dijangka mampu mengatasi telefon pintar Android yang mula menghasilkan model dengan skrin bersaiz besar antara tiga hingga empat atau lima inci sejak dua tahun lalu.

Menjelang Persidangan Pembangunan Sedunia (WDC) Apple di SAN FRANCISCO pada 11 Jun ini, peminat iPhone juga berharap syarikat itu akan mengumumkan tarikh pelancaran model terbaru itu dan juga ciri-ciri yang lebih jelas mengenainya.



Laman web 9to5Mac menganggarkan model baru itu mempunyai resolusi 1136x640 dan menghasilkan skrin yang lebih jelas serta dikeluarkan dua warna, hitam dan putih, sama seperti model terdahulu.

Ia mempunyai ciri tambahan iaitu bahagian penyambungan yang lebih kecil, bermakna aksesori lama daripada kabel pengecas sehingga pembesar suara yang bersaiz besar tidak akan dihasilkan lagi, namun terdapat peralatan penyesuai bagi memastikan aksesori lama masih boleh digunakan bagi model baru ini.

Apple juga dijangka mengemaskini aplikasinya untuk disesuaikan dengan skrin tersebut.

Model terdahulu iPhone 4S dipasarkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 14 Oktober lalu dan kali ini Apple juga dijangka melancarkan model baru itu sempena musim luruh tahun ini, walaupun syarikat itu masih belum memberi sebarang bayangan sehingga kini.

Berikutan kematian pengasasnya, Steve Jobs pada tahun lalu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) barunya, Tim Cook akan mengepalai persidangan WDC pada tahun ini, bagi membincangkan mengenai masa depan Apple, produk baru dan beberapa perubahan lain.

Dua minggu lalu, Apple dilaporkan mendaftar domain iPhone5.com, sekali gus mengukuhkan khabar angin yang mendakwa model seterusnya merupakan model terakhir yang diluluskan mendiang Jobs. - AGENSI (utusan.com.my)



sumber gambar : 9to5mac.com

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik