6.28.2012

Cermin Kereta Pelakon Kena Pecah di Masjid Geliga, Kemaman

Thursday, June 28, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Terkejut juga baca berita dari Harian Metro hari ini (28 Jun 2012), di mana cermin kereta pelakon Kartina Aziz kena pecah dan beg dilarikan ketika pelakon tersebut tunaikan solat Zuhur di Masjid Geliga, Kemaman. Aku terkejut sebab kejadian tu berlaku di kawasan letak kereta Masjid Geliga, Kemaman. Masjid Geliga Kemaman ni antara masjid terkenal juga dan selalu menjadi tempat persinggahan utama bagi mereka yang travel jauh.

Masjid Geliga Kemaman - kredit sarabeachhomestay.blogspot.com



Pelakon popular, Kartina Aziz kerugian RM10,000 termasuk wang RM4,000 apabila kereta Toyota Camry miliknya yang diletak di kawasan parkir Masjid Geliga, Kemaman, di sini, dipecahkan pencuri, Isnin lalu.

Pelakon berusia 57 tahun dari Jalan Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur itu datang ke Kemaman untuk menjalani penggambaran filem sebelum singgah di Masjid Geliga untuk menunaikan solat Zuhur, pada jam 1.30 tengah hari.


Mangsa meninggalkan beg tangan mengandungi wang RM4,000, pelbagai perhiasan, iPad, cermin mata berjenama serta dokumen peribadi di tempat duduk pemandu sebelum bergegas ke masjid.

Menurut sumber, selepas bersolat, Kartina terkejut ketika membuka pintu kereta apabila mendapati pintu di bahagian pemandu terkopak akibat diumpil manakala cermin pada bahagian atas pintu pemandu dipecahkan.




“Mangsa mendapati beg tangan ditinggalkan di atas kerusi pemandu lesap sebelum bergegas membuat laporan di Balai Polis Chukai pada jam 2.30 petang hari sama,” katanya.


Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. - Harian Metro 28 Jun 2012

nota : gambar sekadar hiasan


moral of the story : walaupun anda berada di kawasan masjid,jangan tingalkan barangan berharga dalam kereta.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik