6.14.2012

AirAsia Diarah Pulang Bayaran Tiket Kerana Tunda Penerbangan

Thursday, June 14, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Pengguna yang sudah biasa menggunakan perkhidmatan Air Asia tentu sedia maklum yang syarikat penerbangan itu kerap kali menunda penerbangan. Jika sejam dua tentu boleh diterima lagi, tapi jika berlarutan hingga berjam-jam lamanya hingga menganggu urusan-urusan kita yang lain. Sebenarnya sebagai pengguna, jika hal sedemikian berlaku kita boleh menuntut kembali hak kita melalui Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM).

Itulah yang berlaku ke atas seorang penumpang Air Asia di mana penerbangannya ditunda hampir 9 jam. Kerana tidak berpuas hati dengan penundaan tersebut, penumpang tersebut telah menfailkan tuntutannya di TTPM dan tuntutannya berjaya. Air Asia diarahkan memulangkan bayaran tiket sebanyak RM646 kepada penumpang tersebut.





PUTRAJAYA - Gara-gara menunda penerbangan sebanyak dua kali, syarikat penerbangan tambang murah AirAsia semalam diperintahkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) agar memulangkan bayaran tiket seorang penumpang sebanyak RM646.

Penumpang itu yang merupakan Setiausaha Sulit Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Zoolihsan Ahmad, 37, menempah tiket penerbangan sehala ke Medan, Indonesia pada 20 Mei lalu atas urusan rasmi.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ke Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada pukul 12.20 tengah hari, Zoolihsan menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada AirAsia berhubung penundaan penerbangan QZ 8055.

"Sepatutnya penerbangan saya ke Medan berlepas pukul 1.40 petang tetapi ditunda sehingga 8.40 malam. Jadi, saya mengambil keputusan untuk patah balik ke rumah kerana waktu yang ditunda terlalu lama.

"Sekitar pukul 7 malam saya kembali ke LCCT tapi sebaik sahaja sampai di kaunter AirAsia, saya dimaklumkan bahawa penerbangan itu sekali lagi ditunda kepada pukul 10.45 malam," katanya ketika ditemui di luar kamar TTPM di sini semalam.

Ekoran penundaan hampir sembilan jam itu, Zoolihsan terpaksa menghubungi Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk kepastian sama ada wajar atau tidak beliau berlepas ke Medan. - Kosmo

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik