5.30.2012

Pengalaman Hampir Diculik, Dicabul Di The Curve, Mutiara Damansara

Wednesday, May 30, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

PETALING JAYA – Seorang pegawai pemasaran Internet nyaris menjadi mangsa kepada beberapa perogol apabila wanita tesebut hampir dilarikan di tempat letak kereta di pusat membeli-belah The Curve di sini.

Bagaimanapun, Chin Xin-Chi melawan dan melompat keluar daripada kereta yang sedang bergerak ketika ia mahu keluar dari tempat letak kereta.

Mengimbas kembali pengalaman yang menakutkan itu di akaun Facebooknya, Chin sedang memuatkan beg beli-belahnya di tempat duduk belakang kereta teman lelakinya ketika kejadian berlaku kira-kira 5.20 petang pada Ahad.

Dia bersendirian pada hari tersebut.

“Secara tiba-tiba, pintu kereta ditutup kuat dan leher saya dicekik,” tulisnya.

“Seorang lelaki menutup mulut saya dengan tangannya dan berbisik kepada supaya tidak menjerit. Dia kemudiannya menolak saya sehingga ke lantai tempat duduk belakang kereta dan memberi isyarat sebagai tanda amaran kepada saya supaya tidak menjerit,” tambahnya.

Menurut tulisannya itu, seorang lelaki lain muncul dan mengambil kunci keretanya dan mendesak supaya memberikan tiket parkir.

“Saya beritahu mereka bahawa mereka boleh ambil apa sahaja, dan lepaskan saya pergi. Tetapi ketika itu mereka tidak langsung bertanyakan tentang wan. Namun sebaliknya, salah seorang daripada mereka cuba untuk mencabul.

“Kemudian, saya dipukul. Oh Tuhan. Oh Tuhan. Perkara ini benar-benar berlaku. Saya diculik dan saya fikir saya tahu apa yang mereka mahukan,” tulis Chin.

Sementara menunggu peluang untuk melepaskan diri, Chin berkata, dia tahu akan mereka akan memperlahankan kereta apabila mahu keluar daripada kawasan parkir.

Dia dapat membuka pintu kereta tetapi salah seorang suspek menolaknya kembali ke dalam kereta dan dia bergelut dengan kedua-dua suspek sebelum berjaya melepaskan diri.

Pengalaman pahit itu dari mula dia meninggalkan mesin bayaran tiket parkir untuk melepaskan diri – iaitu kira-kira empat minit dianggap sebagai satu mimpi ngeri,” tulisnya.

Dia turut menulis di twitternya bahawa dia bernasib baik kerana hanya mempunyai beberapa kesan calar dan lebam meskipun hilangan hampir kesemua barangan miliknya termasuk telefon bimbit.

Sementara itu, Pengurus pusat The Curve, Jazmi Kamarudin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis termasuk memberi sokongan kepada Chin.

“Memandangkan siasatan masih berjalan, kami tidak dapat memaklumkan sebarang butiran,” kata beliau.

“Kami amat menyesali terhadap insiden yang berlaku meskipun telah banyak usaha menjaga keselamat dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Polis mengesahkan kejadian itu telah dilaporkan dan kes itu dikategori sebagai rompakan.(Mstar.com.my)





0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik