5.03.2012

Nayati Shamelin Ditemui Setelah Wang Tebusan Dibayar

Thursday, May 03, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:


Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar, yang diculik minggu lalu, ditemui selamat pagi Khamis.

Nayati ditemui di Rawang pada pukul 7.30 pagi Khamis.

Penculik Nayati Shamelin Moodliar menyediakan telefon bimbit untuk membuat panggilan kepada ibu bapanya setelah dia dibebaskan di kawasan rehat Sungai Buloh.

Ketua Polis Kuala Lumpur DCP Datuk Mohmad Salleh berkata keluarganya telah membayar jumlah wang yang tidak didedahkan kepada penculik di Cheras pada Rabu.

"Permintaan wang tebusan dibuat pada hari yang sama budak lelaki itu diculik. Dia dibebaskan pagi ini.

"Satu pasukan petugas khas sedang menyiasat penculikan dan mereka yang mempunyai maklumat perlu menghubungi kami," katanya.




Nayati, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya. Mohmad berkata wang tebusan telah dibayar kepada sekumpulan penculik pada tengah hari semalam di Cheras sebelum keluarga Nayati menerima panggilan daripada satu nombor telefon bimbit untuk mengambil anak mereka di Sungai Buloh, hari ini. 

sumber : mStar Online

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik