5.18.2012

Kepada Broker Hartanah Wanita, Hati-Hati

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Sekarang ni macam-macam jenayah yang berlaku di sekeliling kita. Rompak, ragut, cabul, rogol, culik. Bila kita dengar si polan tu kena rompak, tentu kita fikir kenapa si polan tu tak berhati-hati, kenapa cuai sangat. Tapi bila kita baca cerita sebenarnya, kejadian jenayah tersebut boleh berlaku kepada sesiapapun. Malah dalam kita berhati-hati pun boleh terkena juga.

Kes terbaru, seorang broker hartanah wanita dibogel, dicabul dan dirompak oleh pasangan suami isteri yang pada mulanya mahu membeli hartanah dari broker tersebut. Siapa sangkakan pasangan suami isteri pun boleh berkerjasama melakukan jenayah.


KUALA LUMPUR: Bukan hanya dibogel dan dicabul, malah seorang broker hartanah turut dikurung lebih 10 jam di sebuah unit kondominium mewah di Mont Kiara, di sini, petang Khamis lalu ketika mengendalikan urusan jual beli hartanah berkenaan.

Difahamkan, wanita berusia 34 tahun itu dihubungi sepasang suami isteri dipercayai warga tempatan melalui laman web hartanah menyatakan minat untuk melihat dan membeli unit kondominium berkenaan sebelum mengadakan janji temu pada petang hari kejadian.
Bagaimanapun, sebaik tiba di unit kondominium itu, mangsa dipercayai dipukul kedua-dua suspek sebelum dibogel dan dicabul, seterusnya diikat dan dikurung dalam bilik di unit kondominium itu.


Mangsa hanya berjaya diselamatkan kira-kira jam 3 pagi Jumaat lalu oleh Polis Bantuan yang menjalankan rondaan rutin di kawasan kondominium selepas dimaklumkan penduduk yang terdengar tangisan dan jeritan wanita berkenaan meminta pertolongan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika mengesahkan kejadian, berkata polis terpaksa memecahkan pintu unit kondominium itu sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak berpakaian dengan kedua-dua tangannya diikat, selain mengalami beberapa kecederaan dipercayai dipukul.

“Mangsa juga broker hartanah dari Kepong, dihubungi suspek atas alasan mahu melihat rekaan dalaman unit kondominium itu. Bagaimanapun, suspek bertindak agresif sebaik memasuki kondominium dengan memukul mangsa, seterusnya mencabul sebelum mengikat dan mengurung wanita itu.

“Hasil siasatan mendapati suspek turut menyamun barangan berharga milik mangsa, termasuk telefon bimbit dan beg duit, selain melarikan sebuah kereta jenis Toyota Vios milik wanita itu,” katanya.
Ku berkata, polis sedang menjalankan gerakan memburu kedua-dua suspek berdasarkan kesan cap jari, selain mengenal pasti identiti mereka melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kondominium itu. - Berita Harian

Apa yang boleh diambil iktibar, broker-broker hartanah terutamanya wanita kena bawa pembantu atau kawan jika ada prospek nak beli hartanah.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik