5.25.2012

Kawasan parking stesen LRT Sri Petaling ditutup mulai 25-27 Mei 2012

Friday, May 25, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR - Kawasan letak kenderaan di Stesen LRT Sri Petaling di sini, akan ditutup selama tiga hari bermula esok, bagi kerja menaik taraf.

Pengarah Kumpulan Bahagian Rel Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) Khairani Mohamed berkata kerja memasang dua eskalator dan dua lif itu adalah sebahagian daripada program menaik taraf laluan LRT Ampang yang bermula sejak 2010.

"Kami perlu menutup kawasan itu kerana perlu membawa masuk dua kren bagi kerja pemasangan," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kawasan parkir yang terletak di sebelah barat stesen itu akan dibuka semula Isnin ini dan Prasarana memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi orang ramai berhubung perkara tersebut, katanya. - Bernama


Sri Petaling LRT stn escalator installatn works on 25-27May. During this, carpark area is closed. Customers advised to stay clear for safety - twitter MyRapidKL

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik