5.06.2012

Gangguan Bekalan Air di Selangor, Jangka Pulih 8 Mei

Sunday, May 06, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

KUALA LUMPUR — Sebanyak 13 kawasan di sekitar Cheras mengalami gangguan bekalan air berikutan kejadian paip inlet yang membekalkan air ke kolam Pudu Hulu pecah. 

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd., (Syabas), Abdul Halem Mat Som berkata, syarikat itu telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan Kod Hijau di Syabas Kuala Lumpur pada pukul 11 malam tadi ekoran kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini beliau berkata, kerja baikpulih paip pecah itu telahpun siap sepenuhnya pada pukul 2 pagi tadi dan bekalan air akan pulih secara berperingkat sehingga selewat-lewatnya Selasa malam (8 Mei).

Kawasan yang terlibat ialah Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, Taman Midah, Taman Cheras, Taman Supreme, Taman Desa Aman, Taman Sri Bahtera, Taman Permata, Taman Rajawali, Taman Gemilang, Taman Mutiara Timur, Taman Bukit Ria dan Batu 5 Cheras.

"Pihak Syabas telah meletakkan lapan buah lori dalam keadaan tunggu sedia ke kawasan yang memerlukan bekalan air pada bila-bila masa diperlukan,” katanya. 

Abdul Halem menasihati pengguna agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut dan sebarang aduan atau pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252. — BERNAMA


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik