5.18.2012

Cerita Sebenar Disebalik "Inspira vs Lancer..... very bad ending"

Friday, May 18, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Rasanya tentu ramai yang dah membaca cerita "Inspira vs Lancer..... very bad ending" yang tersebar di laman sosial dan blog. Lanjutan daripada cerita tersebut, ramai yang memberi komen berdasarkan cerita tersebut. Tapi tahukah anda cerita sebenarnya benarnya tentang kejadian kemalangan tersebut?

Mari kita baca luahan hati dari seorang kawan arwah Kimie Rabudzi (pemandu Lancer yang meninggal dunia dalam kemalangan tersebut)

Fake About Kimie Rabudzi

As salam semua..

Hari ini sudah 10 hari arwah rakan baik kami, Kimie Rabudzi dan isterinya kembali ke rahmatullah... Rasa sedih tak hilang lagi dan sekarang ni gantikan dengan 1001 perasaan apabila membaca setiap helaian cerita di forum dan di blog tentang arwah...Yang mana, secara terang-terangannya menyalahkan arwah dan terus menghukum arwah sebagai penyebab kemalangan... Dan lebih menyedihkan ada individu yang tak bertanggungjawab yang menyebarkan email bertajuk "Inpira vs Lancer..... very bad ending" secara berleluasa.. (cerita yang sama seperti blog ini)


Pelbagai sumpah seranah, spekulasi dan andaian sendiri yang keluar tentang peribadi arwah... Kami yang rapat dengan arwah amat terasa sangat2.. Itu baru kami sebagai kawan, belum lagi keluarga arwah sendiri... Ada juga yang bercerita tentang arwah seperti mereka yang kenal sangat dengan arwah tetapi tiada fakta yang betul...




Kawan baik kami, Kimie Rabudzi bukanlah seorang driver kepada dato seperti yang disebut di atas.. Arwah merupakan seorang pelajar cemerlang di sekolah kami, SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Dan beliau adalah ketua pelajar @ Ketua Umum. Masakan seorang pelajar cemerlang hanya bekerja sebagai pemandu kepada dato?? Terus-terang, beliau adalah seorang programmer di Kelana Jaya sejak 2005. Arwah sangat pakar dalam pengaturcaraan komputer dan web dan mempunyai sijil/lesen kursus dalam pengaturcaraan tertentu. Sesiapa yang belajar dalam IT, mesti faham 'sijil/lesen' ni sangat mahal dan bukan semua orang memiliki kepakaran ini. Arwah juga merupakan salah seorang yang membina sistem web untuk sebuah syarikat komunikasi yang terkenal di Malaysia..

Ada juga komentar yang menyatakan arwah adalah pemandu yang laju ternyata adalah SALAH..Walaupun arwah menyertai Kelab Lancer, tetapi semua kawan2 kelab tersebut juga tahu yang arwah bukanlah seorang pemandu yang kaki rempit.. Dia sendiri sentiasa berhati-hati tambahan dia seorang yang bertanggungjawab dan sahih sangat sayangkan anak dan isterinya. Segalanya peribadi yang dinyatakan adalah tidak sama seperti peribadi arwah yang sebenar cuma kita semua tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku waktu itu. Hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu..

Kami juga membaca pelbagai versi cerita dari pihak saksi, wartawan dan sebagainya.. Dan lagi satu versi cerita, saya telah update dalam entry sebelum ni...


Ramai yang tersalah anggap bahawa arwah yang memandu laju 200kmj itu... Cuba baca dengan teliti.. Siapa sebenarnya yang laju? Sedangkan ketika itu, arwah sedang memotong bas dan diberi high beam...

Takkanlah perkara ni berlaku dalam masa beberapa minit.. Semuanya berlaku dalam masa beberapa saat sahaja.. Dengan keadaan jalan yang bergelumbang dan tiba2....

Saya tak mahu mempertikaikan perkara ini. Sebab ini semuanya sudah tertulis di luth mahfuz.. Kita tak sepatutnya menuduh membabi buta, memalukan arwah dengan pelbagai kata2 kesat dan tak kurang juga yg kata "padan muka"..

Dalam hal ni, kita tak boleh nak kata.. "kalaulah itu, kalaulah ini..." sebab kita masih lagi berpegang pada Iman.. Jika bukan berlaku pada diri sendiri, ahli kelurga dan sahabat handai sendiri pun, tak elok kita mempertikaian sesuatu terutama sekali tentang orang yang telah pergi.. Apa perasaan ahli keluarga yang masih dalam kesedihan dan tiba-tiba membaca pelbagai komen yang menyakitkan hati? Lebih hancur rasanya hati...

Saya juga tak mahu menyalahkan sesiapa dalam hal ni samada arwah (yang membawa Lancer), pemandu Inspira, pemandu bas atau jalan raya yang bergelumbang.. Kerana kita kena redha dengan qada' dan qadar.. Daripada kita semua mengeluarkan kata2 yang tak berguna dan menyakitkan hati.. Lebih baik kita semua sedekahkan Al-Fatihah ataupun sebaiknya membantu bayi mereka yang sudah tentu memerlukan bantu yang lebih banyak untuk menyambungkan kehidupannya yang masih jauh pada masa akan datang.

Saya dan rakan2 yang lain berharap agar anda yang menerima email berantai tersebut berhenti untuk menyebarkannya kepada rakan-rakan yang lain.. Ini demi kebaikan bersama dan untuk menjaga hati waris yang masih hidup dan sebagai tanda kita menghormati mereka berdua yang telah pergi... Saya juga berharap segala tanggapan yang salah tentang arwah dapat diperbetulkan.. Sekiranya, arwah bukan seorang yang berjasa dan baik orangnya, arwah pasti tidak bersama kami bersusah-payah membuat pelbagai aktiviti kebajikan dalam Alumni bersama-sama.. Dari sini sahaja, kita sudah tahu baik budi seseorang kerana bukan semua orang rela untuk memberikan komitmen yang tinggi untuk orang lain tanpa sebarang balasan upah atau gaji. Dalam entry sebelum ini saya ada sertakan pelbagai aktiviti kami sebagai bukti arwah bukanlah orang seperti yang dinyatakan dalam komen forum, blog atau email yang anda terima..

Sekali lagi, Al-Fatihah untuk Kimie Rabudzi dan isterinya..

Jika anda lebih prihatin, sila share dan LIKE entry ini supaya fakta yang sebenar tersebar... Jutaan terima kasih dari saya dan rakan-rakan di Alumni Bainun81.. - sumber tentangaznee.blogspot.com

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik