4.24.2012

Yuran KAFA, SRA Dimansuhkan, Wang Akan Dikembalikan

Tuesday, April 24, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Ini satu berita baik kepada ibubapa yang menghantar anak mereka ke Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA). Ini kerana JAWI memutuskan untuk memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Bagaimanapun pemansuhan yuran SRA & KAFA ini hanya dinikmati oleh sekolah-sekolah dibawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) sahaja.

Pemansuhan yuran ini berkuatkuasa 1 Januari 2012, maka ibubapa yang sudah membuat pembayaran yuran bulanan untuk tahun ini, wang mereka akan dikembalikan.




KUALA LUMPUR: Seramai 45,000 pelajar sekolah Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang diselia Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kini menikmati pendidikan percuma berikutan keputusan JAWI memansuhkan yuran bulanan RM10 kepada muridnya.

Pengumuman oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam itu sebagai langkah meringankan beban ibu bapa, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada pelajar mendapatkan pendidikan agama.
Beliau berkata, pendidikan percuma itu membabitkan kos RM5.3 juta hasil kutipan zakat dan ditanggung sepenuhnya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dengan kerjasama JAWI.
“Ia sudah dikuatkuasakan sejak 1 Januari lalu, cuma pelaksanaannya baru saja diumumkan. Justeru, bagi pelajar yang sudah menjelaskan yuran, wang berkenaan akan dikembalikan.


“Dengan peruntukan besar ini, kita akan lebih berupaya memperbaiki kecemerlangan di kalangan pelajar dan kualiti pendidikan, seterusnya menjayakan misi kerajaan ke arah menjana modal insan yang berkualiti dengan minda kelas pertama,” katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik JAWI 2012, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Ketua Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Othman Mustapha dan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali.

Jamil berkata, pemansuhan yuran membabitkan 66 KAFA dan 84 SRA selaras permintaan tinggi permohonan untuk memasuki sekolah agama termasuk di luar kawasan.
Beliau juga mengumumkan peruntukan RM39 juta bagi membina enam sekolah agama di sekitar Wilayah Persekutuan, antaranya Segambut, Kampung Batu Muda dan Setapak yang dijangka siap pada akhir 2014.

“Enam sekolah ini dibina sebagai persediaan negara menuju status negara maju yang bukan saja mempunyai kemajuan daripada sudut pembangunan semata-mata, malah turut cemerlang dalam aspek agama dan kerohanian.

“Melalui cara inilah kita memulangkan semula wang kutipan zakat setiap tahun kepada golongan asnaf dan fakir miskin,” katanya. - Berita Harian 24 Apr 2012

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik