4.20.2012

Penutupan Jalan - Sekitar Dataran Merdeka, KL hingga Sabtu 21 April 2012

Friday, April 20, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Perhatian kepada semua pengguna jalanraya sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Beberapa jalan sudah mula ditutup secara berperingkat mulai 19 April hingga 21 April 2012. Ini berikutan sambutan sempena persembahan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada” di Dataran Merdeka.

KUALA LUMPUR — Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka ditutup secara berperingkat sejak semalam hingga Sabtu ini sempena persembahan “Raja dan Rakyat Berpisah Tiada”.

Acara yang akan bermula pada pukul 8 malam Sabtu tersebut merupakan kemuncak kepada majlis pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Polis Diraja Malaysia dalam laman Facebook memaklumkan, jalan yang terlibat ialah Jalan Parlimen, Jalan Raja Laut, Bulatan Dato’ Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Lebuh Ampang, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Pasar Besar, Susur Bukit Aman ke Jalan Hishammuddin (Dataran Merdeka), Jalan Gereja dan Jalan Mahkamah Persekutuan (Bangunan Sultan Abdul Samad).



"Bagi tujuan raptai, Jalan Raja di Dataran Merdeka ditutup kepada tiga lorong sejak Sabtu lepas hingga esok pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, kecuali pada 18, 19 dan 20 April, yang mana ia akan ditutup sepenuhnya mulai 8 malam sehingga 12 tengah malam.

"Penutupan penuh akan dilakukan mulai awal pagi Sabtu pukul 12.01 pagi hingga 6 pagi Isnin,” menurut kenyataan polis itu. — BERNAMA

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik