4.03.2012

Pengguna Broadband SKMM, Celcom Beri Amaran

Tuesday, April 03, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Kami ingin memaklumkan kepada pelanggan untuk berhati-hati dan tidak memberi sebarang respon terhadap Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia yang ditawarkan melalui internet tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Kami juga ingin memaklumkan Pek jalur lebar yang ditawarkan ini adalah sebahagian daripada pakej istimewa SKMM Komputer 1Malaysia dan hanya ditawarkan kepada pelanggan terpilih sahaja.

Dengan ini, kami ingin memaklumkan kepada pelanggan kami bahawa Celcom berhak untuk menamatkan perkhidmatan langganan Pek Permulaan Jalur Lebar Projek Komputer 1Malaysia terhadap mana-mana pelanggan yang membeli tanpa kebenaran dari pihak Celcom.

Celcom tidak akan bertanggung jawab bagi sebarang kerugian yang ditanggung akibat dari pembelian pek permulaan / atau penamatan langganan pek yang dibeli. Kami mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan keprihatinan anda dalam perkara ini.

sumber : celcom.com.my

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik