4.08.2012

Lagi Gambar, Harga & Spesifikasi Proton Preve

Sunday, April 08, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Semakin hari semakin banyak gambar Proton Preve tersebar di internet walaupun Proton Preve belum dilancarkan secara rasmi lagi. Harga Proton Preve antara RM59,540-RM72,990. Spesifikasi Proton Preve juga lebih menarik jika dibandingkan dengan model kereta jenama lain.

Proton Preve 1.6 CVT PREMIUM
RM 72,990.00 / Metallic
RM 72,540.00 / Solid

Proton Preve 1.6 MT EXECUTIVE
RM 59,990.00 / Metallic
RM 59,540.00 / Solid

Proton Preve 1.6 CVT EXECUTIVE
RM 62,990.00 / Metallic
RM 62,540.00 / Solid




Proton Holdings Bhd. memilih “Preve” sebagai nama model kereta terbaharunya, bagi menarik perhatian pasaran tempatan dan global.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, nama baharu model itu, yang sebelum ini dikenali dengan nama kod P3-21A, bermaksud bukti, atau telah terbukti, kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.

"Kami mahu menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang nyata memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat itu hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia.

"Oleh itu, kami memilih nama Preve (disebut Prae-vae), yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif,” katanya pada sidang media di sini hari ini.




Media juga diberikan peluang untuk menguji pandu kereta baharu itu sejauh 156 kilometer.

Syed Zainal Abidin berkata, Preve mampu menjana margin keuntungan yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi. - BERNAMA



















sumber gambar : paultan.org, forum lowyat

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik