4.22.2012

(Gambar) Pelajar UPSI Maut Terjatuh Dari Tingkat Empat

Sunday, April 22, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

IPOH: Seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat bangunan universiti itu, petang semalam.

Dalam kejadian 5 petang itu, penuntut tahun tiga itu dikatakan berada di bangunan E-Learning kampus itu sebelum mayatnya ditemui seorang penuntut lain yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nayan ketika dihubungi BHOnline mengesahkan menerima laporan kes itu tetapi enggan mengulas lanjut. - BHarian 22 April 2012





kredit gambar : pilihan-anda.blogspot.com



Menurut salah satu komen di blog pilihan-anda,

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Fatimah Mina Md Juferi (program PAKK, minor Bahasa Arab). Dipercayai TERJATUH dari tingkat 3 Bangunan Elearning (disahkan oleh forensik dari Ipoh). Hanya ada seorang saksi di tempat kejadian (masih trauma & tidak berupaya ditemubual lagi). Jenazah berada di tmpt kejadian sehingga jam 10 malam td. Dato VC dan Datin turut bersama di tempat kejadian sehingga jenazah selamat di bawa ke Hospital Slim River untuk post mortem. InsyaAllah, menurut sumber, Allahyarhamah sempat di ajar mengucap dua kalimah syahadah dan semoga Allah menempatkan beliau di tempat orang beriman. Al-Fatihah. (Saya berada di tempat kejadian setengah jam selepas tragedi berlaku kerana kebetulan saya parkir kereta di situ)

Sumber : Seorang pensyarah FSKIK..Encik Salman Firdaus Sidek


Moga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah..

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik