3.08.2012

(Video) KL Banjir Kilat 7 Mac 2012

Thursday, March 08, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Hari ini 7 Mac 2012, KL banjir kilat lagi. Bermula petang tadi hujan lebat turun tidak henti-henti sehingga beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dinaiki air.

Berikut video KL banjir kilat di kawasan Kampung Baru dimana ada penduduk disekitar tersebut terpaksa menggunakan kayak.


kredit video : Harian Metro


KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Hujan lebat dan ribut selama beberapa jam yang melanda Lembah Klang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di ibu negara mengalami banjir kilat, pokok tumbang serta kejadian tanah runtuh kecil.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda awam.

Beliau berkata hujan dan ribut yang melanda sejak lewat petang ini menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air antara setengah meter dan semeter, termasuk Kampung Melayu, Subang, Jalan Peel dan Kampung Baru.

"Banjir kilat juga dilaporkan berlaku di kawasan Keramat Luar, Bangsar dan Jalan Syed Putra," katanya ketika dihubungi Bernama. -- BERNAMA



Berikut beberapa gambar sekitar KL yang mengalami banjir.

Gambar banjir di Pavilion, KL

Gambar banjir di Masjid Jamek

Gambar banjir di Kampung Melayu, Ampang

Gambar banjir di Kampung Baru

Gambar banjir di Jalan Yap Kwan Seng

Gambar banjir di Bukit Belacan

Gambar banjir di Menara OUA

Gambar banjir di Bukit Bintang

Gambar banjir di Hulu Langat

Gambar banjir di Jalan Tun Abdul Razak (TAR)

Gambar banjir di Kampung Lembah Jaya Utara, Ampang

Gambar banjir di Dataran Merdeka

Gambar banjir di Ampang

sumber gambar : ezany-kun.com (thanks)

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik