3.24.2012

(Video) Chopper 1Malaysia Rekaan OCC American Chopper

Saturday, March 24, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Semalam 23hb Mac, YAB Dato' Sri Mohd Najib melancarkan 1 Malaysia Chopper di PWTC sempena program '1Malaysia Bike Ride'. Chopper 1Malaysia tersebut adalah rekaan dari Mr. Paul Teutul Sr. daripada Orange County Choppers, USA. Peminat custom Chopper tentu kenal Mr Paul ni yang popular dalam rancangan American Chopper di saluran Discovery Channel.


Difahamkan Chopper 1Malaysia ni di tempah khas oleh Tourism Malaysia dan dibuat sendiri oleh Paul Teutul Sr dan Paul Teutul Jr bersama team mereka. Harga Chopper 1Malaysia sekitar USD150,000 (RM450,000). Wow! (sumber)



Lagi gambar dan video Chopper 1Malaysia dengan baca seterusnya...


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima sebuah motosikal berkuasa besar yang dikenali sebagai 1Malaysia Chopper daripada pembuat motosikal terkenal, Paul Teutul Sr. dari Amerika Syarikat (AS).

Motosikal rekaan khas Teutul Sr., yang juga pengasas Orange County Choppers itu akan ditampilkan dalam dua episod American Chopper: Senior vs. Junior di saluran Discovery Channel di AS pada 30 April dan 7 Mei ini.

Menurut Najib, kemunculan 1Malaysia Chopper merupakan satu pendekatan mempromosi negara ini dan permulaan baik dalam kerjasama di antara Malaysia dan AS untuk menerokai bidang permotoran khususnya motosikal berkuasa besar.

"Terima kasih kepada Discovery Channel kerana memilih Malaysia untuk ditampilkan dalam rancangan mereka. - Utusan Malaysia 24 Mac 2012











0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik