3.24.2012

(Video) Budak Patah Tangan Terkena Bola Tendangan Rooney

Saturday, March 24, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Menonton bola juga ada risikonya. Apatah lagi jika kedudukan anda di belakang gawang gol. Itulah yang berlaku ke atas Jamie Thomas, 9, yang mengalami patah tangan apabila bola tendangan dari Wayne Rooney tersasar dari gawang gol dan seterusnya mengenai tangan kanak-kanak tersebut.
Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika menyaksikan sesi latihan sebelum bertemu Wolverhampton Wanderers Ahad lalu.

Thomas, 9 tahun tinggal di Wem, Shrophire berada di Molineux bersama penyokong-penyokong lain untuk melihat skuad kendalian Sir Alex Ferguson itu mengadakan latihan terpaksa mengangkat tangan bagi menghalang bola terkena tubuhnya.

“Saya mahu memohon maaf kepada Jamie Thomas. Saya juga telah siapkan surat dan baju yang ditandatangan untuk dihantar ke rumahnya,” jelas Rooney di laman Twitternya pada Khamis.


Rooney berkata, dia tidak sedar insiden itu berlaku.

Thomas ketika itu berada di barisan depan tidak dapat melihat aksi kedua sesi latihan kerana menerima rawatan .

“Pemain-pemain mengadakan sesi pemanas badan dan Rooney serta Javier Hernandez telah mengambil beberapa sepakan.

"Rooney tidak dapat menahan bola yang ditendang sekali gus bola itu terus menuju ke Jamie.

"Jadi Thomas menahan bola itu menggunakan tangan dan menyebabkan pergelangan tangannya patah,” jelas bapa Jamie, Andy.

Thomas terus menerima rawatan sebelum dihantar ke hospital.

“Saya diberitahu ia tidak serius dan akan pulih dalam tempoh dua minggu,” tambah bapa Jamie.

sumber : mstar online




0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik