3.07.2012

Samsung Galaxy S3 Dijual April Ini, Harga di Malaysia ?

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Samsung Galaxy S3 (S III), satu lagi gajet yang ditunggu-tunggu oleh peminat smartphone. Difahamkan, Samsung Galaxy S3 bakal dilancarkan dan berada di pasaran April ini. Dilancarkan di United Kingdom sempena Sukan Olimpik 2012. Bila memasuki pasaran Malaysia, tidak pula diketahui. Harga Samsung Galaxy S3 di Malaysia aku jangka sekitar RM2K++.

Adakah gambar di bawah ni adalah Samsung Galaxy S3 yang diperkatakan itu ?




LONDON 6 Mac - Telefon pintar Samsung, Galaxy S3 (gambar) akan mula berada di pasaran April ini dengan United Kingdom dipilih sebagai lokasi pertama bagi pelancarannya sempena Sukan Olimpik tahun ini.

Telefon berteknologi tinggi itu merupakan susulan kepada salah satu telefon pintar Android yang paling ikonik dan akan menjadi saingan hebat kepada pencabarnya, iPhone keluaran Apple.

Butir-butir pelancaran telah didedahkan oleh ZDNet Korea, yang mengesahkan perkara itu dengan agensi pemasaran di seluruh dunia.

Telefon itu akan mempunyai pemproses quad-core Exynos iaitu sejenis cip yang juga terdapat pada komputer riba dan komputer peribadi berkuasa tinggi.

Ia juga akan mempunyai paparan 4.8 inci HD yang lebih besar daripada sebelumnya.

Butir-butir itu selaras dengan pendedahan awal mengenai tarikh edaran S3. - Utusan Malaysia 7 Mac 2012

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik