3.07.2012

Proton P3-21A Dilancar 16 Mac Ini

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Ramai pemerhati produk dari Proton tidak sabar-sabar menunggu pelancaran model terbaru Proton P3-21A. Difahamkan model terbaru Proton ini bakal dilancarkan 16 Mac ini. Harga sekitar RM65,000 sehingga RM75,000. Ramai yang masih berteka teki dengan nama model baru ini. Adakah nama Proton Tuah digunakan? Sama-sama kita nantikan.



Proton Holding Bhd (Proton) bakal memperkenalkan model baru keluarannya dengan nama kod P3-21A yang mengetengahkan gabungan prototaip konsep Tuah bakal membawa perubahan dalam industri automotif nasional diumumkan 16 Mac ini.
Menurut sumber laman sesawang automotif, Proton P3-21A ditawarkan dalam dua varian, iaitu model Executive dan model Premium dianggarkan bernilai RM65,000 sehingga RM75,000.


P3-21A dilengkapi enjin CamPro 1.8L dan 2.0L serta sistem pengecas turbo., adalah kenderaan pertama didatangkan dengan internet berkelajuan tinggi daripada pembekal perkhidmatan internet YTL Communications, Yes 4G.

Mungkinkah P3 21A model gantian bagi model Persona sedia ada? Terdapat banyak spekulasi yang bermain di fikiran pengguna tentang model terbaru proton itu adalah Proton Tuah yang pernah dipertontonkan sebelum ini? Untuk kepastian umum, nantikan pelancaran rasmi Proton pertengahan Mac ini. - Sinar Harian


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik