3.08.2012

New Ipad - Spesifikasi & Harga di Malaysia

Thursday, March 08, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: , ,

Seperti yang diwar-warkan sebelum ini, Apple akhirnya melancarkan iPad terbaru mereka yang dikenali New Ipad. Dengan pelancaran New Ipad, ia melenyapkan terus spekulasi sebelum ini yang mengatakan Apple bakal melancarkan iPad 3 atau iPad 2 HD.


Spesifikasi New iPad

Paparan: Paparan Retina (2048x1536 resolusi)
Video: Rakaman video Definisi Tinggi 1080p resolusi
Internet: 4G LTE (Long Term Evolution) (kat Malaysia baru 3G)
Pemprosesan: a5X grafik quad-core
Ketebalan: 9.4mm
Berat: 0.64 kilogram
Ketahanan bateri: 10 jam penggunaan biasa dan 9 jam dengan penggunaan 4G
Warna: Hitam dan putih
Harga: AS$499, AS$599 dan AS$699 (Wi-Fi 16GB/32GB/64GB); AS$629, AS$729, AS$829 (Wi-Fi + 4G 16GB/32GB/64GB)

Kalau di Malaysia, AS$499 sama dengan RM1,499 kut (tak rasmi).




Dengan spesifikasi lebih kepada peningkatan prestasi grafik, ia dikatakan New Ipad ini sesuai tuk mereka yang suka bermain games dan fotografi.

New iPad dijana oleh cip baru dengan empat core pemprosesan bagi menghasilkan grafik lebih lancar. New iPad Lebih tebal dan berat namun paparan skrin lebih jelas berbanding skrin televisyen definisi tinggi (HDTV) dan pemprosesan lebih laju. Ia setebal 9.4 millimeter lebih tebal berbanding 8.8 millimeter iPad 2 dengan berat 0.64 kilogram berbanding 0.6 kilogram model sebelumnya. Ia juga mmpunyai kamera 5 megapiksel di bahagian belakang tablet itu seperti kamera pada iPhone 4S.

Ciri-ciri istimewa lain bagi iPad baru ialah dictation yang membolehkan pengguna membuka aplikasi dengan hanya menggunakan arahan suara. Nak update Facebook atau Twitter, just pakai suara jer.

Rekabentuk New iPad masih sama dengan iPad 2. Jadi, mereka yang menggunakan iPad 2 boleh lah eksyen pakai New iPad. Sama tahu kan. hehe..

Dengan pelancaran New iPad, maka harga iPad 2 telah diturunkan sebanyak RM300. Laman Apple Malaysia juga telah mengemaskini harga terbaru iPad 2 iaitu serendah RM1,199.



1 comments:

Anonymous said...
Wednesday, 14 March, 2012

Rugi beli iPad3 nie...Banyak sangat kelemahannya berbanding Samsung Galaxy Tab.

Hanya utk berlagak bagi yang 'buta IT' boleh la...Cuma 'gah' je lebih.

1) Mahal sangat, tak masuk akal!
2) Tiada Memory-Card slot - penting untuk 'back-up'.
3) Tidak menyokong perisian "Flash" - bermakna tak boleh main benyak 'on-line games' dalam internet.
4) Kamera cuma lebih sikit dari Samsung Tab jer - 5 megapixel.
5) Buatan negara penyokong kuat Israel Yahudi - USA Amerika...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik