3.28.2012

Mangkuk Tandas Meletup di Stesen LRT Sri Rampai

Wednesday, March 28, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Difahamkan satu kejadian letupan kecil berlaku di tandas lelaki di Stesen LRT Sri Rampai sekitar jam 1.21 petang tadi. Letupan kecil tersebut berlaku pada penutup mangkuk tandas. Ketika kejadian, seorang pemuda sedang melepaskan hajat menggunakan mangkuk tandas tersebut apabila secara tiba-tiba penutup mangkuk tandas tersebut meletup.

Pemuda tersebut menyelamatkan diri dengan berlari separuh bogel keluar dari tandas tersebut. Difahamkan, pemuda tersebut mengalami kecederaan.

Maklumat awal mendapati bahan letupan dari mercun yang dipasang pada penutup mangkuk tandas tersebut.






sumber : ondscene.my (thanks)




KUALA LUMPUR — Seorang lelaki yang sedang menggunakan tandas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai di sini hari ini cedera di bahagian belakang badan apabila mangkuk tandas yang sedang digunakan berkecai akibat satu letupan.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, dalam kejadian pada pukul 1.15 petang itu mangsa Muhd. Sakereen Basri, 22, yang cedera terkena serpihan mangkuk tandas itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan.

"Mangsa cedera pada bahagian belakang badan dan peha akibat terkena serpihan, dan bahan letupan yang digunakan disyaki mercun...siasatan awal mendapati tiada lagi bahan letupan lain yang digunakan,” katanya dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS).



Beliau berkata, pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kejadian ini sama ada wujud unsur sabotaj atau kecuaian dan kes disiasat mengikut Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.— BERNAMA



KUALA LUMPUR - Seorang pemuda cedera di beberapa bahagian badan selepas mangkuk tandas di stesen transit aliran ringan (LRT) Sri Rampai di Wangsa Maju di sini meletup semalam.



Dalam kejadian pada pukul 1.20 petang, Muhd. Sakereen Basri, 22, seorang penganggur, baru duduk atas mangkuk tandas itu.

Akibat letupan yang menyebabkan sebahagian kecil mangkuk tandas itu pecah, mangsa mengalami calar di kedua-dua belah paha dan luka di belakang badan akibat terkena serpihan mangkuk tandas yang pecah. Mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pemeriksaan polis menemui kesan serpihan mangkuk tandas yang pecah serta cebisan kertas selain terdapat bau belerang di tempat kejadian.

"Cebisan kertas itu dipercayai digunakan untuk membalut bahan letupan yang disyaki mercun yang diletakkan di sekitar kawasan mangkuk tandas tersebut," kata beliau yang mengesyaki kejadian itu adalah perbuatan khianat. - Kosmo



Menceritakan kembali insiden semalam, Sakereen berkata dia mengalami sakit perut semasa tiba di Stesen LRT Sri Rampai dan bergegas ke tandas untuk membuang air besar.

“Ketika sedang membuang air besar, saya terbau bau asap rokok. Tetapi, saya tidaklah hairan kerana banyak orang hisap rokok dalam tandas. Tetapi, saya jadi panik apabila mendengar bunyi macam sumbu terbakar di belakang saya.

“Lalu, saya bingkas membuat cucian dan bangun lantas terus pam. Tetapi, sebelum sempat memakai seluar saya, penutup mangkok tandas yang dalam keadaan berdiri itu meletup dan pecah. Saya cedera terkena serpihan-serpihan plastik yang berkecai daripada penutup tandas itu,” kata Sakereen, yang percaya sebatang rokok digunakan sebagai alat penjangka masa untuk menyalakan sumbu mercun berkenaan.-myrapid.com.my


p/s : haih... ada orang nak pedajal ke apa ni..mangkuk betul aaa..


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik