3.06.2012

KidZania Malaysia @ Curve NX, Mutiara Damansara


KidZania Malaysia baru sahaja dibuka di Curve NX, Mutiara Damansara pada 28 Feb 2012.

Apa itu KidZania ?

KidZania diasaskan di Mexico City pada tahun 1996 oleh Xavier Lopez, orang yang mempunyai impian untuk menghasilkan satu tempat di mana-mana kanak-kanak dapat belajar atau merasai pengalaman hidup sebenar. Di KidZania, kanak-kanak seperti berada satu dunia lain dimana mereka boleh menjadi orang dewasa. Mereka akan belajar cara mendapatkan duit dengan bekerja,cara membelanjakan duit,menyimpan duit dan menimba pengalaman bekerja dalam bidang yang mereka suka.

Kanak-kanak dalam KidZania boleh memilih pekerjaan seperti bomba,doktor gigi,chef, pekerja hospital dan macam-macam lagi.




KidZania dibuka dari 10 pagi - 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Hari minggu,cuti sekolah dan cuti umum, terdapat dua sessi iaitu 10 pagi - 3 petang dan 4 petang-9 malam.


Harga Tiket Masuk KidZania

Kanak-kanak 3 tahun ke bawah – RM35 (MyKad & Non-MyKad)

Kanak-kanak (4-14 years) – RM55 (MyKad) / RM75 (Non-MyKad)

Dewasa – RM35 (MyKad) / RM55 (Non-MyKad)

Warga Emas - RM30 (MyKad & Non-MyKad)




Lagi gambar dan info dengan baca seterusnya.







Maklumat lanjut, layari laman www.kidzania.com.my


Ini pula salah satu tips yang diberikan forumer cari.com.my (thanks)

Semalam 3rd March aku bawak anak2 pi KidZania..aku beli tix online 3 budak + 1 dewasa kopak RM200.Amik session pagi 10am-3pm.Below are some tips utk korg2 yg akan pegi:

1- If possible korg dtglah time weekdays.Wiken,ya ampun ramai ummat.Even dah beli tix online pon kene Q utk dptkan tag.Lgi satu kalau dtg wiken time limited from 10am-3pm and 2nd session from 4pm-9pm..For me mmg aku tak sempat nak round habis.Klau pi wikday,dok la dlm tu dr 10am-7pm

2-Adela kedai2 makan dlm tu contohnya Marry Brown,tp harga mmg mahal.And pls,no outside food allowed ye (unless korg bwk bag pack bole la kalau nak sumbat apa2..dia tak check pon)

3-Average each session punya job dalam 20 min.Tempat2 yg hot attraction mmg ramai..so kenela Q..Yg kene/wajib try:
- Air Asia pilot and flight attendant ( mmg rasa mcm betul2 dlm kapalterbang..siap ade bunyi lagi..khelassss)
- Bomba (dpt naik kete bomba,round2 dlm kidzania,pi tempat kebakaran n padamkan kebakaran kat hotel..mmg pancut air betul2 hokey!cuma api je olok2)
-Doctor/Nurse (hospital by KPJ,ade gak utk doctor gigi..rawat patung sbg pesakit)
-Policeman ( siap belajar berkawad kiri-kanan,tolong bomba jaga kawasan kebakaran kat hotel tadi tu..jaga jgn kasi org masuk)
-Beautician ( utk budak2 pompuan,buat manicure/pedicure,salon rambut,facial muka and makeup)

4- Bila masuk je dlm each kid akan dpt cheque sorg 50 kidzo (currency Kidzania) pi tukar kat bank utk dpt kan cash.Duit cash tu guna kalau nak beli perkhidmatan contohnya nak pi salon buat rambut ka,nak amik lesen driving ka etc.Tapi kalau budak opt for kerja,contohnya nak jadi beautician in stead of jadi customer,diorg akan dibayar gaji..means dpt duti Kidzo tu lagi

5- No activity utk parents except just amik gambar anak jer.Tu pon tak dibenarkan masuk dlm.Just amik pic dr luar je..

6-But no worries,kat setiap kedai/tempat ade cameraman Sony yg akan amik pic anak2 tuan/puan.Sblm balik bole pi kedai Sony utk beli gambar td yg mana yg berkenan..standby kan aje satu gambar with paper frame RM20 yer..huhuhu

7- Duit Kidzo yg still ade baki bole tukar kat kedai souviner or pi bank bukak akaun and nnti anak2 akan dpt kredit kad.kredit kad td bole guna bila nak spend kalau dtg lagi next time.Or else mcm aku tak sempat nak bukak akaun,bwk balik duit tu and simpan je la utk next visit.
Update 4 Nov 2012
Boleh baca pengalaman aku pula kali pertama ke KidZania

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik