3.07.2012

Hati-Hati Main Jongkang-Jongkit, Boleh Terputus Lidah

Wednesday, March 07, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Salah satu peralatan di taman permainan kanak-kanak adalah jongkang-jongkit. Walaupun jongkang-jongkit nampak tidak membahayakan tetapi jika tidak digunakan dengan betul boleh mengundang kecelakaan dan kemalangan. Itulah yang berlaku ke atas seorang kanak-kanak apabila lidahnya hampir terputus akibat dari bermain jongkang-jongkit.


JOHOR BAHRU: “Saya terkejut mendapati lidah Awang terkulai dan hampir putus. Dia hanya menangis dan tidak boleh berkata-kata manakala darah mengalir,” kata Noor Fadzilah Daud, 40, ibu kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun, Awang Hadri Awang Sebawi ketika ditemui di rumahnya di Taman Bestari Indah, di sini, semalam.

Menurutnya, anak lelakinya itu hampir putus lidah selepas dagunya tersepit di celah papan jongkang-jongkit ketika bermain bersama rakan di sebuah taman permainan lama di Desa Rahmat, Ahad lalu.


Katanya, dalam kejadian jam 11 pagi itu, Awang tersepit di celah papan permainan itu selepas seorang rakan terpijak jongkang-jongkit itu.

“Papan itu terkena dagu Awang sebelum lidahnya tergigit hingga hampir putus,” katanya.


Menurutnya, anaknya menerima 20 jahitan di lidah dan bawah bibir selepas dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan.


“Ketika kejadian, saya tidak menyedari dia pergi ke taman permainan lama itu bersama adiknya berusia lima tahun serta beberapa rakan.

“Saya terkejut apabila dia pulang sambil menangis manakala mulutnya berdarah dan pada masa sama lidahnya terkulai,” katanya.


Noor Fadzilah berkata, dia menghubungi suami, Awang Sebawi Awang Halil, 48, yang ketika itu bekerja memaklumkan kejadian.

Menurutnya, selepas tiga hari kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu mengalami kesukaran mengunyah makanan keras selain sukar bercakap.


“Ketika ini, dia hanya menelan bubur tanpa mengunyah manakala untuk minum terpaksa dititiskan air menggunakan penyedut minuman ke mulutnya,” katanya. - Harian Metro 7 Mac 2012


Kepada ibubapa dan pengasuh diluar sana, awasi anak-anak yang dijagai ketika di taman permainan agar tiada kecelakaan serius berlaku.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik