3.29.2012

Awas! Hati-Hati Dengan Mekanik Jalanan

Thursday, March 29, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Perhatian kepada semua pemandu-pemandu di Malaysia terutamanya pemandu sekitar Lembah Klang. Berhati-hati apabila ketika anda memandu, anda disapa oleh penunggan motor. Ikuti cerita pengalaman seorang pemandu yang ditipu oleh mekanik jalanan.


Pada hari jumaat yang lepas (23/3/12), ketika saya pulang dari pejabat di PJ menuju ke KL, sedang melalui jalan tun razak di hadapan bangunan RHB, tiba2 ada seorang penunggang motor melintas kereta saya dan memberi isyarat bahawa salah satu tayar kereta saya mengalami masalah. Dengan cemas, saya memberhentikan kereta di tepi jalan dengan segera. Apabila saya keluar dari kereta untuk melihat tayar tersebut, didapati ianya berasap dan dalam keadaan basah. Penunggang motor tu turut berhenti untuk melihat, dan bajunya tertulis ‘SUBANG TAYAR’, mungkin sekali pandang sudah nampak seolah2 dia seorang mekanik. Tidak sampai lima saat memandang, mekanik itu mendakwa minyak brek tayar sudah bocor. Mekanik tu menyuruh saya cuba memusing stereng kereta ke arah kiri sehabis mungkin dan tak lama kemudian, dia menyuruh saya menekan brek. Apabila menekan brek, saya mendapati memang benar brek tayar memang sudah tak berfungsi.

Penunggang motor tersebut terus memberi tawaran untuk cuba memeriksa punca kebocoran tersebut. Saya cuba untuk berdalih untuk membawa kereta ke bengkel berdekatan dengan rumah, namun penunggang motor tersebut kata ianya adalah sangat berbahaya. Penunggang tersebut menyuruh saya memandu kereta ke dalam lorong sedikit untuk memastikan keaadan adalah selamat untuk dibuat pemeriksaan. Ternyata ketika memandu, kereta sudah tak punya brek.


Apabila sudah diletakkan kereta ke kawasan yang selamat, mekanik tersebut terus membuka tayar. Beberapa saat kemudian, mekanik tersebut mendakwa satu set rod tayar perlu ditukar dan kos penukaran tu adalah dalam RM250 tidak termasuk caj upah. Saya sekali lagi menolak dan memberi alasan tidak punya banyak wang. Mekanik itu kemudian membuat sedikit pemeriksaan dan terus berkata kerosakan hanyalah berpunca dari salur minyak yang tak ketat. Setelah memasang kembali tayar, mekanik tersebut terus menawarkan untuk membeli minyak brek bagi menggantikan minyak yang telah bocor. Selepas lima minit pergi ke kedai entah di mana, mekanik tersebut kembali membawa satu botol minyak brek. Mekanik tersebut menyuruh saya membuka bonet, dan menyuruh saya menekan brek sambil dia menuangkan minyak brek ke dalam bonet.

Selepas segalanya selesai, mekanik tersebut membuat tuntutan sebanyak RM110! iaitu RM35 untuk minyak brek dan RM75 untuk caj upah. Setelah melakukan sedikit rundingan, akhirnya saya hanya membayar RM70. Mekanik tersebut tampak tak berpuas hati dan akhirnya berlalu pergi…

————–

MODUS OPERANDI PENIPUAN

Modus operandi mekanik ini sangat2 licik mempergunakan orang awam yang tidak punya pengetahuan dalam menghadapi dan mengenalpasti kerosakan kereta.

1. Amat pelik kejadian berlaku dengan segera disedari oleh seorang mekanik. Kemungkinan besar mekanik tersebut telah mencampakkan asid ke arah tayar kereta tanpa disedari pemandu menjadikan tayar kereta menjadi berasap dan berair, sekaligus menyebabkan pemandu menjadi panik dan menyangka memang benar minyak brek telah bocor

2. Apabila mekanik tersebut menyuruh pemandu memusingkan tayar ke arah kiri sehabis mungkin, mekanik tersebut kemungkinan telah melonggarkan salur brek. Inilah punca sebenarnya brek tidak berfungsi langsung selepas tu

3. Mekanik tersebut sengaja menyuruh pemandu memandu kereta ke dalam lorong berdekatan, bagi memastikan pemandu telah menguji kereta yang dibawa dan menyedari memang benar brek sudah tidak berfungsi.

4. Tak pasti apakah memang benar tayar perlu dibuka untuk memeriksa brek tayar. Tetapi ianya seolah2 untuk membuktikan yang mekanik tersebut telah berkerja keras untuk melakukan pemeriksaan sekaligus menaikkan caj upah

5. Apabila mekanik tersebut menawarkan untuk pergi membeli minyak brek dari kedai berdekatan, sebenarnya mekanik tersebut hanya berpusing2 ke kawasan setempat sahaja, kerana dia sudah standby botol minyak di dalam motornya. Tidak hairan lah, ianya hanya mengambil tidak sampai 5 minit untuk dia kembali

6. Apabila bonet dibuka, mekanik menyuruh pemandu untuk menekan brek sambil dia menuangkan minyak. Sebenarnya, tidak ada minyak langsung di dalam botol yang konon dibelinya. Jadi tiada kos langsung yang digunakan dalam penipuan terancang ini

Kesimpulannya, RM70 dihabiskan untuk nothing. Saya tak pasti ada tambahan perkara yang saya tidak ketahui. Apa yang penting nak diberitahu di sini, berhatilah kepada siapa2 yang memandu di jalan raya dan berhadapan secara tiba2 dengan mekanik jalanan ni.

Regards,
Salmonella | fadzli manaf


sumber : ohtidak.com (thanks)


p/s : Sebar-sebarkan maklumat ini agar semua dapat berhati-hati.


1 comments:

Cikgu Dahlia said...
Friday, 30 March, 2012

Mcm kes sama dgn my bro nih. My bro sampai riban.. aduhai. Nanti I suruh dia baca dan respon perkara ni..

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik