2.02.2012

(Video) Rakaman CCTV Kereta Rempuh Kedai Superbike Di Bandar Tasik Permaisuri

Thursday, February 02, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Tentu ramai sudah mengetahui tentang kejadian di mana seorang wanita panik rempuh bengkel motosikal. Wanita tersebut yang memandu Proton Wira melanggar beberapa kenderaan disekitarnya dan seterusnya merempuh sebuah kedai Supebike berdekatan di Bandar Tasik Permaisuri, Cheras.



Di bawah ini adalah video rakaman CCTV dari kedai Supebike tersebut. Kita dapat lihat bagaimana kereta Proton Wira tersebut bergerak ke depan dan ke belakang. Malah ketika sudah merempuh kedai dan berada di dalam kedai, kereta tersebut masih bergerak ke depan ke belakang menyebabkan orang ramai takut untuk mendekati kereta tersebut.








KUALA LUMPUR – Mungkin kerana terlalu panik setelah melanggar sebuah kereta mewah jenis Volvo XC60, seorang wanita kemudiannya merempuh dua buah kereta lagi di belakangnya sebelum bertindak merempuh masuk ke dalam sebuah kedai ‘Superbike’ dan menghentam empat buah motosikal berkuasa tinggi di Bandar Sri Permaisuri di sini.




Dalam kejadian pukul 4.30 petang, pemandu wanita dalam lingkungan usia 50-an itu telah menggerakkan kereta Wira gear automatik miliknya berulang kali ke depan dan ke belakang sebanyak enam kali hingga melanggar semua kenderaan terbabit.

Seorang saksi kejadian, Mohd Nooraimee Othman, 23, berkata, wanita itu pada mulanya mengundurkan keretanya untuk keluar dari kawasan tempat letak kereta di hadapan kedai motosikal berkuasa besar berkenaan dan secara tidak sengaja melanggar Volvo milik adik kepada pemilik kedai ‘Superbike’ berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, pemilik kedai Superbike itu, Azka Sidi berkata, beliau difahamkan yang wanita berkenaan mengadu dirinya pitam kepada polis sewaktu cuba untuk mengeluarkan kenderaannya dari petak pakir.

Bagaimanapun, Azka mendakwa tindakan wanita tersebut adalah sebagai cubaan melarikan diri dan panik setelah melanggar kereta Volvo XC60 berkenaan.

“Kalau langgar, orang kata awak langgar je dan tiada apa-apa. Kalau dia cakap dia pitam, tapi sebenarnya dia dah langgar kereta Myvi sebanyak lapan kali.

“Selain itu, dia juga ada melanggar kereta Naza Bestari. Malah, kalau tengok dalam video tu, tangannya masih lagi menggerakkan gear kereta,” kata Azka.

Sementara itu, Azka berkata, pihaknya mengalami kerugiaan hampir RM250,000 dan masih lagi menunggu butiran terperinci tentang jumlah sebenar dari pihak peguamnya.

Azka memberitahu pihaknya terpaksa menanggung kerugian itu sendiri termasuklah mangsa-mangsa yang terlibat dalam kemalangan itu.

Azka juga melahirkan rasa kesal di atas sikap wanita dan suami itu kerana tidak tampil untuk menyelesaikan masalah itu, malah langsung tidak meminta maaf di atas apa yang terjadi.

sumber : myNewsHub ( berita 1 dan berita 2 )


1 comments:

Yunus Badawi said...
Friday, 03 February, 2012

nasib baik pompuan. Kalau lelaki dah kena pukul oleh org ramai kot .... huhuhu

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik