2.29.2012

(Video) Bayi Didera Pusat Asuhan di Taman Kota Masai

Wednesday, February 29, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Berita mengejutkan buat aku di pagi ini apabila berita utama Harian Metro menunjukkan bayi ditampal dan dibalut dengan kain oleh pengasuh di pusat asuhan di Taman Kota Masai. Tambah mengejutkan apabila pengasuh tersebut turu merakam video perbuatan durjana mereka. Gila! Aku tak dapat terima ada manusia sanggup buat camni.

JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula dililit ketat dengan kain bedung.

Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.

Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu, pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak yang memandang serong terhadapnya.



“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya. - Harian Metro 29 Feb 2012




Video bayi didera (dibalut dan ditampal pita pelekat) di pusat asuhan di Taman Kota Masai dengan baca seterusnya.








KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya, Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik