2.14.2012

Piala Thomas 2012 : Malaysia Tewaskan Hong Kong 3 - 2

Tuesday, February 14, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Keputusan Piala Thomas 2012 kumpulan D antara Malaysia melawan Hong Kong, Malaysia menang 3 - 2. Tahniah skuad Piala Thomas Malaysia!



KUALA LUMPUR 14 Feb. - Malaysia menempah tiket ke suku akhir kejohanan Piala Thomas selepas mengalahkan Hong Kong 3-2 dalam kempen kelayakan Kumpulan D Zon Asia di Macau hari ini.

Diletakkan sebagai pilihan kelima kejohanan, Malaysia akan berdepan pilihan kedua Korea Selatan esok yang semalam membelasah Hong Hong 5-0.

Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei memberi mata pertama Malaysia apabila mudah menewaskan Wong Wing Ki 21-18, 22-20 dalam masa 42 minit sementara pasangan Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menjinakkan Lo Lok Kei/Leung Chun Yiu 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Namun juara All England 2003, Muhammad Hafiz Hashim gagal memberi mata kepada Malaysia setelah kalah kepada Hu Yun 20-22, 18-21 dalam masa 42 minit.

Beregu kedua negara, Lim Khim Wah/Goh V Shem memberi mata seterusnya kepada negara apabila menewaskan pasangan Wong Wai Hong/Lee Chun Hei 21-14, 21-16 dalam masa 27 minit. - BERNAMA


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik