2.16.2012

Lelaki Ini Tidur Depan Mesin ATM Kerana Mesin ATM Rosak

Thursday, February 16, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Apa akan anda lakukan jika mesin ATM atau CDM tiba-tiba rosak ketika anda sedang menggunakannya. Ketika itu anda sedang memasukkan sejumlah wang, tiba-tiba mesin CDM rosak,wang sudah berada di dalam mesin, akaun anda tidak dikemaskini dengan jumlah wang yang dimasukkan itu. Apa agaknya yang anda akan lakukan? Tidur di depan mesin tersebut ?



Inilah yang berlaku ke atas Mr Mao dari Shenzhen China. Dia memasukkan 7,000 yuan (sekitar RM 3,500) wang ke ATM tetapi mesin tersebut mengeluarkan semula kad dan dipaparkan diskrin dengan "Out of Order". Manakala duitnya sudah ditelan mesin tersebut.

Apabila baki akaun disemak, Mao endapati bahawa wang belum dimasukkan ke akaunnya.

Kerana bimbang wangnya diambil oleh orang lain, Mao menghubungi keluarganya dan meminta mereka membawanya tempat tidur mudah alih dan meja di mana dia kemudian bermalam sampai bank dibuka keesokannya.

Keesokan paginya, pekerja bank memeriksa dan mendapati mesin tersebut rosak dan mengembalikan semula wang Mao.

sumber : weirdasianews.com

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik