2.16.2012

Hati-Hati Tolong Orang, Penjenayah Tetak Tangan

Thursday, February 16, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Terkejut baca laporan berita di Sinar Harian. Seorang ejen insurans kena tetak tangan sampai putus oleh penjenayah. Kesian,niat asalnya nak menolong orang dalam kesusahan,rupa-rupanya orang yang dalam kesusahan itu adalah penjenayah dan ianya merupakan satu perangkap. Jadikan berita di bawah ini satu iktibar tuk kita semua. Ngeri!



SHAH ALAM – Seorang ejen insurans terpaksa mengharungi detik getir apabila memandu kereta ke Hospital Gleneagles tanpa tangan kiri selepas ditetak penjenayah dalam kejadian samun di Jalan Ampang, baru-baru ini.

Mangsa yang dikenali Poon, 47, sebelum itu memandu kereta bersendirian, kira-kira jam 9.30 malam, 3 Februari lalu.

Poon kemudiannya berhenti setelah melihat Perodua Kancil berwarna hitam tersadai di tepi Jalan Ampang berhampiran Jalan Mengkudu.

Ketika itu, terdapat dua lelaki dan seorang perempuan berdiri berhampiran kereta itu.


Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa sering membantu orang dalam kesusahan terutamanya berkaitan kereta.

“Ketika mangsa cuba menghulurkan bantuan, seorang suspek lelaki secara tiba-tiba melibas parang mengenai tangan kirinya sehingga putus.

“Mangsa terus berlari ke arah kereta. Dia terpaksa memandu dalam keadaan cedera parah dan berlumuran darah sejauh 2 kilometer ke hospital,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, sebelum mangsa melarikan diri, suspek sempat menyamun barangan berharga milik mangsa.

“Wang tunai berjumlah RM2,000 dan sebuah telefon pintar jenama Samsung Galaxy dilarikan suspek,” katanya.

Khairi berkata, ketika mendapatkan rawatan di hospital, pengawal keselamatan memaklumkan kejadian tersebut dan polis mengalami kesukaran untuk mengesan tangan mangsa berikutan maklumat yang diterima kurang jelas.

“Kita hanya mendapat tahu tangan mangsa sudah ditemui semula oleh pegawai perubatan yang memaklumkan lokasi sebenar kejadian,” katanya.

Beliau berkata, polis kini sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan individu yang terlibat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun sehingga mendatangkan kecederaan. - Sinar Harian 16 Feb 2012


p/s : nasib baik tangan tu berjaya dijumpai semula dan dapat disambung.Gila aa penjenayah skang ni..

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik