2.17.2012

Hanya Perniagaan Forex Menerusi Platform Elektronik Haram

Friday, February 17, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Dua hari lepas heboh pasal pengharaman Forex oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Bagaimanapun, ada sedikit salah faham dalam isu pengharaman Forex tersebut. Sebenarnya pengharaman tersebut hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu secara lani menerusi platform elektronik. Pengharaman Forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada Khamis menjelaskan fatwa pengharaman pertukaran wang asing (forex) hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu secara lani menerusi platform elektronik.

Katanya, pertimbangan dan keputusan pengharaman tersebut dibuat berdasarkankeraguan-keraguan yang terdapat dalam urusniaga tersebut yang bercanggah denganhukum syarak serta tidak sah dari aspek undang-undang negara.

"Saya mendapati bahawa kenyataan saya telah disalah lapor oleh sebahagian media yang menggambarkan seolah-olah "semua perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) adalah haram," katanya dalam kenyataan di sini.


Menurutnya, keputusan pengharaman forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing menerusi platform elektronik.

Pengharaman tersebut dibuat hasil kajian oleh jawatankuasa itu selepas mendapati perniagaan forex melibatkan spekulasi mata wang adalah bercanggah dengan hukum Islam. - BERNAMA



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik