2.17.2012

Gara-Gara Rokok Elektronik Meletup, Lelaki Patah Gigi

Friday, February 17, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Sekarang ni banyak dijual rokok eletronik, iaitu rokok yang menggunakan bateri untuk perokok yang mahu berhenti merokok. Macam-macam jenama rokok elektronik yang dijual, tapi pastikan anda memilih rokok elektronik yang dijamin keselamatannya. Jika tidak, terjadilah kes rokok elektronik meletup yang menyebabkan seorang lelaki patah gigi, lidah terkoyak dan bahagian muka melecur. Walaupun kejadian rokok elektronik meletup bukan berlaku di Malaysia tapi langkah berjaga-jaga perlu diutamakan juga.



FLORIDA - Seorang lelaki yang sedang berusaha untuk berhenti merokok cedera selepas rokok elektronik meletup secara tiba-tiba sehingga menyebabkan beberapa batang giginya patah, lidah terkoyak dan sebahagian mukanya melecur.

Letupan yang berlaku di ruang pejabat mini di rumah Tom Holloway, 57, di Florida itu menyebabkan beberapa perabot lain seperti kerusi, bingkai gambar, permaidani dan peralatan pejabat turut terbakar.


“Bateri di dalam rokok elektronik tersebut tiba-tiba meletup dan ‘terbang’ keluar, sekali gus menyebabkan kebakaran kecil di rumah saya,” menurut Holoway.

Sementara itu, Pengasas Bersama Persatuan Rokok Tembakau Wap Elektronik, Thomas Kiklas menafikan produk mereka mengalami masalah kerana ia direka selamat untuk pengguna. - Sinar Harian 17 Feb 2012


1 comments:

Anonymous said...
Sunday, 26 February, 2012

Di Amerika atau Eropah, mereka kebanyakannya menggunakan rokok elektronik yang sudah diubahsuai untuk menambahkan wap dan voltage. Dari info yang saya dapat, dia menggunakan e-cigarette jenis kotak atau Box Mode. Kemungkinan besar dia menggunakan kotak @ box mod (Modified) yang juga menggunakan unprotected (Tanpa perlindungan tambahan) battery. Box Mod sememangnya merbahaya lebih-lebih lagi jika menggunakan bateri unprotected (Tanpa perlindungan tambahan) dan dibuat sendiri. Ini kerana box mod adalah jenis yang boleh diy (Do it yourself) di Amerika atau Eropah. Jadi gunakan peralatan ini dengan sebaik-baiknya. Terima kasih.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik