2.21.2012

Buku Kanak-Kanak Lucah - Where Did I Come From

Tuesday, February 21, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Semalam tengok Buletin Utama 20 Feb 2012, terkejut dengan pendedahan buku kanak-kanak lucah " Where Did I Come From" yang dijual secara terbuka di rangkaian kedai buku tempatan. Sebenarnya, buku kanak-kanak lucah ni bukan isu baru, telah banyak buku kanak-kanak lucah ini berada di pasaran dan dijual secara berleluasa. Blog ini pernah mendedahkan satu buku kanak-kanak lucah iaitu buku ABC. Rasanya sudah tiba masanya pihak yang terlibat mengambil tindakan segera, jangan tunggu didedahkan oleh media massa,baru nak jalankan tanggungjawab.

Pemuda Umno mahu Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula sebuah buku pendidikan seks kanak-kanak yang diimport yang dan didakwa mempunyai kandungan yang melampau dan berbentuk lucah.

"Kita sudah mempunyai garis panduan tertentu mengenai pengimportan buku-buku asing. Bagaimana buku ini boleh melepasinya?" soal bertanya Ketua Biro Aduan Komuniti Pemuda, Muhd Khairun Aseh pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

NONEBeliau mengulas buku yang bertajuk ‘Where Did I Come From’ atau 'Dari Mana Saya Datang', yang boleh didapati di rangkaian kedai buku tempatan.

Buku yang ditunjukkan oleh Muhd Khairun kepada pemberita memaparkan ilustrasi kartun bentuk lelaki dan wanita yang lengkap dengan alat kelamin masing-masing.

Ia juga menunjukkan ilustrasi aksi lelaki dan perempuan yang mengadakan hubungan seks.

"Tetapi lebih daripada sekadar ilustrasi, kandungan buku itu juga amat membimbangkan," kata Muhd Khairun lagi.




Beliau kemudiannya membacakan beberapa petikan dari buku itu yang menerangkan kemaluan lelaki dan perempuan secara terperinci.

Ini termasuk satu petikan yang dengan jelas menerangkan perbuatan persetubuhan dan bagaimana fungsi kemaluan lelaki dan perempuan semasa proses berkenaan.

Menurut Muhd Khairu, buku yang ditulis dalam bahasa yang amat mudah itu diletakkan di rak-rak buku-buku untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah di kedai-kedai buku.

NONEKatanya lagi, penjualan buku tersebut adalah melanggar Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang berkaitan dengan pengedaran atau penjualan bahan-bahan lucah.

Pemuda Umno, katanya, akan menghantar memo bantahan kepada Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, esok bagi menggesa siasatan dijalankan dan menawarkan kerjasama sepenuhnya. - Malaysiakini.com 20 Feb 2012


p/s : Lepas ni ramai yang cari buku ni kut.Haha..

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik