2.03.2012

Berhati-Hati Beli Kereta Baru, Dalam Showroom Pun Boleh Kena Tipu

Friday, February 03, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Beli kereta baru nampak macam mudah, pergi ke showroom kereta, jumpa jurujual kereta,bayar booking atau downpayment, tunggu kereta siap.

Tak mungkin kita akan ditipu oleh jurujual kereta tersebut kerana urusniaga berlaku di dalam showroom tersebut dan resit rasmi syarikat showroom tersebut juga turut diberi. Tapi, sebenarnya penipuan beli kereta baru boleh juga berlaku. Itulah yang terjadi ke atas seorang pekerja kilang yang ditipu ketika membeli kereta Proton Saga.

Apa yang membuatkan aku tak faham, jurujual kereta tersebut pernah menipu 4 pembeli kereta sebelum ini tapi masih dibenarkan menjadi penjual di showroom tersebut. Malah majikan jurujual tersebut tidak mahu bertanggungjawab. ???





SHAH ALAM: Hasrat seorang pekerja kilang membeli kereta baru bagi memudahkan urusan sehariannya berakhir kekecewaan apabila dia diperdaya seorang jurujual kereta dalam kejadian di Seksyen 23, di sini, baru-baru ini.

Mangsa, Mohd Fazli Ambric, 27, berkata, dia berhasrat membeli Proton Saga berharga RM46,000 dan mengunjungi bilik pameran di Seksyen 23 bagi membuat urusan jual beli.

“Ketika di bilik pameran itu, saya dilayan jurujual dikenali sebagai Badrul Hisham untuk membuat tempahan yang memerlukan saya membayar RM500 secara tunai.


“Beberapa hari kemudian saya dimaklumkan bank sudah meluluskan pinjaman kereta itu dan saya diminta membayar pendahuluan RM6,000 bagi urusan dokumentasi. Wang itu diserahkan kepada jurujual terbabit dan diberi resit rasmi,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Mohd Fazli berkata, jurujual itu menjanjikan keretanya diperoleh selepas Tahun Baru Cina, namun perkara itu tidak ditunaikan, malah jurujual terbabit menghilangkan diri.

“Saya pergi ke premis itu untuk menuntut kereta yang dijanjikan, namun dimaklumkan jurujual terbabit sudah berhenti kerja sebelum Tahun Baru Cina. “Saya curiga dan mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, namun sekali lagi pergi ke premis berkenaan dan lebih mengejutkan saya apabila dimaklumkan jurujual itu mempunyai empat kes penipuan membabitkan penjualan kereta sebelum ini,” katanya.

Selain itu, majikan jurujual terbabit mendakwa mereka tidak pernah mengetahui urusan jual beli keretanya dan enggan memberikan pampasan.


“Saya tak menyangka hanya mendapat nombor plat kereta. “Lebih menyedihkan resit yang diberikan kepada saya adalah palsu walaupun tercetak nama syarikat pengedar itu. Sungguh mengecewakan kerana saya bukan membuat urus niaga di kedai kopi, tetapi di bilik pameran,” katanya.

Mohd Fazli yang kesal dengan kejadian itu membuat laporan di Balai Polis Seksyen 15 Ahad lalu. - Harian Metro 3 Feb 2012

Kepada semua yang akan menjadi seorang pembeli kereta baru, berhati-hati dengan kes penipuan sebegini. Agak sukar dipercayai penipuan boleh berlaku di showroom kereta di mana sebelum itu kes sedemikian pernah dilakukan oleh jurujual yang sama.


0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik