1.25.2012

Kisah Ustaz Harun Din Pindah Jin Dengan Bas Hanya Temberang

Wednesday, January 25, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Rasanya tentu ramai pernah dengar cerita kisah Ustaz Dato' Dr. Harun Din pindahkan sekumpulan jin dengan beberapa buah bas dari Universiti Kebangsaan Malaysia ke kawasan hutan yang lain. Menurut cerita yang aku dengar, masa tu Universiti Kebangsaan Malaysia baru hendak dibina, tapi tidak dapat diteruskan kerana kawasan tersebut merupakan kawasan tempat tinggal sekumpulan jin.

Maka Ustaz Dato' Dr. Harun Din dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah rundingan dijalankan dengan ketua kumpulan jin tersebut, jin tersebut pun bersetuju untuk dipindahkan ke tempat lain. Maka beberapa bas digunakan untuk memindahkan kumpulan jin tersebut.

Menurut pemandu bas yang membawa kumpulan jin tersebut, walaupun dia tidak nampak kelibat jin tersebut tetapi dia dapat merasakan berat basnya bertambah seolah-olah basnya penuh dengan penumpang sedangkan secara fizikal basnya kosong tanpa penumpang.

Itulah serba sedikit yang aku dengar dan aku percaya. Tapi rupa-rupanya semua itu cerita temberang. Bohong belaka tiada yang tidak bohong melainkan bohong bohong belaka. Hampeh betul la sapa yang reka cerita tu.

Macam mana aku tahu tu kisah bohong, Dato' Dr. Harun Din yang bagitau sendiri kesahihah cerita tersebut dalam video di bawah. Tonton dan renung-renungkan.

” Tujuan kita hanyalah untuk meminta kepada Allah agar diberi kekuatan, diberi dengan kaedah rawatan supaya mereka (jin) itu boleh berpindah dengan sendiri.

” Tak payah pakai bas, mereka tak tau pun yang bas itu ada kerana mereka boleh jalan sendiri…boleh terbang sendiri dengan laju kerana mereka dibuat daripada api, api ada kelajuan sendiri,” kata Dr. Harun.








nota : gambar bas UKM tu sekadar hiasan sahaja.Tidak ada kena mengena dengan cerita ini.

1 comments:

QueeN TerataI said...
Wednesday, 25 January, 2012

Ala... bukan setakat UKM je.. aku dulu study kat UUM pun ada gak kuar citer ni.. kononnya ustaz harun din pindahkan jin dari tempat baru untuk bangunkan asrama pelajar dengan menaiki bas.. gila percayalah masa tu.. hahahah rupa2nya tipah tertipu bang!! kehkehkeh

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik