1.24.2012

Kamal Ashnawi terkaya di dunia, miliki RM20 trilion?

Tuesday, January 24, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Nama Kamal Ashnawi tiba-tiba menjadi perbualan. Apa tidaknya, tertiba sahaja Utusan Malaysia melaporkan Kamal Ashnawi adalah orang terkaya di dunia dan memiliki RM20 trilion. Trilion tu... sedangkan orang terkaya di dunia yang ditabalkan oleh majalah Forbes iaitu Carlos Slim dari Mexico baru mempunyai kekayaan RM224.7 bilion.

Paling agak tak masuk akal apabila perenggan terakhir dalam laporan Utusan Malaysia itu ialah Kamal Ashnawi bakal ditabal Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap pula berkata Kamal Ashnawi bermimpi di siang hari.


KUALA LUMPUR 21 Jan. – Walaupun tidak tersenarai sebagai orang terkaya di dunia, anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi (KA) mendakwa beliau kini mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion).

Dakwaan kekayaannya itu ditunjukkan dengan mengemukakan kepada pemberita salinan penyata bank HSBC di London yang seharusnya membolehkan beliau menjadi individu pertama di dunia bergelar ‘trillionaire’.

Kamal adalah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sierra Petroleum (M) Sdn. Bhd. yang pernah mencadangkan projek kilang penapis minyak mentah di Kedah pada 2005.

Menurut majalah Forbes, Carlos Slim dari Mexico merupakan manusia terkaya di dunia tahun lepas dengan anggaran kekayaannya mencecah RM224.7 bilion dan Pengasas Microsoft, Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah RM170 bilion.


“Saya terpanggil untuk tampil bagi menolak segala tuduhan buruk yang dilemparkan sebelum ini ekoran cadangan projek pada 2005 yang tidak berjaya dilaksanakan kerana dihalang oleh pihak-pihak tertentu.

“Ini adalah tawaran terakhir saya bagi membantu orang Melayu dan syarikat-syarikat dengan melaburkan dana dalam tiga projek cadangan di Perlis, Johor dan Kelantan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang akhbar di sebuah hotel di sini semalam.

Katanya, tiga projek yang bernilai trilion ringgit tersebut ialah projek pelancongan komersial di Kuala Perlis, taman tema berkonsepkan Pirates of The Carribean di Danga Bay, Johor Baharu, dan projek penempatan komersial di Kelantan.

Kamal berkata, segala urusan berkaitan tiga projek tersebut akan diserahkan kepada SAS Group iaitu sekumpulan pelajar alumni Sekolah Alam Shah yang merupakan bekas sekolah beliau sendiri.

Sejak projek penapisan kilang minyak di Kedah itu tergendala, katanya, dia lebih banyak menghabiskan masa di luar negara bagi menguruskan perniagaan.

Menurutnya, beliau akan bermastautin di Hong Kong mulai Mac ini bersama keluarganya sebelum ke Indonesia beberapa tahun kemudian.

Kamal memberitahu, kekayaan yang diperoleh berasal daripada warisan diraja menerusi akaun bagi Combined International Collateral of the Global Debt Facility yang dibuat keluarga diraja dunia pada 1875.

Dakwanya, beliau juga adalah keturunan diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan dijangka ditabal menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi. - Utusan Online 22 Jan 2012



KUALA LUMPUR 22 Jan. - Dakwaan anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi bahawa dia bakal ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi disifatkan sebagai mimpi di siang hari.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap berkata, jika Kamal Ashnawi hanya mendakwa sebagai kerabat diraja Indonesia, mungkin boleh dipercayai tetapi bukan sebagai maharaja.

"Tidak wujud kedudukan maharaja di Indonesia, malah golongan diraja itu tidak perlu ditabalkan sebaliknya ia terus diwarisi daripada generasi ke generasi.

"Indonesia mempunyai sejarah kesultanan sendiri seperti Kesultanan Solo dan Yogyakarta di wilayah Jawa Tengah, namun mereka hanya dihormati tetapi tidak mempunyai kuasa memerintah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan mengenai Kamal Ashnawi yang mendakwa dirinya mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion) walaupun tidak tersenarai sebagai orang kaya di dunia.

Selain itu, Kamal Ashnawi turut mendakwa dirinya merupakan keluarga diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan bakal ditabal menjadi Maharaja Indonesia beberapa tahun lagi.

Jelas Khairuddin, sejak 1945, sistem diraja di Indonesia telah runtuh dan negara itu telah bertukar menjadi republik.

"Dakwaan Kamal Ashnawi itu sangat tidak masuk akal kerana sejak Indonesia mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan di negara itu bukan lagi mengikut sistem monarki (beraja) sebaliknya melalui Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Perwakilan Rakyat yang memilih seorang Presiden," katanya.

Katanya, kerabat diraja Indonesia yang masih ada sehingga hari ini akan mempunyai gelaran 'Raden' diawal nama mereka dan turut dikenali dengan keturunan 'berdarah biru' atau golongan bangsawan. - Utusan Online 23 Jan 2012


2 comments:

Putra Sri Durga said...
Saturday, 28 January, 2012

Kejadian gempabumi memang ada kaitannya dengan kedatangan “Ratu Adil”.Kesemua kejadian adalah menjadi tanda bagi mereka yang berfikir.Bermula dengan Tsunami di Acheh kemudian diikuti dengan beberapa gempa di Indonesia dan persekitaran dan begitu juga dengan kejadian gempa yang besar di Acheh baru-baru ini,kejadian the “smiling moon” dan juga meletus gunung berapi di Iceland.Perlu diingatkan bahawa zaman sekarang, kuasanya “wang” yang merupakan kuasa dalam menyelesaikan kebanyakkan masalah kemiskinan di dunia.Jadi mengikut prediction dari kitab jawa “Joyo Boyo”, Ratu Adil akan datang dengan kewangan yang banyak yang dapat mengatasi semua masalah manusia di dunia di samping mengujudkan keadilan dan kebenaran dengan menyatukan keempat kitab iaitu Taurat, Zabur, Injil dan Quran. Dengan penyatuan ini hampir 90% rakyat dunia ini akan mendapatkan ISLAM yang sebenarnya.Sebab itu sekarang ini dari ekonomi global, barat sudah mengalami kemelesetan dan kesemuanya akan berpindah ke Timur(Nusantara atau apa yang di sebut sebagai”Sundaland” atau the Lost City(Kumarikandam).Pernah di sebut akan ujud suatu bangsa di sebelah timur yang akan memerintah dunia di akhir zaman.
Bilakah bermulanya the world financial system?Sebenarnya the world financial system bermula dengan jumlah emas(gold) yang banyak dari 125 javanese kings dan yang terakhir Raden Mas Ki Asmoro wijoyo.Dengan jumlah emas tersebut dan di ketuai oleh Maharaja Jepun Hirohito, maka bermulalah satu akaun yang bernama “International Combined Collateral Account” dan seterus nya dimanage oleh World Bank, U.S. federal Reserve, IMF dan seterusnya beberapa bank komersial yang besar seperti UBS, HSBC, CITIBANK dan seterusnya.Sebab itu Bung Sukarnaoe( sebagai trustee bagi raja-raja jawa) telah menandatangani perjanjian dengan Presiden John F kennedy utk pihak Amerika mengeluarkan wang untuk projek Apollo suatu ketika dulu.Bung Sukarnoe hanya sebagai trustee cuma dapat memperolehi 2.5% dari jumlah yang di keluarkan.Pemiliknya masih 125 raja-raja java dan ini merupakan kebenaran dan bukan mitos dan perjanjiannya Indonesia akan kembali kepada sistem monarki menjelang tahun 2012.Sekarang ini terdapat hampir 70 orang kerabat keraton’raja yang berada di Eropah dan Amerika Syarikat menunggu saat pembubaran republik sebab dengan pembubaran tersebut maka akan diperuntukaan sejumlah USD117Trillion untuk pembangunan seluruh Indonesia.Sebab itu walau apapun kejadian, seperti “bali Bombing”, kerajaan Amerika tidak berani mengenakan sebarang sekatan ekonomi ke atas Indonesia tidak seperti yang seringkali berlaku di negara-negara Arab. Infact, setiap Presiden Amerika yang baru akan melawat Indonesia seperti yang akan di lakukan oleh Barack Obama tidak lama lagi.
Persoalannya, siapakah ” Ratu Adil ” yang di nanti-nantikan selama ini? Persoalannya kenapa apabila setiap negara meminjam dari “Royal Assets” untuk mencetak wang, terpaksa membayar interests sejumalh 6% setahun ke dalam akaun “KAMAL ASHNAWI”.Persoalannya “KAMAL ASHNAWI” seorang berbangsa Melayu dan berpaspot Netherland pernah di kunjungi oleh Pak Gus Dur dan Sheikh Abdul Ghafur(Ketua Pesantren Indonesia) suatu masa dulu pada thaun 2008.Kebenaranya, “KAMAL ASHNAWI” ini merupakan pewaris terakhir bagi kesemua harta-harta ini dan menggunakan gelaran”RADEN MAS PRABHU GUSTI AGUNG KI ASMORO WIJOYO”.
Semua yang tertulis di atas merupakan kebenaran semata-mata, saudarr-saudari yang di kasih boleh selidiki melalui rakan-rakan di dalam sistem perbankan, pak Kiai yang hebat dari ilmu hakikat dan makrifatnya dan juga ahli-ahli sejarah yang tahu tentang sistem perbankan dunia.
Mungkin tulisan saya ini berkisar kepada tanda gempa yang besar berskal 7.3 richter scale di Acheh bulan Mei baru-naru ini kerana di janka kerajaan beraja yang pertama yang akan bermula di tahun 2012 ialah Acheh(serambi Mekah) dan diikuti dengan jajahan-jajahan yang lain.
Wassalam

Putra Sri Durga said...
Saturday, 28 January, 2012

Ini adalah petikan dari ramalan tentang "Ratu Adil" @ Satria Piningit. Jika diteliti, banyak persamaanya dengan cerita KA. Adakah ini satu kebetulan?

"Ia dibesarkan di suatu tempat, tanah yang mempunyai sejarah besar Nusantara. Namun ketika remaja, ia berkelana ke arah barat dari tempat asalnya. Melakukan semua hal yang bisa melepaskan derita seseorang, tanpa mengharap pujian atau imbalan. Walaupun selama perjalanan itu, ia selalu di jegal oleh orang-orang yang iri terhadapnya.

Hingga akhirnya ia telah kembali ke tempat asalnya untuk menumbuhkembangkan budaya tempat ia dilahirkan. Mengasuh pemuda-pemuda yang datang kepadanya, mengajarkan hakikat kehidupan dan tetap menolong sesama tanpa pamrih apapun. Kepulangannya ini lah titik awal dari pelaksanaan tugas yang sesungguhnya. Membuka gerbang impian rakyat akan hidup yang adil sejahtera. "

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik