1.12.2012

Gambar Myvi Terbang Atas Van

Thursday, January 12, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels: ,

Sejak semalam kecoh pasal gambar Myvi terbang. Betul ke Myvi tu terbang ?

Bila tengok gambar, sah! memang MyVi terbang. Kalau tak terbang macamana MyVi tu boleh berada atas van kan. Dan yang pasti, jika dilihat keadaan MyVi tu yang boleh terbang ke atas bumbung van tu, memang sah sah kereta MyVi tu dipandu laju.


Ajaibnya. Tiada kemalangan jiwa dan mangsa hanya cedera ringan sahaja. Mungkin itu satu peringatan.



KOTA BHARU - Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Jalan Long Yunus, dekat sini ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila tayar kiri bahagian hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba pancit menyebabkan dia hilang kawalan.

"Kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dibantu orang ramai keluar dari keretanya di atas van itu," katanya ketika dihubungi semalam. - Kosmo



sumber gambar : earncent.com/blog (thanks)

2 comments:

QueeN TerataI said...
Thursday, 12 January, 2012

dah byk blog buat entri ni.. naik bosan lak aku baca.. hehehe

Anonymous said...
Thursday, 12 January, 2012

Kebanyakan yang memandu MyVi memang memandu secara tidak selamat.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik