1.08.2012

Datuk Lee Chong Wei Juara Terbuka Korea 2012

Sunday, January 08, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Datuk Lee Chong Wei berjaya mengalahkan musuh ketatnya Lin Dan di Terbuka Korea 2012 dalam aksi yang mendebarkan, rubber set 12-21, 21-18, 21-14 petang tadi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei kerana menjuarai kejohanan Badminton Siri Super Terbuka Korea di Seoul, Korea Selatan.

"Syabas Datuk Lee Chong Wei!! Tahniah daripada saya dan isteri. Kami kini berada di Afrika Selatan dan baru mendapat berita ini," kata Najib menerusi mesej Twitter beliau.

Kemenangan ini juga satu permulaan yang baik dan suntikan semangat buat Chong Wei dalam usaha untuk memenangi pingat emas pertama Malaysia di London Sukan Olimpik 2012 nanti.

Tahniah Datuk Lee Chong Wei !



0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik