1.13.2012

Cara Menerima Bayaran RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Friday, January 13, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Menteri Kewangan sudah mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar tentang pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada pemohon yang berjaya akan dibuat dalam bentuk baucar tunai, bermula Ahad ini.

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dibuat secara berperingkat mulai 15 Januari 2012 dan dijangka mengambil masa dua bulan sehingga 15 Mac depan.

Dalam tempoh dua bulan itu, setiap pemohon yang berjaya akan menerima surat pemakluman secara berperingkat dengan disertakan tarikh dan tempat penyerahan baucar tunai.

Baucar tunai itu boleh ditunaikan di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB dan Maybank di seluruh negara.



Kerajaan turut menyediakan kaunter bergerak khas di ketiga-tiga bank berkenaan pada majlis penyerahan baucar di kawasan luar bandar untuk kemudahan orang ramai di pedalaman menunaikan baucar.

Pemohon boleh menghubungi talian hotline 1800222500 atau 1300883010 mulai Isnin ini antara jam 9 pagi hingga jam 5 petang untuk memeriksa status permohonan.

Bagi pemohon yang gagal pula, rayuan boleh dibuat dengan menggunakan borang khas yang boleh diperoleh di pejabat LHDN, agensi kerajaan berkaitan atau dimuat turun menerusi laman web www.treasury.gov.my

Kerajaan juga memutuskan untuk melanjutkan tempoh penyerahan borang BR1M itu selama satu bulan lagi sehingga 10 Februari depan.



3 comments:

QueeN TerataI said...
Friday, 13 January, 2012

untunglah sape yg dapat... aku mohon pun tidak mcm mana nak dpt? kalo mohon pun blm tentu dapat.. so xpyhlah.. berilah kpd yg lbh memerlukan ye dak? hehehehe

sord87 said...
Friday, 13 January, 2012

nasib baiklah dapat rm500 baucar boleh tunaikan,dengor citer dapat baucar kena pi belanja jkat kedai 1 malaysia.

Mr PenyuBiru said...
Saturday, 14 January, 2012

Queen - baguslah camtu.kita beri laluan kpd yg lebih memerlukan.

sord87 - takde dgr plak citer tu.

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik