1.14.2012

Cara Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Saturday, January 14, 2012 by MR Penyubiru ·
Labels:

Apakah itu Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ?

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang baru sahaja dilancarkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 Januari 2012 ini merupakan suatu skim khas yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur di samping untuk membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup semasa.

Skim ini dikendalikan dengan kerjasama Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta institusi-institusi kewangan terlibat.

Melalui Skim ini, rakyat Malaysia yang berkelayakan akan berpeluang untuk memohon pinjaman berjumlah RM5,000 untuk melabur dalam Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia)I yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), dan akan menerima bayaran insentif yang menarik ke atas tabungan dan pelaburan yang dibuat.

Sebelum anda memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) ini, anda perlu tahu samada anda layak atau tidak.




Apakah kriteria-kriteria kelayakan untuk memohon dalam Skim ini?

  1. Permohonan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun;
  2. Pemohon mesti mempunyai jumlah pendapatan kasar bulanan isi rumah antara RM500 hingga RM3,000;
  3. Pemohon tidak diisytiharkan muflis semasa memohon serta sepanjang tempoh penyertaan dalam skim;
  4. Pemohon dan/atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB iaitu "Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT)", "ASB Sejahtera" dan "ASW2020-Bandar";
  5. Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana tabung unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul adalah bersamaan atau kurang dari RM10,000.

Cara Memohon Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia)

Para pemohon yang berminat hendaklah mendapatkan borang permohonan di salah satu cawangan bank-bank terlibat mulai 30 Januari 2012**. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan.

**Tertakluk kepada pindaan


Apakah bank-bank yang menyertai skim ini?

Empat bank iaitu Maybank, CIMB, RHB dan BSN.


Berapa lamakah tempoh permohonan?

Permohonan dibuka selama satu (1) tahun dari tarikh pelancaran skim atau sehingga semua peruntukan pembiayaan habis dilanggan, yang mana lebih awal.


Apakah dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan?

Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti berikut:
a. Kad pengenalan pemohon (2 salinan);
b. Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan);
c. Bukti pendapatan:

- 1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini
- 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini


Bagaimanakah saya tahu sama ada permohonan saya berjaya?

Para pemohon yang berjaya akan dihubungi oleh pihak bank.


Segala maklumat lanjut, anda boleh layari laman web SARA 1Malaysia

0 comments:

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik