12.02.2011

Kek Krismas Terpanjang Di Dunia


SHANGHAI - Seramai 80 orang tukang masak membantu mengukur kek Krismas paling panjang di dunia di sebuah hotel di sini semalam.

Kek itu yang sepanjang 1,068 meter berperisa vanila dan mengandungi coklat diiktiraf dalam rekod Guinness sebagai yang terpanjang di dunia.

Ia dibuat sempena satu majlis kebajikan bagi mengutip derma untuk kanak-kanak yang menghidap kanser. - Agensi (Kosmo)





Baca seterusnya...

12.01.2011

Cara Mohon Bantuan RM500

Thursday, December 01, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cara Mohon Bantuan Rakyat RM500

Mulai 10 Disember ini, orang ramai boleh dapatkan borang pendaftaran secara percuma di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

Tempoh masa satu bulan diberikan untuk proses permohonan tersebut.

Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN.

Pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.


KUALA LUMPUR 30 Nov. - Pendaftaran permohonan Bantuan Tunai RM500 akan dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh satu bulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pembayaran Bantuan RM500 hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan.

Menurutnya, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta agensi-agensi Kerajaan.

''Borang yang lengkap diisi beserta salinan kad pengenalan, hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah-sekolah terpilih serta pejabat-pejabat cawangan LHDN,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ahmad Husni, bantuan ini dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah di negara ini.

"Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion," katanya.

Pada pembentangan Bajet 2012 Oktober lepas, kerajaan mengumumkan pemberian bantuan tunai sekali, sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

"Bantuan ini adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu meringankan kenaikan kos sara hidup rakyat," kata Ahmad Husni.

Isi rumah yang layak memohon, merujuk kepada seorang lelaki atau wanita yang menjadi ketua kepada ahli yang tinggal serumah atau ketua keluarga.

Ia merangkumi individu berkahwin, termasuk anak yang berkahwin dan tinggal bersama ibu bapa; ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; individu (bujang, duda, ibu tunggal) bujang yang mempunyai tanggungan; dan warga emas sebatang kara.

Ketua isi rumah yang bekerja sendiri juga layak untuk memohon, katanya. - BERNAMA



Baca seterusnya...

11.30.2011

IKEA Panggil Balik BUSA children’s tent & PAX AURLAND MIRROR DOOR

Wednesday, November 30, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perhatian untuk pengguna barangan IKEA, jika anda ada membeli 2 barangan di bawah


BUSA children’s tent



atau PAX AURLAND MIRROR DOOR

Sila hantar semula barangan tersebut ke IKEA kerana pihak IKEA memanggil semula produk tersebut (Product recalls) atas sebab-sebab barangan tersebut boleh menyebabkan kecederaan.

Maklumat lanjut di laman IKEA.com.my.



Baca seterusnya...

UMobile Tawarkan BIS Plan Paling Murah

Wednesday, November 30, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Jika anda sedang mencari-cari BlackBerry Internet Service (BIS) Plan yang paling murah, UMobile ada jawapannya. Check it out!





Baca seterusnya...

11.29.2011

Lagi Gambar Proton Saga FLX SE 1.6 Dan Harga

Tuesday, November 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Sejak beberapa minggu ini, ramai peminat Proton Saga memperkatakan tentang Saga FLX SE 1.6 yang bakal dilancarkan dalam masa terdekat ini. Berikut beberapa keping gambar Saga FLX SE 1.6 yang tersebar di internet. Difahamkan harga Saga FLX SE 1.6 sekitar RM49K ++











sumber : funtastickodesign.wordpress.com


Baca seterusnya...

Apabila Kucing Bermain Alat Muzik...

Tuesday, November 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:








Baca seterusnya...

Menangi Tiket Movie Mission Impossible 4

Tuesday, November 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,




Wanna catch Agent Ethan Hunt and the IMF crew as they embark on a mission to clear their name?

Join us and win tickets to the world’s most immersive movie experience.

IMAX® delivers crystal clear larger-than-life images complemented by exhilarating state-of-the-art surround sound.

Now you can be part of the IMAX® experience! WIN FREE tickets from TGVCinemas’ Facebook page to the Mission Impossible 4 premiere at TGV Sunway on 13/12/2011!

Check it out!


Baca seterusnya...

Menangi Livina Dengan Microsoft Office Malaysia

Tuesday, November 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Sertai peraduan "Great Family Time Contest" yang dianjurkan oleh Microsoft Office Malaysia dan berpeluang memenangi sebuah kereta Nissan Grand Livina. Check it out!







Baca seterusnya...

Gambar & Video Toyota Fun-Vii - Kereta Telefon Pintar

Tuesday, November 29, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

TOKYO - Presiden syarikat Toyota Motor Corp, Akio Toyoda memperkenalkan kereta konsep futuristik yang memiliki bentuk menyerupai sebuah telefon pintar gergasi dalam satu majlis di sini semalam.

Dinamakan Fun-Vii, beliau menggelarkan kereta konsep tersebut sebagai "sebuah telefon pintar bertayar empat".





Kereta itu berfungsi seperti sebuah komputer peribadi dengan pemandunya boleh berhubung dengan orang lain dengan mengetuk panel pintu kereta tersebut.

Pintu kenderaan itu dilengkapi skrin besar dengan fungsi sentuh yang beroperasi seperti sebuah telefon pintar.

"Sebuah kereta perlu mempunyai daya tarikan," kata Toyoda.

Beliau turut memperkenalkan sebuah skuter yang boleh ditunggang sambil berdiri yang dinamakan Winglet pada majlis berkenaan. - Agensi (Kosmo Online)

p/s : Fun-Vii (Vehicle Interactive Internet)

Lagi gambar dan video dengan baca seterusnya.




















Baca seterusnya...

11.28.2011

(Video) Apabila Binatang Main iPad

Monday, November 28, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:










Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik