11.26.2011

(Video) Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun

Saturday, November 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Hari ini adalah hari terakhir dalam kalendar islam bagi tahun 1432 Hijrah. Besok akan masuk tahun baru 1433 Hijrah.

Kita disunatkan membaca Doa Akhir Tahun selepas waktu Asar hari ini dan membaca Doa Awal Tahun selepas waktu maghrib malam nanti.

Berikut merupakan video Doa Akhir Tahun da Doa Awal Tahun.











Salam Maal Hijrah 1433 !




Baca seterusnya...

(Video) Bola Masuk Gol Belum Tentu Di kira Gol

Saturday, November 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam permainan bolasepak, menjaringkan gol adalah matlamat utama setiap pemain. Dalam setiap permainan pula, pengadil adalah orang yang paling berkuasa dalam membuat keputusan. Walaupun bola sudah masuk ke dalam gol tetapi jika pengadil tidak nampak bola itu masuk, maka tiada jaringan gol diberikan.











Moral of the story : Tepislah bola keluar dari gol selagi pengadil tak nampak. :D




Baca seterusnya...

11.25.2011

Pertandingan Fotografi "Tak Nak Merokok!"

Friday, November 25, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Bagi mereka yang minat fotografi, jangan lepaskan peluang ini - Pertandingan Fotografi "Tak Nak Merokok!". Hadiah bernilai lebih dari RM4000 untuk dimenangi.

Apa tunggu lagi, Jom sertai sekarang!

Maklumat lanjut.



Baca seterusnya...

11.24.2011

(Video) Pengembara Rakam Aksi 'Rollercoaster' Paling Ngeri

Thursday, November 24, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Di Mieder, Austria terdapat satu rollercoaster monorel yang bermula dari puncak gunung menuruni lereng gunung hingga sampai ke kaki gunung. Pengunjung akan menaiki kereta kabel hingga sampai ke puncak, kemudian menaiki rollercoaster menuruni gunung.

Seorang pengembara telah merakam aksinya menaiki rollercoaster tersebut menuruni gunung dengan kelajuan maksima tanpa menggunakan brek.

Bagi mereka yang kecut perut, boleh lah menonton video tersebut. hehe..









Video di bawah ini pula adalah gambaran sebenar rollercoaster di Mieders Alpine Coaster.






Baca seterusnya...

Laman Web 1Malaysia Milik Dato' Sri Najib Razak Digodam ?

Thursday, November 24, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Laman web 1Malaysia.com.my adalah laman web peribadi Dato' Sri Najib Razak. Difahamkan, salah satu folder lawan web tersebut telah digodam dan diletakkan satu page yang kelihatan seperti di bawah.







Folder yang digodam itu adalah http://www.1malaysia.com.my/wp-includes/languages/

Bagaimanapun, kandungan laman web 1Malaysia.com.my masih boleh diakses seperti biasa cuma jika anda menaip url di atas, akan keluar satu page seperti di atas.

Dalam situasi sekarang memang mudah kita meneka angkara siapa, tetapi perlu diingat mungkinkah juga ada pihak lain yang cuba mengambil kesempatan dan mengeruhkan lagi hubungan antara Malaysia dan Indonesia. Siapa tahu kan...

info dari amanz.my



Baca seterusnya...

11.23.2011

(Video) Peserta India's Got Talent Pamer Aksi Gerun & Ekstrim

Wednesday, November 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
AMARAN : Entri ini mengandungi video yang gerun dan ekstrim giler. 18 SG. Anda dilarang meniru aksi mereka.

Aksi gerun dan ekstrim macamana yang aku maksudkan tu? Anda tengok gambar di atas, anda sudah boleh agak betapa ekstrimnya persembahan salah satu kumpulan peserta India's Got Talent yang mengelar kumpulan mereka Warriors of Goja.

Makan kaca, dipukul dengan tukul besi, digilis kereta dan kepala digilis motor, jatuh dari tempat tinggi dan macam-macam lagi aski ektrim yang tak masuk akal.

Salah seorang juri sampai menjerit-jerit, seorang tutup mulut, seorang lagi mengeleng-gelengkan kepala.

Sukar tuk dipercayai yang kekuatan manusia boleh pergi sejauh itu tapi percayalah.... saksikan video tersebut dengan baca seterusnya.







Baca seterusnya...

(Video) Ibu Terkejut Ruang Tamu Dipenuhi Tepung

Wednesday, November 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda nak tahu tak apa akan terjadi jika kanak-kanak bermain dengan tepung di rumah ? Tengok gambar di bawah.

Inilah hasilnya! Seluruh ruang tamu dipenuhi tepung. Yang paling best tu, dua orang kanak-kanak di atas tu buat muka tak bersalah jer. hehe...

Difahamkan, ibu kanak-kanak di atas tidak sihat dan berada lama di dalam bilik air tanpa menyedari dua orang anaknya telah bermain dengan tepung di ruang tamu.

Apabila si ibu keluar dari bilik air, alangkah terkejut dia melihat seluruh ruang tamunya dipenuhi tepung. Si ibu hanya mampu menyebut " Oh my gosh" banyak kali...

Si ibu turut merakam aksi anak-anaknya itu dan memuat naik di youtube. Saksikan video yang bagi aku mencuit hati dengan baca seterusnya..








Baca seterusnya...

11.21.2011

(Video) Penyokong Indonesia Bakar Kaunter Tiket

Monday, November 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Gara-gara kecewa kerana kehabisan tiket perlawanan akhir bolasepak Sukan SEA antara Indonesia vs Malaysia, ratusan penyokong fanatik Indonesia yang berang telah bertindak membakar kaunter jualan tiket.

Saksikan video laporan berita penyokong Indonesia membakar kaunter tiket.






Fuhh...memang dasyat aa penyokong Indonesia ni. Semoga penyokong Malaysia dan pemain kita selamat berada di sana. Harap-harap tidak berlaku kejadian tidak diingini.



Baca seterusnya...

Pokok Ganjil Yang Kelihatan Seperti Watak TV Kanak-Kanak

Monday, November 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Terdapat pelbagai jenis bentuk pokok di muka bumi ini. Paling menarik apabila bentuk pokok itu seakan-akan watak TV rancangan kanak-kanak. Adakah pereka watak TV kanak-kanak ini meniru rupabentuk watak tersebut daripada pokok ? ehehe...





























Baca seterusnya...

Apabila Kucing Bergaya Dengan Topi. Comel !

Monday, November 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kucing memang haiwan peliharaan yang paling comel. Gambar-gambar di bawah adalah gambar kucing bergaya dengan pelbagai jenis topi. Cute jer... hehe









Baca seterusnya...

11.20.2011

Suami Isteri Jumpa Akar Pokok Menyerupai Jantung

Sunday, November 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KOTA TINGGI - Siapa sangka hobi sepasang suami isteri di sini, yang gemar masuk hutan mencari akar kayu telah menemukan mereka dengan akar pokok ganjil menyerupai jantung manusia.

Pasangan berkenaan, Madon Ismail, 65, dan Fatimah Ibrahim, 55, yang tinggal di Kampung Tembioh pernah menolak tawaran sebanyak RM10,000 daripada rakan yang berminat mahu memiliki akar ganjil itu.

Madon berkata, keunikan akar ganjil itu membuatkannya mudah menolak tawaran daripada mereka yang mahu membelinya.

“Pertama kali apabila saya terjumpa akar ini iaitu pada tahun lepas, saya bersama isteri sedang mencari akar kayu di sebuah hutan berhampiran Bukit Aping,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, ketika sedang mendaki bukit, dia berasa aneh apabila ternampak akar pada sebatang pokok yang mempunyai bonggol besar di bahagian hujungnya.


“Didorong perasaan ingin tahu dan merasakan ia sesuatu yang ganjil, saya mengambil keputusan mengorek tanah berkenaan. Ternyata, usaha yang dilakukan tidak sia-sia apabila mendapati akar itu seakan jantung manusia.

“Dengan pertolongan anak-anak, kami berjaya membawanya pulang ke rumah. Namun, ia terpaksa mengambil masa selama dua hari ekoran akar berkenaan yang terlalu berat,” katanya.

Sementara itu, Fatimah berkata, ekoran penemuan ganjil itu ramai saudara mara dan rakan yang datang ke rumah mereka untuk melihat sendiri akar itu.

“Ia adalah keajaiban ciptaan ALLAH SWT, malah kami juga tidak menyangka akan menjumpai akar seaneh ini. Setelah dibersihkan dan divarnis, akar berkenaan kini dijadikan hiasan di rumah dan sehingga kini ada sahaja kunjungan daripada rakan dan saudara yang ingin melihat sendiri akar itu,” katanya.

Menurutnya, kerana merasakan ia sesuatu yang unik dan sukar dijumpai terutama pada zaman ini, mereka lebih suka menjadikan ia sebagai koleksi perhiasan di rumah berbanding dijual.

“Kami berat hati untuk menjualnya malah telah banyak kali menolak tawaran daripada pelbagai pihak yang ingin membeli akar ganjil ini walaupun ditawarkan dengan harga yang lumayan,” katanya. - Sinar Harian



Baca seterusnya...

Tonton MasterChef Dan Menang iPad

Sunday, November 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Rasanya tentu ramai pengguna ASTRO dah menonton MasterChef Malaysia di channel 104 Astro Ria.

Tidak dinafikan, rancangan MasterChef Malaysia berjaya menarik ramai penonton. Yang malas masak atau tak suka masak pun boleh jadi minat dan tertarik dengan gaya peserta MasterChef dan juga Chef jemputan.

Kini, sambil menonton MasterChef Malaysia, anda juga berpeluang untuk memenangi iPad, barangan Panasonic, iPod dan wang tunai!

Tunggu apa lagi, dapatkan maklumat lanjut di sini ! Cekidout yaw!




Baca seterusnya...

Bantuan Rakyat RM500 - Borang Bantuan Khas Mulai 1 Disember Ini

Sunday, November 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
IPOH - Borang program bantuan khas kerajaan RM500 kepada rakyat berpendapatan isi rumah kurang RM3,000 sebulan yang diumumkan semasa pembentangan Bajet 2012 akan mula diedarkan melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kepada umum secara percuma pada 1 Disember ini.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, kerajaan menggunakan mekanisme itu bagi memastikan setiap isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan berhak menerima bantuan berkenaan.

"Dijangka 3.4 juta individu akan mendaftar melibatkan nilai bantuan keseluruhan berjumlah RM2.6 bilion. Untuk itu seramai 2,000 sukarelawan LHDN akan digerakkan ke seluruh negara bagi memudahkan proses pendaftaran," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan RM1.5 juta bagi pembinaan masjid dan penyampaian hadiah Tadika Firdaus, Rancangan Perumahan Tersusun Batu 4 di sini semalam.


Beliau berkata, kementerian berkenaan juga menyediakan bilik gerakan sepanjang proses pendaftaran dan pengagihan wang berkenaan yang dijangka bermula Januari depan.

Katanya, pendaftaran akan dibuat melalui LHDN, pejabat daerah atau agensi kerajaan terlibat serta kerajaan akan mengumumkan penerima yang layak melalui media massa.

Ahmad Husni berkata, proses pendaftaran adalah sangat penting dan LHDN juga akan buka bilik gerakan dan kesemua sukarelawan akan membantu sepanjang proses pendaftaran termasuk di kawasan pedalaman.

Oleh yang demikian pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dan sentiasa berhati-hati dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil kesempatan mengedar borang permohonan palsu.

Beliau berkata, proses pendaftaran haruslah melalui saluran yang betul dan tidak melalui orang tengah. - Kosmo



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik