11.19.2011

Microsoft Surface - Ini Barulah Betul-Betul Tablet PC

Saturday, November 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Tablet PC yang kita selalu lihat biasanya bersaiz sekitar 10 inch dan kurang. Tetapi tablet Microsoft Surface bersaiz 40 inch ! Tebalnya hanya 4 inch.

Apa yang menariknya, skrin sentuh Microsoft Surface mampu memproses 50 sentuhan dalam satu-satu masa.

Difahamkan, Microsoft Surface juga boleh digantung di dinding atau anda boleh memilih sendiri kaki meja mengikut citarasa anda.

Microsoft Surface dinobatkan ‘Best of What’s New’ 2011 award oleh Popular Science magazine.

Surface SUR40 sudah boleh ditempah dengan harga £7499.











sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Download Jadual Persekolahan 2012 | Takwim Sekolah 2012

Saturday, November 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Jadual persekolahan 2011 baru sahaja melabuhkan tirainya. Kini semua sekolah di Malaysia sudah mula cuti akhir tahun. Lagi 1 bulan lebih, akan bermulanya jadual persekolahan 2012 atau takwim sekolah 2012.


Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah, boleh muatturun (download) jadual penggal persekolahan 2012 di bawah. Senang nanti nak atur perancangan bercuti mengikut cuti sekolah anak-anak.

Download penggal persekolahan / takwim sekolah 2012
Download Cuti peristiwa dan cuti ganti 2012

Kalendar cuti am 2012 boleh di rujuk di laman web Cuti-Cuti Malaysia.



sumber : http://www.moe.gov.my



Baca seterusnya...

Brochure Proton Saga FLX SE 1.6, Harga ?

Saturday, November 19, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Inilah brochure Proton Saga FLX SE 1.6. Difahamkan model Saga FLX SE 1.6 ini bakal dilancarkan pada 26 November ini. Harga Saga FLX SE 1.6 ini masih belum didedahkan. Hasil percarian aku di laman mudah.my juga menemi jalan buntu. Masih belum ada dealer Saga FLX SE 1.6 memaparkan iklan di laman mudah.my.





sumber gambar : funtastickodesign.wordpress.com(thanks)

Baca seterusnya...

11.17.2011

Video, Lirik Lagu Tema Tentang Dhia - Dhia Untukku - Adi Putra

Thursday, November 17, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Tema Tentang Dhia - Dhia Untukku - Adi Putra





Lirik Lagu Tema Tentang Dhia - Dhia Untukku - Adi Putra


Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, Mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu, Itu yang ku mahu cintamu

Sinar mentari pasti
Menyinar hati yang sunyi
Biarlah aku bermimpi
Kerna dibuai sepi


c/o
Dhia yang aku cinta
Selama ini ku harapkan
Cuba kau fahami
Tak akan dirimu dilukai


sumber lirik : darkbatman.com





Baca seterusnya...

Gambar Aksi Binatang Yang "Cute" Hari Ini

Thursday, November 17, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
















Baca seterusnya...

Semak Keputusan UPSR Melalui mySMS 15888

Thursday, November 17, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) boleh membuat semakan keputusan peperiksaan mereka menerusi sistem pesanan ringkas mySMS 15888 mulai 10 pagi esok.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia, perkhidmatan itu akan diaktifkan sehingga 12 tengah malam 23 November.
Pengumuman rasmi analisis keputusan UPSR akan dibuat di Bilik Mesyuarat Utama, Kementerian Pelajaran, Parcel E di Putrajaya, 9 pagi esok. - BERNAMA


Baca seterusnya...

11.16.2011

Jam Tangan Rolex Submariner James Bond Dilelong RM612,364

Wednesday, November 16, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
GENEVA, Switzerland - Seutas jam tangan Rolex yang dipakai oleh Roger Moore sebagai ejen perisik James Bond dalam filem Live and Let Die dijual pada harga 176,917 euro (RM612,364) dalam satu lelongan di sini kelmarin.

Jam tangan itu dilengkapi dengan gergaji yang boleh membuat putaran dan digunakan untuk memotong seutas tali bagi menyelamatkan Solitaire yang dilakonkan oleh Jane Seymour daripada menjadi mangsa ikan jerung yang lapar dalam filem tersebut.


Medan magnet yang terlampau aktif pada jam itu digunakan untuk membantu Moore mengelak terkena peluru.

Namun, medan magnet tersebut sebaliknya digunakan perisik tersebut untuk menurunkan zip seorang wanita pada permulaan filem keluaran 1973 itu.

Lelongan itu turut menampilkan seutas jam tangan emas berwarna merah jambu buatan tahun 1968 oleh pembuat jam Switzerland, Patek Philippe yang mencatat harga jualan 21.2 juta euro (RM90.8 juta).

Moore yang kini berusia 84 tahun pernah berlakon dalam tujuh filem James Bond bermula pada tahun 1973.

Kali terakhir dia membawa watak ejen perisik yang memiliki lesen untuk membunuh itu ialah menerusi filem A View to a Kill pada tahun 1985. - Agensi (Kosmo)








Baca seterusnya...

Empire Shopping Gallery Dibuka Semula

Wednesday, November 16, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Pusat beli-belah Empire Shopping Gallery di Subang Jaya yang musnah akibat letupan gas pada 28 September lalu dibuka semula.

Pengarah eksekutif kumpulan Mammoth Empire Holdings Sdn Bhd (Mammoth Empire), Datuk Danny Cheah berkata, hampir 90 peratus dari gerai pusat itu telah dibuka sementara yang lain masih melalui kerja-kerja naik taraf.

"Kerosakan fizikal akibat letupan gas dianggarkan sekitar RM10 juta,” katanya kepada pemberita semasa meninjau pusat beli-belah itu semalam.

Dimiliki oleh Couture Homes Sdn Bhd, anak syarikat Mammoth Empire, pusat beli-belah tersebut merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Empire Subang yang terletak di sepanjang Lebuh Raya Persekutuan di Selangor.


Danny berkata, langkah keselamatan diperketatkan bagi mengelak kejadian yang sama daripada berulang.

Bahagian gerai makanan dan minuman telah dipasang sistem paip gas yang baru berserta kipas menyedut yang berfungsi 24 jam, sistem mengesan kebocoran gas yang akan secara automatik menutup bekalan gas sekiranya berlaku kebocoran. – Bernama




Baca seterusnya...

11.15.2011

Harli Jordean - Budak 8 Tahun Jadi Hartawan Dengan Jual Guli

Tuesday, November 15, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Info ini mungkin akan memberi satu motivasi atau suntikan semangat buat anda yang masih tercari-cari macamana nak jadi jutawan.

Budak rambut kerinting di atas bukan sebarangan budak. Namanya Harli Jordean. Baru berusia 8 tahun dan dia bukan seperti kebanyakkan budak yang berusia 8 tahun. Percaya tak jika kami katakan pada usia begini dia merupakan seorang bos syarikatnya sendiri dan merupakan jutawan cilik. Ya, Harli Jordean seorang jutawan dengan hanya menjual guli di internet!

Sukar untuk mempercayai budak berusia 8 tahun ini merupakan seorang bos syarikatnya sendiri dan seorang jutawan.


Difahamkan, Harli Jordean dari London ini telah menjalankan laman web marbleking.co.uk yang berkembang selama dua tahun, menjual apa-apa dari tab guli £ 599 edisi terhad Duke of York.

Syarikat itu kini memperoleh pendapatan beribu-ribu pound setiap tahun - dengan tempahan guli datang dari dalam dan luar negeri. Kerana terlalu sibuk, dia terpaksa mengambil ibunya bekerja dan dua orang abangnya untuk membantu beliau memenuhi tempahan yang diterima dari laman web tersebut.

'My friends love that I have my own business. At first some of them didn't believe me - but they do now. They are some of my best customers.

'I love marbles and I love having my own marbles company.' - Harli Jordean






sumber : Daily Mail


p/s : lepas ni aku nak jual guli gak aaa... :D

Baca seterusnya...

11.14.2011

Harga Kos Sebenar iPhone 4S

Monday, November 14, 2011 by Mistaken Identity · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
iPhone 4S dijual dengan harga £499 tanpa kontrak dengan telco. Tetapi pakar analisis dari syarikat teknologi iSuppli berjaya membuka komponen iPhone 4S satu per satu dan membuat penilaian kos sebenar untuk sebuah iPhone 4S. Ternyata, harga kos sebuah iPhone amat murah - £112.89




sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

11.13.2011

Rahsia Gambar Dinding (Wallpaper) Windows XP

Sunday, November 13, 2011 by Mistaken Identity · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Bagi pengguna PC OS Windows XP tentu sudah biasa melihat gambar dinding (wallpaper) seperti di atas kan. Sekali tengok, rasanya macam gambar tersebut tidak wujud di dunia ini. Tetapi sebenarnya gambar tersebut adalah benar dan tempat gambar tersebut di ambil adalah di ladang anggur Sonoma, Napa, North California.



Inilah tempat sebenar ladang anggur tersebut. Dan anda tentu nak kenal siapakah fotografer yang merakam panorama indah tersebut dimana fotografer itu sendiri tidak menyangka gambar tersebut menjadi begitu popular di planet ini.


Inilah dia fotografer bertuah itu. Chuck O’Rear, merupakan bekas fotografer majalah National Geographic. Difahamkan ketika itu O’Rear memandu untuk melawat teman wanitanya dan ketika melalui kawasan ladang anggur tersebut, O’Rear terpegun dan terpesona dengan kecantikkan panorama ketika itu - rumput yang menghijau dan awan putih di langit biru California..

Tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain, O’Rear memberhentikan kenderaanya di bahu jalan dan mengambil kamera untuk merakamkan panorama cantik tersebut tanpa berfikir yang gambar tersebut bakal menjadi popular di dunia.


Tidak lama selepas itu, ejennya menghubunginya memberitahu pihak Microsoft mahu membeli gambar tersebut.

Walaupun jurugambar yang berusia 69 tahun itu telah menandatangani perjanjian kerahsiaan untuk tidak mendedahkan berapa bayaran yang diterima hasil jualan gambar tersebut tetapi ada laporan mengatakan gambar tersebut kedua paling mahal yang pernah dibeli.

Ironinya, O’Rear jarang melihat gambar tersebut di komputer miliknya kerana dia pengguna Mac.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah fotografer nampak di gambar. :D



Baca seterusnya...

Gambar Proton Saga FLX SE 1.6 ?

Sunday, November 13, 2011 by Mistaken Identity · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Gambar di atas didakwa adalah gambar Proton Saga FLX SE 1.6 yang bakal di lancarkan tidak lama lagi.

Berdasarkan gambar di atas, antara kelainan ketara yang dapat dilihat pada exterior Proton Saga FLX SE 1.6 adalah skirting, sport rim dan lampu belakang. Manakala interior pula tidak dapat dipastikan apakah kelainan yang bakal ditampilkan.


sumber : funtastickodesign.wordpress.com (thanks)



Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik