10.28.2011

Cara Membuat Zombie Kampung Pisang

Friday, October 28, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:


















Baca seterusnya...

Gambar Rawak Hari Ini

Friday, October 28, 2011 by Mr PenyuBiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:









Baca seterusnya...

Hati-Hati Dengan Peraduan Yang Menawarkan Hadiah iPad

Friday, October 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
BANDARAYA MELAKA - Kerana terlalu inginkan sebuah iPad sempena Deepavali, seorang lelaki kini terpaksa menanggung bil telefon bimbit hampir RM2,000 selepas mengambil bahagian dalam peraduan menerusi talian telefon bimbit.

Mangsa, M. Tirunovakarsan, 62, berkata, dia mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan selepas menerima satu emel yang dihantar syarikat telekomunikasi terbabit ke alamat emelnya pada 19 Oktober lalu.

Menurutnya yang juga merupakan Pengerusi MIC Cawangan Bukit Beruang, emel berkenaan memaklumkan mengenai hadiah menarik yang boleh dimenanginya dengan hanya menjawab beberapa soalan mengenai sejarah Malaysia.

“Bagaimanapun, sebelum saya boleh menjawab soalan berkenaan melalui komputer, saya perlu menghantar satu pesanan ringkas (SMS) kepada penganjur. Penganjur kemudiannya menghantar satu kata laluan bagi membolehkan saya mengambil bahagian.



“Setiap kali saya merasakan saya gagal menjawab, saya akan mendapatkan kata laluan baru untuk bermula sekali lagi,” katanya kepada media, di sini semalam.

Menurut Thirunavokarsan, beliau mengambil kira-kira sejam untuk menjawab kesemua soalan yang dikemukakan sebelum perkataan ‘tahniah’ terpampang pada skrin komputernya selepas itu.

Menurutnya, walaupun daripada pesanan diterimanya, dia sepatutnya dihubungi penganjur bagi memaklumkan bila serta di mana boleh mengambil hadiahnya, namun sehingga kini, dia masih belum menerima sebarang maklumat.

“Saya ingin sekali mendapatkan iPad berkenaan untuk diberikan sebagai hadiah Deepavali kepada anak saya yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam ujian percubaan Sijil Persekolahan Malaysia (SPM) baru-baru ini,” katanya.

Menurutnya, harapannya itu akhirnya berkecai apabila dia menerima bil telefon berjumlah RM1,989,20.

Bagaimanapun, menurut Tirunavokarsan, dia kecewa dengan kegagalan syarikat telekomunikasi menghadkan penggunaannya, sedangkan kredit maksima untuk taliannya adalah RM300. - Sinar Harian

p/s : kesian...kos yang terpaksa ditanggung melebihi harga sebuah iPad



Baca seterusnya...

KiddyTrack - Gajet Untuk Mengesan Lokasi Anak Anda

Friday, October 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Maxis Bhd. (Maxis) kini menyediakan penyelesaian mengesan kanak-kanak yang pertama di Malaysia, KiddyTrack, yang dipacu oleh teknologi Mesin-ke-Mesin (M2M) Terurus Maxis.

Penyelesaian M2M Terurus Maxis itu terdiri daripada perkhidmatan telemetri atau telematik yang menyediakan komunikasi lancar antara peranti atau pelayan tanpa wayar melalui SMS, GPRS, 3G atau Circuit Switch Dial-Up (CSD) tanpa memerlukan input pengguna.

Pengurus Besar dan Ketua Perniagaan Korporat Maxis, Sekar Shanmugam berkata, KiddyTrack menggunakan perkhidmatan rangkaian 3G Maxis untuk mengesan anak-anak pelanggan melalui penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS).



“Dalam hanya beberapa saat menerima SMS berkenaan, sistem ini akan menyediakan pengguna dengan sambungan URL peta Google yang menunjukkan lokasi setempat sehingga lima meter di mana kanak-kanak itu dikesan.

“Apabila ia tidak mendapat isyarat GPS, maklumat berasaskan sel oleh platform M2M Terurus Maxis boleh menyediakan lokasi kanak-kanak itu dalam lingkungan ketepatan radius 50 meter,” katanya pada majlis pengumuman kerjasama Maxis dengan pemaju teknologi pengesan tersebut, KiddyTrack Sdn. Bhd. (KiddyTrack) dan pelancaran perkhidmatan KiddyTrack di sini semalam. - Kosmo

Ladi maklumat lanjut pelan KiddyTrack dari Maxis dengan baca seterusnya.



Ini pakej KiddyTrack yang disediakan oleh Maxis. Buat masa ini pakej Plan A semurah RM38 sebulan untuk tempoh 24 bulan.





p/s : Kalau gajet ni dibuat dalam bentuk jam, tentu lagi menarik kan...



Baca seterusnya...

BlackBerry Porsche Design P’9981

Friday, October 28, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
BlackBerry akhirnya mendedahkan BlackBerry Porsche Design P'9981. Luaran model Porsche Design P'9981 direkabentuk secara exclusif gabungan antara stainless steel dan kulit.

Tengok design pun memang mantap dan exclusif.

Spesifikasi Porsche Design P'9981 dikatakan hampir sama dengan Bold 9900 iaitu 1.2GHz processor, 768MB RAM, 8GB of internal storage, 2.8″ VGA display and a 5MP camera capable of shooting 720p HD videos.

Setiap smartphone BlackBerry mempunyai no PIN yang unik. No PIN ini digunakan untuk aplikasi BBM. Bagi pemilik BlackBerry Porsche Design P'9981, prefif no PIN bermula dengan "2AA" , so bila tengok starting no PIN anda bermula dengan "2AA" , itu maknanya orang tu pakai BlackBerry Porsche la tu..

Harga rasmi BlackBerry Porsche Design P'9981 masih belum diputuskan tetapi ada ura-ura mengatakan harganya sekitar USD2,000 atau convert dalam RM lebih kurang RM6K. Wow!

Design mantap..harga pun mantap la kan..












sumber : ae.blackberry.com

Baca seterusnya...

10.27.2011

Jom Ganyang Aedes!

Thursday, October 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda dah bersedia menentang denggi ?

Jom uji pengetahuan anda tentang aedes dan denggi untuk mengetahui adakah anda seorang Aedes Buster!

Check it out!



Baca seterusnya...

(Video) Pemilk Van Gergaji Tiang Meter Parking Kerana Marah Disaman

Thursday, October 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Baca seterusnya...

(Video) Bayi Berlawan Tinju Dengan Kucing

Thursday, October 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:




Haha..kesian baby tu kena sucker punch ngan kucing..terus diam...hehe


Baca seterusnya...

Siaran Langsung Final Piala Malaysia 2011 di TV1

Thursday, October 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula 8.40 malam, menurut kenyataan RTM hari ini.

Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Bernama


Boikot harga tiket punya pasal, aku tengok kat TV1 jer lah... Terima kasih RTM.

Pada mereka yang tidak dapat menonton TV atau berada di luar liputan TV1, bolehlah menonton live streaming final Piala Malaysia 2011 di sini.





Baca seterusnya...

Renew Passport Malaysia Secara Online

Thursday, October 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Kini proses untuk memperbaharui Passport Malaysia (renew passport) sudah semakin mudah. Proses renew passport sudah boleh dilakukan secara online. Perkhidmatan ini disediakan oleh Jabatan Imigresen Malaysia bagi memudahkan orang ramai yang suka berurusan melalui internet. (Tidak pasti pula samaada servis online ini baru ditawarkan atau sudah lama ada)

Anda boleh layari MyONLINE PASPORT untuk renew passport Malaysia.

info dari Denaihati (thanks)




p/s : bila aku buka MyONLINE PASPORT versi english dan versi melayu, ada confuse skit. Satu tulis "Renewal Passport Application" dan satu lagi tulis "Permohonan Passport Gantian". Renewal = Gantian ??





Baca seterusnya...

(Video) Apa Akan Terjadi Jika Anda Memandu Kereta 190KMJ Dan Kemalangan?

Thursday, October 27, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Pernahkah anda bayangkan jika sesebuah kereta dipandu dengan kelajuan melebih 190kmj melanggar tembok. Tentu anda mahu tahu apakah yang berlaku kan?

Satu ujian perlanggaran telah dijalankan oleh team Fifth Gear ke atas kereta Ford Focus. Dalam ujian perlanggaran tersebut, kereta Ford Focus tersebut telah dipandu mencecah 190kmj dan melanggar sebuah dinding konkrit. Difahamkan, ujian perlanggaran mencecah 190kmj ini adalah yang pertama dilakukan kerana kebiasaanya ujian perlanggaran dilakukan pada kelajuan 140kmj.

Lihat video hasil ujian perlanggaran Ford Focus tersebut dengan baca seterusnya.










Baca seterusnya...

10.26.2011

Video, Lirik Lagu Aku Maafkan Kamu - Malique feat. Jamal Abdillah

Wednesday, October 26, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Aku Maafkan Kamu - Malique feat. Jamal Abdillah




Lirik Lagu Aku Maafkan Kamu - Malique feat. Jamal Abdillah

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi yang tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan
Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Jangan ahli sihir seru nama maharaja
Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)
Ada teratak di hujung kampung
(Ba)
Bawah cermin kopak ada kotak
(Ta)
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak

Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan

sumber lirik : liriklagumuzika.com (thanks)



Baca seterusnya...

10.25.2011

Senarai Lebuhraya Tawar Diskaun Tol Sempena Deepavali

Tuesday, October 25, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KAJANG - Sebanyak 21 syarikat konsesi menawarkan diskaun tol dalam bentuk tunai dan rebat di 25 buah lebuh raya di seluruh negara sempena perayaan Deepavali pada Rabu ini.

Pengarah Urusan Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Ismail (gambar) berkata, diskaun tersebut bermula semalam hingga Rabu ini dengan kadar antara lima hingga 37.5 peratus atau RM0.10 hingga RM0.70.

Beliau berkata, bagi lebuh raya di bawah kendalian Plus Expressway Berhad, diskaun diberi dalam bentuk rebat sebanyak 20 peratus kepada pengguna Kelas 1 bermula semalam sehingga 28 Oktober.

"Lebuh Raya tersebut adalah Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), Lebuh Raya Seremban-Port Dickson, Lebuh Raya Kulim-Butterworth, Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) dan Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura.

"Walau bagaimanapun, rebat ini tidak diberikan di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Bangunan Sultan Iskandar dan Plaza Tol Tanjung Kupang," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ismail memberitahu, pemberian diskaun untuk lebuh raya lain akan dilaksanakan pada Rabu ini mengikut waktu yang ditentukan oleh syarikat konsesi lebuh raya masing-masing. - Kosmo

Lihat jadual senarai lebuhraya dan diskaun tol dengan baca seterusnya.








Baca seterusnya...

10.24.2011

Gambar Rumah Juruterbang TUDM Terbakar di Utusan

Monday, October 24, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Utusan Malaysia tersilap gambar dalam laporan berita tentang "Rumah juruterbang TUDM sekali lagi disamun, bakar"

Fail!




Baca seterusnya...

(Video) Marco Simoncelli Kemalangan Maut di MotoGP Sepang

Monday, October 24, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Kerancakan Grand Prix Malaysia yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), semalam berakhir dengan tragedi apabila pelumba pasukan San Carlo Honda Gresini, Marco Simoncelli terbunuh dalam kemalangan maut yang turut melibatkan dua pelumba saingan MotoGP.




Pelumba No. 6 dunia yang berasal dari Itali itu mengalami kecederaan parah di kepala, tengkuk dan dada apabila dia terbabit dalam perlanggaran dengan sebuah motosikal yang ditunggang Colin Edwards dari pasukan Monster Yamaha Tech 3.

Insiden itu berlaku di selekoh 11 ketika saingan baru masuk pusingan kedua sebelum perlumbaan dihentikan ekoran kejadian tersebut.

Kemalangan itu berlaku yang dipercayai berpunca daripada kegagalan Simoncelli mengawal jenteranya dan mengakibatkan dia hilang kawalan lalu terjatuh ke litar sebelum dirempuh oleh motosikal Edwards.

Lebih malang lagi topi keledar yang digunakan oleh Simoncelli, 24, pecah ekoran dilanggar oleh penunggang Ducati Team, Valentino Rossi dan insiden itu turut menyebabkan Edwards serta Rossi terbabas di kawasan rumput tepi litar.

Bagaimanapun Rossi berjaya mengawal motosikalnya manakala Edwards terjatuh di atas rumput dan mengalami kecederaan ringan.

Pada sidang akhbar oleh pemegang hak MotoGP, Dorna dan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM) mengesahkan Simoncelli meninggal dunia pada pukul 4.56 petang. - Utusan Malaysia



Saksikan video kemalangan maut Marco Simoncelli dengan baca seterusnya.











SIMONCELLI, THE MAN WHO LIVED TO RACE

1987: Born in Cattolica, Italy on January 20.

1996: Runner-up in the Italian Minimoto Championship.

1999: Champion of the Italian Minimoto Championship.
Marco Simoncelli of Italy celebrates after clinching the World 250cc Championship title in 2008

2000: Claims a back-to-back title in the Italian Minimoto Championship and is runner-up in the European Minimoto Championship.

2001: Moves up to the the Italian 125cc Championship and wins the title in his rookie year.

2002: Wins the European 125cc title.

2003: Takes part in his first full season in the 125cc World Championship with the Matteoni Racing team.

2004: Joins the Rauch Bravo team and wins his first Grand Prix at a rain-soaked Jerez.

2005: Completes another 125cc campaign with the Nocable.it Race team and finishes fifth in the final standings.

2006: Moves up to the 250cc class riding for Gilera. Finishes the season in 10th overall with a sixth place finish at the Chinese Grand Prix his best result.

2008: June - Wins his first 250cc race (pictured above and below) at the Italian GP in Mugello in controversial circumstances when Hector Barbera crashed into him after Simoncelli appeared to try to block him off.
Marco Simoncelli celebrating after taking the 2008 world championship title

October - Wins the 250cc World Championship after a successful season with Gilera with a third place finish in the Malaysian Grand Prix at Sepang.

2009: Finishes third overall in the 250cc World Championship behind Japan's Hiroshi Aoyama and Spain's Barbera.

2010: Moves up to ride in his debut MotoGP season for Honda. Finishes 16 of the 18 races en route to eighth place in the championship.

2011: May - Collides with Dani Pedrosa while battling for second in the French GP.

The resulting crash saw Pedrosa break his collarbone and Simoncelli receive a ride-through penalty, eventually finishing fifth. Simoncelli accepted he needed to re-evaluate his driving style and at times be more cautious.

June - Claims his first MotoGP pole at the Catalan GP but a poor start resulted in a sixth placed finish.

October 23 - Killed in a crash during the Malaysian GP in Sepang.



Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Aku Tak Famous Lagi - SSK

Monday, October 24, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,

Video Lagu Aku Tak Famous Lagi - SSK





Lirik Lagu Aku Tak Famous Lagi - SSK

Aku tak famous lagi, masih ramai yang tak kenal
Masih tak berduit, pegi kolej bawak bekal
Free show aku bedal, sebab belum ada nama
Belum boleh demand, belum sampai masanya
Belum jadi wajah poster, buat gadis pengsan
Aku nak jadi emcee, bukannya jadi bohjan
Tak perlukan rancangan berlandaskan undian
Dan tak pernah terkilan tak dapat rap untuk iklan
Aku tetap aku, dan aku tak famous lagi
Masih belum ada hummer, masih bawak kenari
Masih lepak kat mamak dengan Joe dan NBE
Takde orang sibuk-sibuk nak bergambar dengan kami
Jangan lari duduk balik, aku masih belum habis
Aku mintak korang dengar, bukan kasi album laris
Kalau laris, ape salahnya, dah memang lagu sedap
Semua killer takde filler, itu aku berani cakap





(korus)
Kami bukannya nak mengejar populariti
Kami buat muzik untuk puaskan hati kami
Peminat semua kamu memang dihargai
Pendengki teruskan mendengki, kami tetap di sini

Korang nak gapai bintang aku naik star lrt
Tak payah hati-hati sebab tak femes lagi
Lagu takde kat radio, muka tak masuk tv
Tak dapat lagi tajaan adidas atau nike
Tapi aku puas hati, aku nak buat muzik
Tak nak cium bontot korang, tak nak berpolitik
Media kalau tak nak tolong, tolong jangan kritik
Kalau femes nanti orang fitnah aku homofobik
Awek-awek lentik, pandang aku sebelah mata
Tapi aku tak kisah, sebab dah berpunya
Brader-brader panggil weh macam aku takde nama
Tapi semua kan berubah kalau aku masuk mangga
Sedara buat tak kisah sebab tak tau apa-apa
Anggap aku loser, menyusahkan keluarga
Mama dan ayah, buat rilek rilek aje
Sebab tau abang akan menggemparkan Malaysia

(ulang korus)

Kalau dah femes kat msn kena busy
Nak elak mamat-mamat yang mengaku homie
Nak elak bini marah awek lain panggil baby
Buat sesi dengan Mawi belajar handle kontroversi
Tapi tetap didekati, mulut-mulut bau longkang
Aweks datang tayang longkang, tidak jatuh kami terbang
Bukan nak bergebang, tapi realiti sekarang
Pokoknya bila femes ramai yang nak ngko tumbang
Bila dah femes karang mesti layan heroin
Fazura, Nora Danish dan juga Elly Mazlein
Buat lagu main-main lirik tak payah pening
Bila dah ada nama radio tetap akan main, kan?
Kalau dah femes kami nak jadi lagi femes
Nak jadi lagi besar daripada Adibah, Noh dan Estrella
Minum dgn Kokokaina
Dan sebenarnya nak berduet dengan Yuna
Kakak kau tampal poster, abang kau suka aku
Adik kau nak berkenalan dengan adik aku
Mak bapak korang nak jadikan aku menantu
Kami buat korang sedar realiti tv tu palsu

(ulang korus)

Nota : SSK ataupun Serius Selamba Krew adalah kumpulan rap melayu yang dianggotai oleh tiga anak muda; NBE sebagai emcee, Saph sebagai emcee juga producer dan DJ mereka, Jocular.


Baca seterusnya...

10.23.2011

Piala Malaysia 2011 : Terengganu & Negeri Sembilan Berentap di Peringkat Akhir

Sunday, October 23, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Perlawanan Piala Malaysia 2011 separuh akhir peringkat kedua sudah berakhir. Keputusan Piala Malaysia 2011 separuh akhir peringkat kedua adalah seperti berikut :

Terengganu 2 - Selangor 1 ( Terengganu menang dengan agregat 4-1)
Negeri Sembilan 2 - T-Team 1 ( Negeri Sembilan menang dengan agregat 6-3)

Dengan keputusan tersebut, Terengganu dan Negeri Sembilan akan berentap di peringkat akhir Piala Malaysia pada 29hb Oktober 2011 ini. Difahamkan, ini adalah pertemuan pertama antara Terengganu dan Negeri Sembilan di peringkat akhir Piala Malaysia.

Untuk rekod, Terengganu merupakan juara Piala FA 2011. Dan ini merupakan kali kedua Terengganu masuk ke peringkat akhir musim ini.

Tahniah buat skuad Terengganu dan Negeri Sembilan. Stadium Shah Alam bakal menjadi saksi milik siapakah Piala Malaysia 2011.

Saksikan beberapa video perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2011 dengan baca seterusnya.





Terengganu 2 - Selangor 1









Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik