10.22.2011

(Video) Bayi Panjat "Baby Cot" Untuk Lepaskan Diri

Saturday, October 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Satu video di youtube memaparkan seorang bayi memanjat "baby cot" untuk melepaskan diri. Seorang lagi kembarnya yang turut berada di dalam baby cot tersebut hanya memerhatikannya saje. Video tersebut menjadi sensasi di youtube.

Memang comel melihat telatah si kembar tersebut. Video tersebut diakhiri dengan aksi bayi tersebut memusnahkan "bahan bukti".







Baca seterusnya...

(Video) Kereta Rempuh Kedai, Seorang Bayi Hampir Maut

Saturday, October 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam Buletin Utama TV3 21 Oktober 2011 tadi, ada memaparkan satu video CCTV seorang bayi terselamat apabila sebuah kereta tiba-tiba merempuh sebuah kedai.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai di Sydney. Dan semua kejadian tersebut berjaya dirakam CCTV dari pelbagai sudut.

Difahamkan, ketika kejadian seorang perempuan bersama dua orang anaknya sedang berada di dalam kedai.Tiba-tiba sebuah kereta telah merempuh kedai tersebut dan menyebabkan stroller/pram terbalik yang mana terdapat seorang bayi di dalamnya. Walaupun stroller tersebut terbalik, tetapi bayi di dalam stroller tersebut selamat kerana ibunya memakaikan tali pinggang keselamatan. Seorang lagi anaknya berjaya menyelamatkan diri dengan berlari ke jauh dari kawasan rempuhan.

Saksikan video kereta rempuh kedai dengan baca seterusnya.






Kata orang malang tidak berbau.



Baca seterusnya...

Yue Yue, Budak Perempuan Mangsa Langgar Van Akhirnya Meninggal Dunia

Saturday, October 22, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Budak perempuan mangsa gilis dan rempuhan dua kenderaan di Foshan, China, akhirnya meninggal dunia.

Wang Yue, 2 tahun, gagal diselamatkan berikutan bahagian otak dan organ badan, gagal berfungsi.

Kecederaan yang dialami Wang Yue terlalu kritikal walaupun pelbagai kaedah rawatan telah dijalankan.

Yue sebelum ini koma dan ditempatkan dalam Unit Rawatan Rapi, ICU, Hospital Guangzhou.

Berikutan kejadian Khamis lalu, polis menahan dua suspek pemandu yang mungkin berdepan dengan tuduhan bunuh selepas kematian Yue.

Kejadian menyedihkan ini mencetus kecaman dan kemarahan orang ramai setelah paparan rakaman CCTV memperlihatkan Yue digilis van dan lori di lorong sempit pasar borong.

Tambah mengejutkan, dalam keadaan parah, mangsa dibiar terkapar tanpa diendahkan hampir 18 orang yang melalui kawasan terbabit. - Berita TV3



p/s : Difahamkan, perempuan yang pertama menolong mengalihkan Yue Yue juga kini tertekan gara-gara masyarakat menuduhnya mengambil kesempatan mahukan wang dan populariti. Pulak dah.. patutlah 18 orang sebelum tu buat tak hirau jer..teruk betul mentaliti diorang ni



Baca seterusnya...

10.21.2011

Gambar Tanah Runtuh Di Genting Highlands, Seorang Cedera

Friday, October 21, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera ringan selepas bahagian hadapan keretanya dihempap tanah runtuh dalam kejadian di KM 13.9 Genting Highlands, Bentong malam Khamis.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam, mangsa yang berumur awal 40-an sedang memandu berseorangan menuju ke tanah tinggi tersebut.

Beliau berkata mangsa dihantar ke klinik berdekatan untuk menerima rawatan. "Disebabkan kejadian itu, jalan selepas check point pertama itu terpaksa dilencongkan," katanya. -BERNAMA




Lagi gambar tanah runtuh di Genting Highlands dengan baca seterusnya.







sumber gambar : ondscene.my


Baca seterusnya...

Apakah Erti Kebahagian Dalam Hidup ?

Friday, October 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Apakah erti kebahagian dalam hidup? atau what does it take to create a better life?

Itulah tema iklan raya Deepavali dari Petronas.

Nak tahu jawapannya, layan iklan raya Deepavali Petronas di bawah.






Tak berapa faham dengan video di atas, anda boleh lihat iklan raya Deepavali Petronas dalam versi melayu dan juga tamil di sini.


Baca seterusnya...

Gambar Muammar Gaddafi Mati Terbunuh

Friday, October 21, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
SIRTE (Libya): Pihak berkuasa Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) mengesahkan bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi ditangkap dan kemungkinan terbunuh di bandar kelahirannya, Sirte, dalam serangan yang dilancarka Pejuang Revolusi negara itu, sebentar tadi.

Menteri Penerangan Libya, Mahmoud Shammam, berkata beliau mengesahkan Gaddafi terbunuh selepas mendapat maklumat daripada Pejuang Revolusi yang melihat sendiri mayat bekas pemimpin negara itu.
“Anggota kami di Sirte sudah melihat mayatnya....Mustafa Abdul-Jalil (Pengerusi NTC) akan mengesahkan perkembangan terbaru itu tidak lama lagi. Pejuang Revolusi memberitahu bahawa Gaddafi kelihatan menyertai satu konvoi dan mereka menyerang konvoi berkenaan,” katanya di sini, sebentar tadi.
Jurucakap operasi ibu pejabat NATO di Naples, Itali, Kolonel Roland Lavoie, berkata pesawat bersekutu melancarkan serangan ke atas dua kenderaan pasukan keselamatan pro-Gaddafi awal pagi tadi, di mana mereka terpisah daripada kumpulan itu sebelum menuju ke Sirte.

Bagaimanapun, pihak berkuasa NATO yang enggan namanya didedahkan berikutan syarat yang ditetapkan dalam undang-undang pasukan keselamatan bersekutu, berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada Gaddafi terbunuh atau ditangkap.



Semua pihak mengambil langkah berhati-hati untuk mengumumkan kematian Gaddafi apabila laporan yang diterbitkan sebelum ini (merujuk kepada kematian ahli keluarga Gaddafi atau penangkapannya) disahkan tidak tepat.

Sementara itu, satu daripada kumpulan Majlis Ketenteraan Misrata, berkata pejuang mereka berjaya menangkap Gaddafi.

Manakala, Komander bagi kumpulan lain dalam Majlis Ketenteraan Misrata pula, Abdel-Basit Haroun, berkata Gaddafi terbunuh dalam serangan udara yang disasarkan ke atas konvoi yang sedang melarikan diri. - AP


Gambar Muammar Gaddafi mati dibunuh dengan baca seterusnya.




Lubang konkrit di atas didakwa adalah tempat persembunyian terakhir Muammar Gaddafi sebelum terbunuh.









Baca seterusnya...

(Video) Pelancaran Ducati Monster 795 @ Rooftop Lot10, Kuala Lumpur

Friday, October 21, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Malam tadi 20 oktober 2011, Ducati Monster 795 dilancarkan secara rasminya di Rooftop Lot10, Kuala Lumpur. Pelancaran ini adalah pelancaran Ducati Monster 795 di peringkat dunia.

Next Bike Sdn Bhd merupakan satu-satunya pengimport dan pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia .

Difahamkan, harga Ducati Monster 795 ini di bawah RM60,000.

Saksikan video (Video) Pelancaran Ducati Monster 795 @ Rooftop Lot10, Kuala Lumpur yang dimuatnaik di youtube.







KUALA LUMPUR: Next Bike Sdn Bhd (Next Bike), pengimport dan pengedar tunggal motosikal jenama Ducati di Malaysia, melancarkan motosikal berkuasa tinggi keluaran terbarunya, Ducati Monster 795 malam Khamis.

Next Bike merupakan anak syarikat milik penuh Kumpulan Naza.

Ini adalah pelancaran global pertama untuk Ducati di Malaysia dan pelancaran rasmi bagi model terbaru itu bagi pasaran Asia.

Majlis disempurnakan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan pengerusi eksekutif bersama kumpulan Naza Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin.

Turut hadir naib presiden jualan Ducati Motor Holdings Christiano Silei, ketua pegawai eksekutif Ducati Asia Pasifik Mirko Bordiga dan juara dunia sembilan kali MotoGP Valentino Rossi. -BERNAMA



Baca seterusnya...

10.20.2011

Pembaharuan Lesen Memandu Mengikut Tarikh Lahir Mulai Bulan Depan

Thursday, October 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Mulai pertengahan bulan depan, pembaharuan Lesen Memandu Kompeten (CDL) akan dibuat mengikut tarikh lahir pemegang lesen bagi memudahkan mereka mengingati tarikh memperbaharui lesen masing-masing, sekali gus menyaksikan tarikh tamat tempoh lesen sama dengan tarikh lahir.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata inisiatif yang dilaksanakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu bertujuan mengurangkan kes pemegang lesen tidak aktif dan rayuan untuk memperbaharui lesen memandu tamat tempoh melebihi tiga tahun.
Selain itu, katanya, kaedah baru itu juga alternatif kepada sistem penyampaian notis peringatan dilaksanakan jabatan terbabit.

Pelaksanaan pembaharuan lesen memandu melalui penyelarasan tarikh tamat CDL mengikut tarikh lahir ini akan membabitkan agensi seperti JPJ, Jabatan Pendaftaran Negara, Pos Malaysia dan e-Khidmat, katanya dalam kenyataan media di sini, semalam.


Bagi tarikh lahirnya pada 29 Februari, tarikh tamat sah lesen memandu dicadangkan pada 28 Februari dan tarikh pembaharuan pada 1 Mac.

Bagaimanapun, jika pemegang lesen tidak mahu menggunakan tarikh itu, mereka hendaklah memperbaharui lesen memandu bagi tempoh empat tahun berdasarkan tahun lompat yang berikutnya.

Sejajar penyelarasan tarikh tamat lesen memandu, bayaran juga akan diselaraskan melalui dua kaedah iaitu bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 12 hingga 18 bulan termasuk tempoh lanjutan, kerajaan akan menanggung bayaran lesen bagi tempoh lanjutan itu.
Sebagai contoh, bagi tempoh sah lesen sedia ada iaitu 20 Februari 2011 hingga 19 Februari 2012 dan tarikh lahir pemegang lesen adalah 10 Oktober 1980, hanya bayaran RM30 dikenakan iaitu bagi tempoh 20 Februari 2012 hingga 19 Februari 2013.

Baki lanjutan selama lima bulan 20 hari (kurang daripada enam bulan) adalah percuma iaitu antara 20 Februari 2013 hingga 10 Oktober 2013.

Cho Ha berkata, bagi pemegang lesen yang tempoh pembaharuannya antara tarikh tamat sah lesen hingga tarikh lahir antara 19 hingga 24 bulan termasuk tempoh lanjutan, mereka perlu membayar untuk lanjutan tempoh melebihi enam bulan tetapi kurang daripada 12 bulan.

Kadar bayaran lesen memandu masih RM30 setahun, katanya. - Berita Harian


Baca seterusnya...

Satu Lingkaran Ubat Nyamuk Menyamai 100 Batang Rokok

Thursday, October 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Anda tentu pernah mengunakan ubat nyamuk jenis lingkaran (coil) macam dalam gambar tu. Biasanya yang duduk di kampung tentu biasa menggunakan ubat nyamuk jenis begini. Tapi tahukah anda bahawa kesan keburukan asap dari satu lingkaran ubat nyamuk adalah menyamai 100 batang rokok.

Perkara ini diakui sendiri oleh Pengarah Chest Research foundation, Sandeep Salvi dalam kenyataannya yang dipetik dari Times of India.

Smoke emitted from one mosquito repellant coil is equivalent to those of 100 cigarettes, thus causing harm to a large number of people in India, an expert said Wednesday.

"Not many people know about it, but the damage done to your lungs by one mosquito coil is equivalent to the damage done by 100 cigarettes. This was according to a recent study conducted in Malyasia," said Chest Research Foundation director Sandeep Salvi.



He was speaking at the conference 'Air Pollution and Our Health', organised by the Centre for Science and Environment (CSE) along with the Indian Council for Medical Research and the Indian Medical Association.

Salvi said there is a lack of awareness about the impact of air pollution on human health.

Pointing out the "lack of research culture" among Indian doctors, Salvi said that indoor air pollution too is a health risk factor.

Participants at the event, which included doctors and health researchers, also spoke about vehicular air pollution in the capital.

According to estimates, about 55 per cent of Delhi's population lives within 500 metres from main roads - and is, therefore, prone to a variety of physical disorders.

"The vehicular pollution is a major concern for the environment. The rising incidents of genetic disorder has a lot to do with air pollution. India loses one million children under five because of respiratory problems every year," said Sanjeev Bagai, the chief executive officer of Batra Hospitals.

He said industries also contribute to the air pollution and these need to be shifted out of the capital. - The Times of India





Baca seterusnya...

Motosikal Tandas Neo - Motor Yang Dikuasakan Oleh Najis

Thursday, October 20, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Teknologi saban hari semakin canggih dan tak masuk akal. Percaya atau tidak motor dalam gambar di atas tidak menggunakan petrol untuk menghidupkan enjinnya tetapi menggunakan najis!

Hebat betul jurutera yang mencipta motor ini. Hanya dengan menggunakan najis anda sendiri atau kalau tak cukup boleh pakai najis orang lain (sanggup ke) dan anda sudah boleh menunggang motor itu dengan kelajuan 80 kmj.


Motorsikal tersebut dinamakan Neo Toilet Bike atau Motosikal Tandas Neo. Dibina oleh firma tandas, Toto, dalam usaha membantu mengurangkan asap karbon dioksida sebanyak 50 peratus dalam tempoh enam tahun.

Menariknya tentang Motosikal Tandas Neo ini ialah ia dilengkapi tandas modifikasi dan makmal bergerak untuk memproses najis. Motosikal Tandas Neo juga boleh bercakap dan menulis mesej di udara dengan menggunakan sistem pengimejan cahaya.

Ia kini dipandu uji dalam sesi jelajah sejauh 960km di Jepun dan dijadualkan tiba di Tokyo pada 2 November ini.

Tak dapat dibayangkan jika motorsikal ini dikomersialkan dan dijual di pasaran termasuk Malaysia.

Lagi gambar dan video Motosikal Tandas Neo dengan baca seterusnya.




















Baca seterusnya...

Hentian Bas Klang Ditutup Mulai 1 Nov

Thursday, October 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Hentian Bas Kelang atau kini lebih dikenali dengan nama Pasarama Kota akan ditutup bermula 1 November ini untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan projek My Rapid Transit (MRT) dijalankan di situ.

Semua operasi perkhidmatan bas dari terminal tersebut akan dihentikan selepas pelepasan terakhir pada 31 Oktober dan akan memulakan operasi perkhidmatan mereka dari lokasi baru pada 1 November.

Syarikat bas yang beroperasi dari Jalan Sultan berhampiran Pasarama Kota juga terlibat dalam penutupan dan penempatan semula ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD),butiran syarikat-syarikat bas yang terlibat dalam penempatan semula perkhidmatan ini adalah seperti berikut:


> Syarikat bas Cityliner yang menuju ke Klang dan Banting akan berpindah ke Pudu Sentral;

> Syarikat bas Causeway Link yang menuju ke Klang dan Pelabuhan Klang juga akan berpindah ke Pudu Sentral.

> Syarikat bas Seranas/Wawasan Sutera yang menuju ke Klang dan Pelabuhan Klang akan berpindah ke Pudu Sentral dari Jalan Sultan Mohamed;

> Perkhidmatan bas Rapid KL yang menuju ke Klang akan berpindah ke Pudu Sentral manakala perkhidmatan ke Subang Mewah, Putra Heights, Taman Medan, Sri Manja, Sri Petaling, Taman Desa, Taman OUG, Petaling Jaya Old Town semuanya akan berpindah ke Jalan Sultan Mohamed (di luar Pasarama Kota).

Kesemua penumpang perkhidmatan bas yang ingin ke Klang, Pelabuhan Klang dan Banting dikehendaki menaiki bas di Pudu Sentral bermula 1 November 2011.

Bas-bas berkenaan tidak dibenarkan mengambil penumpang dari mana-mana hentian bas di pusat bandaraya.

Maklumat lanjut berkenaan lokasi penempatan semula perkhidmatan bas ini akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Menurut kenyataan itu lagi, penutupan Pasarama Kota adalah untuk membolehkan kerja-kerja pembinaan stesen MRT Pasar Seni bawah tanah yang baru.

Stesen MRT Pasar Seni baru ini akan berintegrasi dengan stesen LRT Pasar Seni yang sedia ada, di mana pengguna perkhidmatan LRT dapat menukar kepada perkhidmatan MRT atau sebaliknya tanpa meninggalkan stesen dan tanpa keperluan untuk membeli tiket baru.

Terminal bas yang baru akan dibina semula di tapak yang sama apabila projek MRT ini selesai, dijangkakan pada tahun 2016.

Kata kenyataan itu, segala kesulitan yang timbul daripada penutupan terminal bas ini adalah amat dikesali dan tidak dapat dielakkan.

Ia adalah untuk membolehkan satu sistem pengangkutan awam yang moden dan bertaraf antarabangsa dapat dibina bagi kemudahan masa hadapan para pengguna Lembah Klang. - mStar Online



Baca seterusnya...

Gangguan Bekalan Air Di Petaling Pada 23 Okt Dan 1 Nov

Thursday, October 20, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berikutan kerja menaik taraf sistem bekalan air oleh pihak ketiga. Menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) pada Rabugangguan akan berlaku mulai pukul 9 malam pada 23 Oktober (Ahad) hingga 5 pagikeesokan disebabkan kerja pengalihan paip Syabas di bandar Glenmarie Km18.5,Lebuhraya Persekutuan (arah Kuala Lumpur).

Gangguan melibatkan Jalan Subang Airport Lama; SS12 Subang Jaya; SS13 SubangJaya; SS14 Subang Jaya; SS15 Subang Jaya; SS17 Subang Jaya Airport; SS 18 SubangJaya; SS19 Subang Jaya; U1 Temasya dan Saujana O Lot.

Gangguan juga akan berlaku bermula 10 malam pada 1 November (Selasa) hingga 5 pagi pada 2 Nov (Rabu) disebabkan kerja-kerja penyenggaraan Pencawang Rumah Pam, Bukit Gasing, Pantai Dalam oleh pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Kawasan yang terlibat ialah di Seksyen 1 hingga Seksyen 4 Petaling Jaya; Seksyen 6 hingga Seksyen 9 Petaling Jaya; Seksyen 18 Petaling Jaya; Jalan Pencala Petaling Jaya; Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling dan Jalan Klang Lama (Batu 3-Batu 6).



Turut terlibat ialah Jalan Sungai Besi; Pekan Sungai Besi; Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Taman Sri Sentosa; Bukit Jalil; Jalan Puchong Batu 6-Batu 8; Taman Bukit Indah; Taman Tan Yew Lai; Seksyen 14; Seksyen 51A (Kampung Baiduri); Seksyen 22 (Taman Len Seng); SS9 (Sungai Way) dan Seksyen 51, Petaling Jaya.

Syabas menasihatkan pengguna supaya menyimpan bekalan air secukupnya danmenggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan.- BERNAMA


Baca seterusnya...

10.19.2011

Pizza Hut Ultimate Cheesy 7 - 7 Keajaiban Dalam 1 Pizza

Wednesday, October 19, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Pizza Hut tampil dengan menu pizza yang baru iaitu Pizza Hut’s new Ultimate Cheesy 7 Pizza. Dikatakan didalam satu pizza tersebut terkandung 7 keajaiban keju.

Peminat pizza, tentu anda tidak sabar mencubanya kan.

Maklumat Lanjut




Baca seterusnya...

Jerung Putih Bermata Satu Ditemui

Wednesday, October 19, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Gambar di atas adalah anak jerung putih (albino) yang bermata satu. Jerung putih bermata satu itu ditemui oleh seorang nelayan ketika membelah perut seekor ibu jerung yang bunting.

Gambar tersebut didedahkan kepada umum sekitar julai lalu,dan ramai mengatakan gambar tersebut tipu dan mengunakan teknik Photoshop.

Bagaimanapun, pengkaji jerung mengesahkan jerung putih bermata satu itu wujud!







sumber : DailyMail

Baca seterusnya...

Nak Alih Motor ? Panggil Saje Rahul Tiwari

Wednesday, October 19, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Motor anda rosak ? Tidak boleh bergerak ? Anda panggil saje Rahul Tiwari, seorang pelatih kecergasan yang berusia 28 tahun.

Kenapa panggil Rahul Tiwari ? Sebab dia dengan selamber nya boleh mengangkat motosikal seberat 120 kilogram.





See! motorsikal seberat 120 kg tidak menjadi masalah baginya. Kalau anda berada di bandar Lucknow,Uttar Pradesh,India bolehlah berjumpa beliau untuk minta tolong. :D


Baca seterusnya...

Laporan Susulan Budak Perempuan Dilanggar Van di China

Wednesday, October 19, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Rasanya semua sudah tahu dan melihat video bagaimana seorang kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun dilanggar oleh 2 kenderaan dan 18 orang yang lalu lalang di kawasan kejadian tidak menghiraukan budak perempuan tersebut.

Video tersebut memang mengemparkan dan menyayat hati kepada yang menontonnya. Jika belum menontonnya, anda boleh menonton di entri ini.

Tentu ramai yang nak tahu laporan susulan selepas kejadian tersebut.

Menurut Dailymail, kanak-kanak perempuan tersebut bernama Yue Yue, berusia dua tahun, masih koma dan terlantar di hospital.

Her heart beat has also stabilised, but her life remains in danger and there are concerns she may have suffered extensive brain damage.


2 orang pemandu kenderaan yang terlibat telah ditahan tetapi mereka mendakwa mereka tidak nampak Yue Yue kerana keadaan gelap.

Pihak berkuasa memberi penghargaan kepada pemunggut sampah yang memberi bantuan kepada Yue-Yue setelah 18 orang sebelum itu tidak menghiraukan Yue Yue.

Dan ini pula kenyataan dari pemandu van yang melanggar Yue Yue. Rupanya pemandu van itu sedang menggunakan telefon ketika memandu. Ini menjawap persoalan bagaimana van tersebut boleh melanggar Yue Yue.

'I was on the phone when it happened, I didn't mean it.

'When I realised I had knocked her down, I thought I'd go down to see how she was.

'Then when I saw that she was already bleeding, I decided to just step on the gas pedal and escape seeing that nobody was around me.'


Lagi gambar dengan baca seterusnya.








sumber : MailOnline




Baca seterusnya...

10.18.2011

Piala Malaysia 2011 : Keputusan Penuh Terengganu vs Selangor

Tuesday, October 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Perlawanan Piala Malaysia 2011 separuh akhir antara Terengganu dan Selangor pusingan pertama sudah tamat.

Keputusan penuh Terengganu 2 - Selangor 0

Keputusan Piala Malaysia 2011 separuh akhir antara T-Team dan Negeri Sembilan pula ialah T-Team 2 - Negeri Sembilan 4


Perlawanan Piala Malaysia 2011 Separuh Akhir Kedua pula adalah pada 22 oktober 2011 (Sabtu)








Baca seterusnya...

Kapsul Huo Li Bao dan HB Lite Ditarik Balik Kerana Tak Selamat

Tuesday, October 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dua produk kesihatan iaitu kapsul ' Huo Li Bao' dan 'HB Lite' ditarik balik penjualan mulai 28 September lalu kerana didapati tidak selamat untuk digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Doktor Hasan Abdul Rahim berkata kedua-dua produk itu dikesan mengandungi bahan campur palsu yang tidak dibenar digunakan dalam produk tradisional.

Tambah Datuk Dr Hasan, produk Hou Li Bao dikesan mengandungi frusemide dan chlorpheniramine.


Iaitu sejenis ubat diuretik yang diguna bagi mengurangkan pembengkakan akibat air terkumpul dan penggunaannya memberi kesan sampingan seperti ketidakseimbangan cecair dan elektrolit dalam badan.

Manakala HB Lite mengandungan promethazine yang jika diguna tanpa pengawasan boleh memberikan kesan sampingan serius seperti dikontraindikasi untuk kanak-kanak bawah umur dua tahun.

Ia juga boleh menyebabkan demam panas, kekejangan otot, gangguan mental dan gangguan pada rentak jantung.

Sehubungan itu orang ramai dinasihatkan menghentikan penggunaannya serta merta dan mendapatkan nasihat daripada profesional kesihatan.

Jika ingkar arahan dan terus menjual produk berkenaan, menyalahi Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmetik 1984. - Berita TV3


Baca seterusnya...

Jaminan Seumur Hidup "Power Window" Dari Proton

Tuesday, October 18, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Penyakit "power window" atau tingkap automatik sering dihantui Proton.

Demi melenyapkan stigma itu, Proton mengumumkan jaminan waranti seumur hidup bagi alat ganti berkenaan bagi semua model barunya.

Ia juga bakal melibatkan lebih setengah juta kereta Proton seluruh negara, yang berdaftar sejak September 2001.

Antara model terlibat, Exora, Inspira, Saga BLM, Satria Neo, Persona, Perdana, Waja, Gen-Two, Wira Iswara dan Savvy.

Menerusi jaminan ini, 4 komponen utama tingkap automatik yang gagal berfungsi akan digantikan secara percuma atas syarat jarak pemanduan terkumpul kurang 250 ribu kilometer atau tempoh pendaftaran pemilikan kenderaan kurang 10 tahun.

Tapi, sebelum anda menyerbu pusat servis Proton untuk mendapatkan jaminan tersebut, sila baca terma dan syarat di bawah terlebih dahulu.


  1. Semua jenis model kereta Proton yang masih berada di bawah jaminan pengeluar pada 1 September 2011, kini dilindungi oleh jaminan seumur hidup power window (Power Window Lifetime Warranty).
  2. Jaminan tersebut pula hanya terpakai di pasaran Malaysia sahaja.
  3. Jaminan seumur hidup terpakai untuk tempoh 10 tahun usia kereta, atau perjalanan kereta sehingga 250,000km bermula dari tarikh pendaftaran (yang mana lebih awal)
  4. Jaminan tersebut adalah tertakluk kepada pematuhan penuh jadual berkala perkhidmatan penyelenggaraan yang disyorkan sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Perkhidmatan (Sercive Booklet) yang akan dijalankan di mana-mana pusat servis PROTON yang bertauliah dan sah.
  5. Mana-mana model kereta Proton yang didaftarkan sebelum 31 Ogos 2011 dan masih di bawah waranti pengilang akan memerlukan pendaftaran jaminan sistem power window (Power Window System Warranty Registration) yang sah.
  6. Jaminan seumur hidup power window hanya meliputi empat komponen mekanisma cermin tingkap kuasa iaitu ; run channel, power window motor, door regulator and power window switch.
  7. Jaminan seumur hidup power window hanya boleh dituntut di semua pusat servis bertauliah Proton.



sumber : proton-edar.com.my


Baca seterusnya...

Pengguna BlackBerry Akan Terima Aplikasi Percuma Bernilai RM340

Tuesday, October 18, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Pengguna Blackberry akan memperoleh aplikasi percuma bernilai US$100 (RM340.40) sebagai "balasan" atas kesabaran merasa sepanjang gangguan perkhidmatan baru-baru ini, kata pemaju Research in Motion (RIM) Isnin.

Menurut ketua pegawai eksekutif bersama Mike Lazaridis, aplikasi itu akan disediakan kepada pelanggan dalam beberapa minggu akan datang menerusi BlackBerry� App World� (perisian rasmi daripada RIM yang membolehkan pengguna memuat turun aplikasi), yang akan dibuka sehingga 31 Dis tahun ini.

"Kami menghargai sepenuhnya nilai hubungan kami dengan pelanggan. Kami bekerja keras untuk mendapat kepercayaan mereka sepanjang 12 tahun lepas, dan kami komited untuk menawarkan kebolehpercayaan tinggi yang mereka jangkakan hari ini dan pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi laman web rasmi RIM.

Antara aplikasi itu ialah SIMS3, Bejeweled, N.O.V.A, Texas Hold'em Poker 2, DriveSafe.ly Pro dan Photo Editor Ultimate.


Lazaridis berkata pelanggan perusahaan RIM juga akan ditawarkan lanjutan komplementari selama sebulan kontrak Sokongan Teknikal sedia ada, dan pelanggan yang tidak mempunyai kontrak Sokongan Teknikal, akan ditawarkan percubaan sebulan Perkhidmatan Sokongan Teknikal - Sokongan Dipertingkat BlackBerry .

"Kami sudah meminta maaf kepada pelanggan dan kami akan terus berusaha untuk memulihkan keyakinan mereka. Kami mengambil langkah serta-merta dan agresif dalam membantu mencegah masalah yang sama daripada berulang semula," kata Lazaridis.

Minggu lepas ramai pelanggan mengalami gangguan perkhidmatan dan kelewatan selama kira-kira tiga hari di Eropah, Timur Tengah, India dan Afrika, nd Africa, 1.5 hari di Amerika Latin dan Kanada dan sehari di Amerika Syarikat.

Menurut Lazaridis, pasukan global bekerja sepanjang masa untuk membendung isu itu dan meminimumkan impak ke atas pelanggan sebanyak mungkin dan pada 13 Okt, tahap perkhidmatan kembali pulih.

Mesej palsu juga disebarkan dalam kalangan pengguna Blackberry bahawa perkhidmatan mereka mungkin terjejas, senarai nama rakan dan hubungan terpadam daripada sistem dan mereka akan dikenakan bayaran RM25 dalam bil akan datang jika enggan menyebarkan mesej itu.

-- BERNAMA



Senarai penuh aplikasi yang boleh dimuatturun secara percuma dari BlackBerry App World bermula 19 oktober 2011 selama 4 minggu.

SIMS 3 – Electronic Arts
Bejeweled – Electronic Arts
N.O.V.A. – Gameloft
Texas Hold’em Poker 2 – Gameloft
Bubble Bash 2 – Gameloft
Photo Editor Ultimate – Ice Cold Apps
DriveSafe.ly Pro – iSpeech.org
iSpeech Translator Pro – iSpeech.org
Drive Safe.ly Enterprise – iSpeech.org
Nobex Radio™ Premium – Nobex
Shazam Encore – Shazam
Vlingo Plus: Virtual Assistant – Vlingo

Terdapat beberapa aplikasi di atas, hanya untuk BlackBerry 7 OS sahaja. Tawaran percuma ini hanya untuk pengguna berdaftar BlackBerry Malaysia.





Baca seterusnya...

10.17.2011

(Video) Seorang Budak 3 Tahun Dilanggar Van Tanpa Mendapat Bantuan

Monday, October 17, 2011 by MR Penyubiru · 2 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam Buletin Utama TV3 jam 8 malam tadi memaparkan satu video yang menyayat hati dimana seorang kanak-kanak perempuan berumur 3 tahun dilanggar oleh sebuah van. Apa yang menyedihkan ialah, kanak-kanak itu dibiarkan di tengah jalan dan orang ramai yang melalui kawasan tersebut hanya mampu memandang dan buat tak kisah.

Kejadian menyedihkan ini berlaku di Daerah Foshan, China.

Saksikan video menyedihkan tersebut dengan baca seterusnya







Baca seterusnya...

Video, Lirik Lagu Mengharap Bintang - Ezad Lazim (Ezad Exist)

Monday, October 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: , ,
Video Lagu Mengharap Bintang - Ezad Lazim (Ezad Exist)





Lirik Lagu Mengharap Bintang - Ezad Lazim (Ezad Exist)

Remuk-remuk jantungku
Sakit-sakit hatiku
Saat kau tinggalkan diriku
Sunyi hidup tanpamu

Sungguh perih hidupku
Sungguh sepi malamku
Betapa sedihnya jiwaku
Menantikan dirimu

Ku rindukan dirimu
Rapuh hidup tanpamu
Kembalilah peluk hatiku
Temanilah mimpiku


Patah sayap cintaku
Jauh dari kasihmu
Lagu ini hanya untukmu
Kembalilah cintaku

Tuhan tolonglah diriku
Kembalikanlah cintaku
Aku kan setia menunggu
Hingga hujung nafasku

Tuhan tolonglah diriku
Khabarkan aku menunggu
Sampai kapan pun ku tunggu
Kerna dia hidupku

sumber : 1liriklagu.com


Baca seterusnya...

(Video) Jangan Biasakan Anak Anda Main iPad

Monday, October 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
iPad memang satu gajet yang sesuai untuk semua golongan termasuk anak kecil anda. Memang seronok tengok si kecil bermain-main dengan iPad. Tetapi kekadang, iPad juga menjadikan si kecil keliru antara iPad dan majalah.

Keliru macam mana tu?

Saksikan video di bawah dengan baca seterusnya. Cute sungguh! :D






Baca seterusnya...

Voucher McDonald's Quarter Pounder (17-25 Oktober 2011)

Monday, October 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

McDonald’s Lovin’ Mid Month starts today!

All beef, the whole beef, nothing but the real beef for only RM6.99! Enjoy a Quarter Pounder with Cheese McValue Meal (M) at only RM6.99 today!

Print your Original Coupons here: http://bit.ly/qS2VvV

Offer valid via coupon only. It’s one redemption per customer per transaction.

source : Fanpage McDonald's Malaysia


Baca seterusnya...

Meet MotoGP superstars Jorge Lorenzo & Ben Spies!

Monday, October 17, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:


Get your head in the game!

In conjunction with Petronas Moto GP, check out the Petronas MotoGP game that allows you to take control of the game while using your head. Literally.

Also, meet Jorge Lorenzo & Ben Spies on the 19th October at KLCC!

Check it out!




Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik