10.15.2011

Kenaikan Gaji Tahunan Berdasarkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA)

Saturday, October 15, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, salah satu nya adalah kenaikan gaji tahunan kakitangan awam sebanyak 7% - 13% melalui Sistem Saraan Baru Pekhidmatan Awam (SSBPA).

Tentu ramai pengawai kerajaan yang sedang berkira-kira berapakah kenaikan gaji mereka mengikut gred masing-masing.

Berikut adalah kadar kenaikan gaji tahunan mengikut gred berdasarkan SSBPA

Gred 1-16 = RM80
Gred 17-26 = RM120
Gred 27-40 = RM160
Gred 41-48 = RM220
Gred 52-54 = RM260
Jusa A,B,C = RM320


Bagaimanapun, ini hanya kiraan tak rasmi dan tidak dapat disahkan ketepatannya. Untuk kadar kenaikan gaji tahunan rasmi, kena tunggu Pekeliling Rasmi JPA berkenaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SSBPA). Tak lama lagi keluar la tu.. :D

sumber : farhancr7.blogspot.com (thanks)







Baca seterusnya...

(Video) iPhone 4S Drop Test

Saturday, October 15, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
iPhone 4S sudah mula dijual di beberapa negara tetapi masih belum dijual di Malaysia. Ramai peminat iPhone di Malaysia tentu tidak sabar menunggu ketibaan iPhone 4S. Tetapi si orang putih dalam video ni baru sahaja membeli iPhone 4S dan dengan selambernya terus membuat ujian yang digelar iPhone 4S Drop Test dihadapan pintu masuk Apple Store dengan disaksikan puluhan pelanggan yang sedang beratur untuk membeli iPhone 4S.

Memang giler! Baru beli iPhone 4S ,lepas tu terus jatuhkan atas lantai. Jatuhan pertama, iPhone 4S masih selamat. Jatuhan kedua, iPhone 4S terus KO kerana jatuhan kedua dibuat dengan bahagian hadapan iPhone 4S jatuh dahulu menghempas lantai. For sure pecah kan..

Saksikan video iPhone 4S drop test dengan baca seterusnya.








Baca seterusnya...

Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Dipilih Yang di-Pertuan Agong Baru Buat Kali Kedua

Saturday, October 15, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya pada Jumaat bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sultan Abdul Halim akan turut mencatat sejarah baru iaitu menjadi di-Pertuan Agong buat kali yang kedua dalam sejarah pemerintahan baginda.

Kali pertama baginda menaiki takhta ialah pada tahun 1970 sehingga ke tahun 1975 iaitu sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kelima.

Belum pernah dalam sejarah pelantikan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sejak kewujudannya pada tahun 1957, mana-mana Raja atau Sultan menaiki singgahsana takhta negara untuk kali yang kedua.

Sultan Abdul Halim, diputerakan pada 28 Nov 1927 di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Baginda menaiki takhta pada 14 Julai, 1958 selepas kemangkatan ayahanda baginda Sultan Badlishah.

Lulusan Wadham College Oxford United Kingdom dengan ijazah Sains Sosial dan Pentadbiran Awam, baginda pernah menyertai Perkhidmatan Awam Negeri Kedah dalam tahun 1950an.

Sementara itu, Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri.

Sultan Muhammad V, 42, dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 Sept 2010.

Canselor Universiti Malaysia Kelantan itu diputerakan di Kota Baharu, Kelantan pada 6 Oktober 1969.

Berikut adalah senarai Yang di-Pertuan Agong dari yang pertama sehinggalah yang ke-13:



(1). Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1895, memerintah pada 1957-1960, mangkat ketika memerintah pada 1 April 1960.

(2) Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah dari Selangor, diputerakan pada 1898, memerintah pada 1960, mangkat ketika memerintah pada 1 September 1960.

(3). Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail dari Perlis, diputerakan pada 1920, memerintah pada 1960-1965, mangkat pada 2000.

(4). Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III dari Terengganu, diputerakan pada 1907, memerintah pada 1965-1970, mangkat pada 1979.

(5). Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dari Kedah, diputerakan pada 1927, memerintah pada 1970-1975.

(6). Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra dari Kelantan, diputerakan 1917, memerintah pada 1975-1979, mangkat ketika memerintah pada 29 Mac 1979.

(7). Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Riayatuddin Al-Muadzam Shah dari Pahang, diputerakan pada 1930, memerintah pada 1979-1984.

(8). Sultan Iskandar Al-Haj ibni Almarhum Sultan Ismail dari Johor, diputerakan pada 1932, memerintah pada 1984-1989, mangkat pada 22 Januari 2010.

(9). Sultan Azlan Muhibbudin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah dari Perak, diputerakan pada 1928, memerintah pada 1989-1994.

(10.) Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman dari Negeri Sembilan, diputerakan pada 1922, memerintah pada 1994-1999, mangkat pada 27 Disember 2009.

(11). Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj dari Selangor, diputerakan 1922, memerintah pada 1999-2001, mangkat ketika memerintah pada 4 Disember 2001.

(12). Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Syed Putra Jamalullail dari Perlis, diputerakan 1943, memerintah pada 2001-2006.

(13). Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Terengganu, diputerakan 1962, memerintah pada 2006-2011.

sumber : mStar Online



Baca seterusnya...

10.14.2011

Buku Belajar ABC Kanak-Kanak Mengandungi Unsur Lucah ?

Friday, October 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Kepada para ibu bapa, berhati-hati dalam membeli buku ABC untuk anak-anak anda. Pastikan kandungan di dalam buku tersebut tidak mengandungi informasi yang boleh merosak pemikiran anak kita. Salah satu buku ABC yang dimaksudkan adalah seperti dalam gambar di atas.

Menurut Mazidul Akmal Sidik melalui blognya, buku tersebut dibeli olehnya di TESCO Cheras, Kuala Lumpur.



Inilah kandungan atau informasi dalam buku tersebut yang amat tidak sesuai sekali untuk bacaan kanak-kanak. Huruf Z diberi contoh Zakar (Penis). Siap dengan gambar dan anak panah lagi. Adakah kita sanggup memberi buku sebegini kepada anak kita?

Jadi, kepada ibubapa berhati-hati dalam memilih jenis buku untuk anak anda.

sumber : blog Mazidul (thanks for sharing)




Baca seterusnya...

Peraduan Coffee-Mate Ku Untukmu

Friday, October 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Coffe-mate dari Nestle mengadakan peraduan Coffe-mate ku untukmu di mana anda boleh memenangi hadiah menarik dengan mencipta lagu cinta dan video muzik khas untuk pasangan anda.

Maklumat lanjut.


Baca seterusnya...

Cara Memohon Bantuan Rakyat RM500

Friday, October 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Dalam Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, salah satu insentif yang diberikan adalah bantuan rakyat sebanyak RM500 bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.

Tentu ramai yang tertanya cara untuk memohon atau mendapatkan bantuan rakyat RM500 tersebut.

Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak perlu ke kaunter perkhidmatan LHDN dalam masa terdekat ini.

Pendaftaran secara percuma bagi pemohon yang layak, hanya boleh dilakukan setelah borang dan sistem berkaitan siap disediakan, katanya.

Bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, LHDN akan menyediakan perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDN serta beberapa agensi kerajaan lain yang akan dikenal pasti bagi melicinkan urusan terbabit.

Syarat permohonan akan dimaklumkan setelah mendapat garis panduan daripada Kementerian Kewangan, dan akan diumumkan melalui kenyataan media kepada semua akhbar, katanya.

Penyaluran wang bantuan ini akan dilakukan melalui kaunter-kaunter Pos Malaysia dan Bank-bank yang dilantik, termasuk Bank Simpanan Nasional.





Baca seterusnya...

(Video) Pelumba Basikal Dirempuh Antelop

Friday, October 14, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

JOHANNESBURG, Afrika Selatan - Satu kemalangan melibatkan seorang pelumba basikal lasak dengan seekor antelop sudah cukup untuk mencetuskan sensasi di Internet.

Seorang penganjur perlumbaan, Max Cluer kelmarin berkata, Evan van der Spuy, 16, dirempuh mamalia tersebut ketika menyertai satu perlumbaan hujung minggu di sebuah taman hidupan liar di sini.

Antelop yang melanggar pelumba remaja itu adalah dari jenis hartebeest dengan berat lebih 200 kilogram.

Seorang pelumba lain yang merakam insiden tersebut kemudian menghantar klip video berkenaan ke laman perkongsian video YouTube bersama kata tanda bermaksud "Dahsyatnya!".

Ia ditonton lebih 5 juta kali setakat Rabu lepas.

Menurut Cluer, Van der Spuy tidak cedera teruk, manakala antelop tersebut kembali bersama kawanannya selepas kemalangan itu berlaku.

Van der Spuy pula memberitahu akhbar tempatan bahawa dia tidak ingat apa-apa tentang peristiwa itu, tetapi topi keledarnya yang pecah menjadi bukti pertembungan liar tersebut. - AP (Kosmo)

Video pelumba basikal dirempuh antelop ni aku dah post sebelum ini. Boleh baca di (Video) Sebab Itu Aku Tak Suka Berbasikal di Afrika Selatan.


Baca seterusnya...

10.13.2011

Pendaftaran Haji Secara Online

Thursday, October 13, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Seiring dengan peredaran zaman, Tabung Haji turut menyediakan pendaftaran haji secara atas talian (online)

Syarat kelayakan untuk mendaftar haji dengan Tabung Haji
Semua warganegara Malaysia yang beragama Islam dan mempunyai akaun simpanan di TH. Walaubagaimanapun kelayakan pendaftaran bergantung kepada baki amaun simpanan TH anda. Baki minima untuk memastikan pendaftaran anda diterima adalah RM 1300.00.

Untuk daftar haji secara online, boleh ke laman Tabung Haji.



p/s : Tadi aku dah daftar haji di kaunter Tabung Haji. Tarikh peruntukkan tunai haji aku ialah pada tahun 2041 masehi. Lepas tu baru aku tahu, boleh daftar haji secara online rupanya.



Baca seterusnya...

Menang Kamera Olympus Dengan Peraduan "Happy Photography "

Thursday, October 13, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Maklumat lanjut.


Baca seterusnya...

10.12.2011

Jalan di Kuala Lumpur Ditutup Pada 15 & 16 Oktober 2011

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR – Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat-peringkat sempena Acara Kayuhan Berbasikal OCBC pada Sabtu dan Ahad ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, penutupan jalan-jalan sekitar Dataran Merdeka adalah dari 3 petang hingga tengah malam pada Sabtu, manakala pada Ahad pula, jalan-jalan yang terlibat akan mula ditutup secara berperingkat-peringkat mulai 6 pagi dan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.


Jalan-jalan terlibat ialah Jalan Raja (Dataran Merdeka) iaitu tempat bermula kayuhan, Jalan Parlimen, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Dato Onn, Jalan Tun Ismail, Jalan Putra, Jalan Raja Laut dan Jalan Ipoh.

Turut ditutup ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang, Jalan P. Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Hang Lekiu dan Jalan Lebuh Pasar. – Bernama


Baca seterusnya...

Apabila Angry Birds Naik Train

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:






Memang patut pun perempuan tu diperlakukan sebegitu kerana pentingkan diri sendiri dan barang-barang dia jer tanpa memperdulikan orang lain.

sumber gambar : stomp.com.sg



Baca seterusnya...

(Leaked Photo) Samsung Galaxy S III ??

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu gambar slide presentation yang mengandungi gambar Samsung Galaxy S III telah tersebar di internet. Jika benar, nampaknya tidak lama lagi kita akan dapat melihat Samsung Galaxy S III pula dijula di Malaysia.

Menurut gambar di atas, spesifikasi Samsung Galaxy S III

  • dual-core 1.8GHz Exynos 4212 processor
  • 2GB of RAM
  • 12MP camera
  • 4.6-inch Super AMOLED Plus HD display


Makin lama makin hebat spesifikasi smartphone...agak-agaknya berapalah harga Samsung Galaxy S II yang bakal dijual di Malaysia nanti..hmmm..

sumber ; soyacincau.com


p/s : You've got to own it, to know it - Samsung Galaxy Tab. It won’t disappoint you.


Baca seterusnya...

(Video) Sebab Itu Aku Tak Suka Berbasikal di Afrika Selatan

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:





Baca seterusnya...

Pegawai Penguatkuasa Imigresen Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Kondominium

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Seorang pegawai imigresen maut selepas terjatuh dari tingkat 12 kondominium Magnaville di Selayang dekat sini Selasa.

Mohd Irwan Mohd Ishak, 29, dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat 12 dalam insiden kira-kira 5.30 petang itu ketika tiga lelaki datang ke rumah tersebut untuk mencarinya.

Isteri mangsa, Suhaidah Suhardi, 35, berkata suaminya enggan bertemu dengan lelaki berkenaan apabila beliau memaklumkan kedatangan mereka kepadanya.


"Saya bagi tahu suami ada orang datang hendak berjumpa, tapi dia tak mahu jumpa, dia kata abang keluar, panjat tingkap lalu ikut tangga sahaja," katanya.

Suhaidah berkata beliau telah menghalang suaminya daripada keluar melalui tingkap sebelum terdengar bunyi dentuman kuat di bawah rumah mereka.

"Saya tergamam dan terkejut lihat suami dah jatuh ke bawah," kata surirumah sepenuh masa itu ketika ditemui di tempat kejadian.

Mangsa merupakan Pegawai Penguatkuasa Imigresen di Damansara dan mempunyai dua anak berumur dua dan tujuh tahun serta sedang bercuti tanpa gaji sejak Ramadan lepas.

Jiran Suhaidah membuat laporan polis kira-kira pukul 7 petang dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

-- BERNAMA


Baca seterusnya...

Bantuan Persekolahan RM100 Diagih Kepada Pelajar Disember Ini

Wednesday, October 12, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2012.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selain bantuan berkenaan, pemansuhan yuran persekolahan mulai sesi persekolah tahun depan turut membolehkan rakyat negara ini menikmati pendidikanpercuma sepenuhnya.



"Saya mengandaikan bayaran batuan itu dilakukan hujung tahun ini bagi persiapan menghadapi sesi persekolahan 2012, namun kaedah pembayarannya terserah kepada pihak pengurusan.

"Perkara ini akan dibincang oleh pihak pegurusan dengan lebih lanjut lagi dan saya difahamkan bayaran dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini, Selasa.

Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bejat 2012 mengumumkan bahawa kerajaan akan memberikan bantuan persekolahansebanyak RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah bermula dari darjah satu, selain memansuhkan yuran persekolahan.

Mengulas lanjut Puad berkata, kerajaan menaggung kos sebanyak RM150 juta setelah memansuhkan yuran persekolah bagi meringankan beban ibu bapa terutamanyagolongan berpendapatan rendah.

Ditanya mengenai yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang dijangka akan menjadi bebanan kepada ibu bapa setelah yuran persekolahan dimansuh, beliau mengingatkan PIBG supaya mematuhi peraturan ditetapkan kementerian dalam menentukan kadar bayaran yuran serta perlu memberi tumpuan kepada perkara menjadi keutamaan.

"Pihak kementerian sudah mengeluarkan pekeliling berhubung perkara itu, kita harap PIBG membuat keputusan bagi kadar yuran melalui perbincangan dengan ibu bapa dan bukannya dibuat berdasarkan kepada keputusan jawatankuasa semata-mata," katanya. - mStar Online


Baca seterusnya...

10.11.2011

Suzuki Swift GX RM65,888, Bulanan Serendah RM550

Tuesday, October 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Sebelum ini aku ada mendengar ura-ura yang Suzuki bakal mengeluarkan model Swift dengan harga menyamai harga MyVi.

Ternyata ura-ura tersebut benar apabila Suzuki memperkenalkan model Swift GX 1.5 baru-baru ini dengan harga atas jalan RM65,888. Bagi pelanggan yang layak mendapat pinjaman dari syarikat Suzuki selama 9 tahun, bayaran bulanan serendah RM550 !

Beza harga Suzuki Swift GX dengan Swift GLX adalah sebanyak RM10K.

Mari kita lihat kat mana diorang kurangkan harga sehingga sebanyak itu.


Perbezaan steering dan sistem audio antara swift GX dan swift GLX. Tiada kawalan audio pada steering dan sistem audio 1 DIN.


Tempat duduk belakang tiada head rest (optional). Jika pembeli nak head rest, kena tambah harga.

Cermin sisi tiada signal dan tidak boleh ditarik (retractable side mirrors)

Selain dari kekurangan di atas, ciri-ciri yang lain adalah sama seperti model Swift GLX iaitu dual airbag,ABS, sport rims dan sebagainya.

hmmm...nampaknya MyVi sudah ada pencabar terdekat.











sumber : paultan.org & motortrader.com.my




Baca seterusnya...

Semak Status Penebusan Van Mini Milo

Tuesday, October 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pagi tadi dapat SMS dari milo. Dalam SMS tersebut menyatakan no rujukan dan laman web untuk menyemak status penebusan van milo.

Jika anda sudah dapat no rujukan dari pihak Milo, boleh ke laman web www.milo.com.my/van atau http://www.myminivans.com/

Anda cuma perlu masukkan no rujukan yang diberi oleh Milo dan no kad pengenalan anda, kemudian klik butang "Semakan Status Penebusan".


(klik tuk tumbesaran yang sihat)

Ini status penebusan van mini milo aku. Nampaknya masih dalam status "sedang diproses". Tak sabar rasanya menunggu dua lagi model terakhir van mini milo.

p/s : Jangan lama-lama sangat proses yer Milo, nanti ada lagi yang mengamuk kat facebook.hehe







Baca seterusnya...

Gambar Lantai Konkrit KL Sentral Runtuh, Dua Cedera

Tuesday, October 11, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR: Lantai konkrit di kawasan pembinaan di KL Sentral runtuh pada pagi Selasa dan seorang pekerja dilaporkan cedera.

Ketika kejadian pekerja Bangladesh dilaporkan sedang menjalankan kerja-kerja menyimen di tingkat satu bangunan tersebut cedera apabila lantainya tiba-tiba runtuh pada pukul 11 pagi.

Mangsa dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan dilaporkan sedang menjalani pembedahan selepas terjatuh daripada ketinggian empat meter.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner, Wan Abdul Bahari Wan Khalid berkata ketika kejadian pekerja berkenaan peralatan keselamatan.

Difahamkan bangunan yang sedang dibina sejak dua tahun lepas itu akan dikenali sebagai 'Nu Sentral' mempunyai lebih 500 pekerja yang melakukan kerja-kerja pembinaan bermula pada 2009.

Ia dijangka siap sepenuhnya tahun depan.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Christopher Chong Hon Fah berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 11 pagi dan sebuah jentera dengan lebih 30 anggota terlibat dalam menyelamatkan mangsa.

"Kita mengambil masa satu jam meronda di kawasan kejadian untuk memastikan tiada mangsa lain yang terlibat," katanya.





p/s : Fuhh..aku ingatkan KL Sentral yang ada sekarang ni runtuh, rupa-rupanya bangunan KL Sentral yang dalam pembinaan runtuh. Tapi kira bagus jugaklah runtuh sekarang ni kan,daripada runtuh apabila dibuka kepada umum kelak. Masa tu tentu lagi ramai yang tercedera.


Baca seterusnya...

10.10.2011

Buat Kejutan Untuk Orang Tersayang Dengan Cadbury

Monday, October 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Maklumat lanjut. Check it out yaw..



Baca seterusnya...

Jenazah Jemaah Haji Meninggal Jatuh Bangunan dikebumikan

Monday, October 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
KUALA LUMPUR 10 Okt – Jenazah jemaah Haji dari Malaysia yang meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan di Madinah selamat dikebumikan di Perkuburan Baqi” berdekatan Masjid Nabawi, demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jemaah wanita yang berasal dari Shah Alam dan berusia 39 tahun itu dipercayai terjatuh dari sebuah bangunan dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang waktu tempatan Sabtu lepas.

Jamil Khir berkata, kerajaan kini menunggu laporan lengkap siasatan daripada polis Arab Saudi berkenaan kes itu.

"Kita masih menunggu, belum dikeluarkan lagi sebarang laporan lengkap daripada pihak keselamatan dan polis Arab Saudi.

“Saya sudah pun menghubungi wakil kita dari Tabung Haji yang berada di Madinah yang memaklumkan bahawa kita masih menunggu laporan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pemahaman Kedudukan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini. – Bernama


Baca seterusnya...

Tiada TV LED di Malaysia, Hanya di Jepun

Monday, October 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Jika perjelasan dari Pengurus Kanan di bawah di ambil kira, ternyata ramai pembeli TV LED di Malaysia ni dah kena tipu la. Tapi mengapa masih ada pengeluar yang menjual TV yang didakwa jenis LED sedangkan sebenarnya adalah bukan. hmmm


TELEVISYEN diod pemancar cahaya (LED) tetapi bukan LED yang sebenarnya.

Walaupun sukar mempercayainya tetapi hakikatnya semua televisyen LED yang berada di pasaran tempatan pada masa ini bukan televisyen LED dalam erti kata yang sebenar.

Menurut Pengurus Kanan Kejuruteraan dan Servis, Toshiba Sales & Services Sdn. Bhd., Liew Ah Yoong, semua produk itu merupakan televisyen paparan cecair kristal (LCD) yang menggunakan cahaya belakang LED.

Namun, katanya, semua syarikat pengeluar memasarkannya sebagai televisyen LED mungkin kerana strategi pemasaran.

''Sehingga hari ini, hanya Sony mengeluarkan televisyen LED sebenar atau diod pemancar cahaya organik (OLED), itu pun hanya satu dua model dan mungkin hanya ada di Jepun.

''Saya sendiri tidak tahu bagaimana rupa televisyen LED kerana tidak pernah melihatnya,'' katanya pada prosiding Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di Ipoh, Perak, baru-baru ini.

Ah Yoong hadir sebagai saksi kepada syarikat Kim Seen Electronic Trading bagi memberitahu situasi sebenar terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh Liew Moi Fah, 55.

Moi Fah menuntut supaya syarikat itu mengembalikan semula wangnya sebanyak RM5,350 kerana didakwa menjual televisyen LCD kepadanya, sedangkan dia mahu membeli televisyen LED.

Menurut Moi Fah, dia membeli televisyen tersebut pada Januari lalu dan mendapati ia bukan televisyen LED sebulan kemudiannya.

''Semasa berkumpul beramai-ramai sempena sambutan Tahun Baru Cina pada Februari lalu, anak saudara saya memberitahu bahawa televisyen itu bukan televisyen LED tetapi LCD 'kahwin' LED. Kes seperti ini banyak berlaku di Singapura.

''Saya juga dapati pada kad jaminan televisyen tersebut tertera LCD dan pemeriksaan pada laman web Toshiba tidak menjumpai sebarang produk televisyen LED,'' katanya.

Setelah mendengar penjelasan tersebut, Presiden TTPM, Maznah Haron memerintahkan supaya Kim Seen Electronic Trading yang diwakili oleh Tang Boh Leng mengambil semula televisyen itu dan mengembalikan RM4,235.42 kepada pihak yang menuntut.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan perlu melakukan sesuatu bagi memastikan pengguna tidak dikelirukan antara televisyen LED dan televisyen LCD yang menggunakan cahaya belakang LED. - Utusan Malaysia



Baca seterusnya...

(Video) El Caminito Del Rey, Laluan Paling Bahaya di Dunia

Monday, October 10, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Cuba lihat gambar di atas. Anda nampak tak pelantar untuk perjalan kaki di lereng cerung tersebut. Laluan perjalan kaki tersebut diberi nama El Caminito Del Rey atau King's pathway, terletak di El Chorro, dekat Alora dalam wilayah Malaga, Spain.

Mari kita zoom lebih dekat lagi gambar di atas.

Ya..itu dia... laluan El Caminito Del Rey itu sudah berusia 110 tahun dan ada bahagian-bahagian tertentu yang sudah patah, berlubang dan tidak sempurna. Amat berbahaya untuk mereka yang melalui laluan tersebut.

Laluan setinggi 100 meter dari itu dikatakan laluan perjalan kaki paling bahaya di dunia. Dibuka kepada umum pada tahun 1905 dan ditutup pada tahun 2000 selepas dua orang perjalan kaki maut terjatuh ketika menggunakan laluan tersebut.

Kini, El Caminito Del Rey bakal dibuka semula kepada pengunjung setelah projek menaiktaraf laluan tersebut bakal dimulakan tahun hadapan.

Mari kita lihat video laluan paling bahaya El Caminito Del Rey dengan baca seterusnya..











Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik