9.10.2011

Volkswagen Das Auto Show 2011 Pada 10 & 11 Sep 2011

Saturday, September 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,

Hari ini dan besok (10 & 11), Volkswagen Group Malaysia mengadakan Volkswagen Das Auto Show 2011 dengan mempamerkan semua kenderaan keluaran mereka,.

Bagi peminat-peminat Volkswagen Das Auto atau baru nak berminat, boleh lah menyerbu pameran mereka yang bertempat di kawasan tempat letak kenderaan (carpark) Stadium Nasional Bukit Jalil. Anda akan nampak satu struktur “Mega Dome” dan “Caterpillar Dome” di kawasan tersebut dan itulah tempatnya.

Maklumat lanjut boleh layari laman web ini.

sumber gambar : paultan.org





Baca seterusnya...

Gambar Terkini Perodua Myvi SE 1.5 / Myvi Extreme

Saturday, September 10, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pada 15 sep 2011 ini, selain daripada pengguna prepaid dikenakan caj 6% , pada tarikh tersebut juga merupakan berita yang ditunggu-tunggu peminat kereta Perodua kerana difahamkan Perodua MyVi Se 1.5 atau sebelum ini dikatakan MyVi Extreme bakal dilancarkan.

Difahamkan harga Perodua Myvi SE 1.5 / Myvi Extreme sekitar RM51400. Bagaimanapun, harga rasmi hanya dapat diketahui pada hari pelancarannya nanti.

Dengan ciri yang lebih sporty dan 4 pilihan warna, MyVi Se 1.5 dikatakan bakal menarik minat pembeli terutamanya golongan muda dan seterusnya meningkatkan lagi hasil jualan produk Perodua.

Lagi gambar Perodua Myvi SE 1.5 / Myvi Extreme dengan baca seterusnya.








sumber : Paultan.org



Baca seterusnya...

9.09.2011

Pauline Potter Wanita Paling Berat / Gemuk di Dunia

Friday, September 09, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah dia Pauline Potter, wanita yang dinobatkan sebagai wanita paling berat di dunia oleh pihak pengurusan Guinness Book of Records dengan berat badannya mencecah 317.51 kg. Hoho..

Pauline Potter baru berusia 47 tahun, namun kini dia berazam mahu menurunkan berat badannya sehingga 226kg supaya dia dapat pergi menari, melancong dan duduk di kerusi pawagam untuk menonton wayang.

Dia juga menyalahkan cara dia dibesarkan sebagai punca dia menjadi gemuk melampau.

"Ibu bapa saya selalu menyajikan saya dengan makanan. Berat ibu melebihi 181kg manakala berat bapa saya pula lebih 272kg," kata Potter.

"Saya mempunyai lapan adik-beradik dengan semuanya memiliki berat melebihi 181kg kecuali seorang," tambahnya.

Lagi gambar wanita paling berat / gemuk di dunia dengan baca seterusnya









sumber gambar : Daily Mail

Baca seterusnya...

Pengguna Prabayar Telefon Mudah Alih Dikenakan Cukai 6% Mulai 15 Sep 2011

Friday, September 09, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels:
Pengguna talian mudah alih prabayar atau prepaid dah tak senang duduk apabila mendapat tahu caj cukai perkhidmatan 6% bakal berkuat kuasa 15 September ini. Ramai yang tidak berpuas hati.

Jika harga tambah nilai (topup) bernilai RM10, maka selepas dikenakan 6% cukai akan menjadi RM10.60. Itu belum termasuk lagi caj yang dikenakan sendiri oleh sesetengah pemilik kedai.


KUALA LUMPUR - Seramai 26.2 juta pelanggan talian telefon mudah alih prabayar di negara ini bakal dikenakan caj bagi cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus berkuat kuasa 15 September ini.

Jumlah tersebut meliputi tiga syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi utama negara iaitu Celcom (Xpax) seramai 9 juta pelanggan, DiGi seramai 7.7 juta orang dan Maxis (Hotlink) 9.5 juta orang.

Menurut siaran akhbar yang dikeluarkan bersama oleh syarikat tersebut semalam, para pelanggan selepas ini dikenakan cukai bagi setiap pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar baharu.

Dengan penguatkuasaan caj itu, seorang pelanggan yang membeli kad tambah nilai berjumlah RM10 perlu membayar RM10.60, dengan 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

“Para pelanggan prabayar akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bermula tengah hari ini (semalam) mengenai cukai perkhidmatan baharu itu,” kata kenyataan itu. - Kosmo



p/s : Dalam temubual hotfm dengan pihak penyedia perkhidmatan mudah alih pagi tadi, caj ini sebenarnya sudah lama dikenakan tapi ditanggung oleh provider. Sekarang sudah tiba masanya pelanggan pula menanggung caj tersebut.

Bloggers without Borders are back frm foreign lands! #nowyoucan retrace their journey & find out how it went!



Baca seterusnya...

9.08.2011

Susulan Rompakan Restoran Subur Seksyen 15 Shah Alam, Polis Tubuh Pasukan Khas

Thursday, September 08, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Polis menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat insiden rompakan di sebuah restoran India Muslim di Seksyen 15, di sini pada 28 Ogos lalu yang turut disiarkan dalam beberapa laman web dengan entri bertajuk ‘Shah Alam bukan lagi tempat selamat’.

Beberapa saksi kejadian juga sudah dipanggil bagi membantu siasatan dan polis masih berusaha mengesan suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di restoran berkenaan.

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob, berkata orang ramai diminta jangan panik selain tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian terbabit.

“Polis akan berusaha mengesan kumpulan yang bertanggungjawab dan pihak kami tidak boleh dedahkan berapa ramai saksi yang dipanggil atau sama ada semua suspek sudah dikenal pasti atau tidak kerana ia akan mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rakaman CCTV dari pelbagai sudut itu memaparkan lima lelaki yang memakai topi keledar dan bersenjatakan parang menceroboh sebuah restoran dan melarikan mesin wang dan komputer riba milik pelanggan restoran berkenaan.

Ketika kejadian, suspek turut dilihat mengacukan parang terhadap kira-kira 10 pelanggan, termasuk kanak-kanak yang berada dalam restoran itu sehingga menyebabkan mereka bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Ditanya mengenai dakwaan yang disiarkan di laman web itu yang mengatakan Shah Alam bukan lagi tempat selamat, Zahedi berkata, ia keterlaluan kerana indeks jenayah di bandar raya berkenaan masih terkawal.

“Janganlah timbulkan suasana tidak elok dengan mengatakan Shah Alam tidak selamat oleh kerana satu kejadian saja.

“Lagi pun yang kena rompak hanyalah sebuah restoran saja bukannya banyak restoran dan kejadian ini bukannya berlaku tiap-tiap hari,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan bersenjata. - Berita Harian


This is my favourite video on #SayaSukaMalaysia .


Baca seterusnya...

Nelayan Tangkap Ketam Ganjil Wajah Predator

Thursday, September 08, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah rupa ketam ganjil yang dimaksudkan. Jika diamati wajah ketam ini, ada iras-iras wajah makhluk asing dalam filem Predator. Ala filem Arnold Schwazenegger jadi hero tu.

Jika anda teringin nak melihat dengan lebih dekat ketam ini, bolehlah pergi ke Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain sebab ketam tu ditempatkan di sana.

Difahamkan, ketam ini dari jenis ketam span dan dikatakan pandai menyamar dan mengelak daripada dilihat musuh ketika berada di dasar laut. Bagaimanapun, jelas ketam ini tidak pandai menyamar dari nelayan yang menangkapnya.

Mungkin lepas ni ada produser filem berminat untuk ambil ketam ni berlakon untuk sequel filem Predator plak. hehe






Baca seterusnya...

9.07.2011

Gambar Nissan Livina X-Gear, Harga RM82,800

Wednesday, September 07, 2011 by MR Penyubiru · 1 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Nissan Livina X-Gear kini dengan rasminya sudah berada di pasaran Malaysia. Nissan Livina X-Gear adalah versi Grand Livina dengan 5 tempat duduk. Saiznya juga lebih pendek dari Grand Livina. Enjin Livina X-Gear juga sama dengan enjin Grand Livina 1.6L.

Walaupun 5 tempat duduk tetapi harganya juga bagi aku agak mahal iaitu RM82,800 atas jalan termasuk insuran. Harganya hampir menyamai harga Grand Livina 1.6L iaitu bermula RM86,800 (kalu tak silap). Tapi, selera masing-masing kan.

Sekali tengok Nissan Livina X-Gear ni sporty juga.hmmm..














sumber : paultan.org


Baca seterusnya...

Gambar 3D Yang Hebat, Hanya Dihasilkan Menggunakan Pensil dan Kertas

Wednesday, September 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Baru berusia 20 tahun, seorang artis bernama Fredo atau nama sebenarnya Wladimir Inostroza berjaya menghasilkan gambar 3D yang mengagumkan. Semua hasil seninya itu dihasilkan dari pensil dan kertas.

lagi gambar dan video hasil seni 3D Fredo dengan baca seterusnya.













sumber : Daily Mail


Baca seterusnya...

Video Bagaimana Penyeluk Saku Mencuri Dengan Chopstik di China

Wednesday, September 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Negeri China memang terkenal dengan kepadatan penduduknya. Dalam kepesatan pembangunan tersebut tentu ada penduduknya yang tercicir dan terpaksa mencari makan dengan cara mencuri.

Satu video di youtube menunjukkan bagaimana penyeluk saku di China mencuri dengan hanya menggunakan chopstik. Aksi mencuri itu dilakukan di tempat terbuka dan tanpa berselindung dan memang jelas dapat dilihat oleh orang ramai yang berada di sekitara kawasan tersebut. Apa yang membingunkan dan menghairankan, orang ramai seolah-olah tidak kisah dengan aksi pencopet tersebut atau dalam erti kata lain tutup sebelah mata. Pencopet tersebut pula bebas melakukan aktiviti jenayah mereka tanpa merasa takut. Pelik bin ajaib betul.






Baca seterusnya...

MyDistress - Aplikasi Isyarat Jenayah Untuk Telefon Pintar dari PDRM

Wednesday, September 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Apa itu MyDistress

MyDistress ialah satu aplikasi isyarat jenayah telefon pintar yang dibangunkan oleh PDRM untuk membantu orang ramai jika ditimpa kesusahan.

Aplikasi MyDistress boleh dimuat turun ke telefon pintar anda dan tersedia untuk telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android, IOS (produk Apple), BlackBerry dan Java.

Buat masa ini, aplikasi MyDistress hanya boleh digunakan oleh mereka yang berada di kawasan Selangor sahaja.

Difahamkan, buat masa ini aplikasi tersebut adalah percuma, namun akan dikenakan caj RM2 sebulan mulai Januari tahun depan.

Maklumat lebih lanjut, boleh layari laman MyDistress.







Baca seterusnya...

Apa Itu Parking MATA? Cara Menggunakannya ?

Wednesday, September 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Apa itu parking MATA ?

Parking MATA aplikasi Android pertama yang boleh membantu pemandu Malaysia untuk mengelakkan 'saman'.

Parking MATA is the first Android app that can help Malaysian driver to steer clear of 'summons'

Cara menggunakan aplikasi Parking MATA / How to use



Tap on “PARK“ to your vehicle location





After PARK success, tap on "HIDE" to hide the app.



If any "MATA" is spotted near where your vehicle, our system will send you alert asking you to run for your money!




Of course, you can help others as well when you saw MATA by sending off alert. Tap on "SAW MATA".



In the setting, you can set the alert distance as well as turning off the alert sound.


Difahamkan, aplikasi Parking Mata boleh mula digunakan

* Android Market on 8th September 2011
* AppStore on 8th October 2011
* OviStore on 8th November 2011


sumber : laman facebook Parking MATA


Baca seterusnya...

Wanita Badan Kecil Tapi Makan Banyak

Wednesday, September 07, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Inilah yang dinamakan kecil-kecil cili api walaupun kecil tapi pedas bukan main lagi. Begitulah ibaratnya untuk wanita dalam gambar di atas. Walaupun memiliki ketinggian cuma 1.65 sentimeter dan berat 44kg, dia berjaya mencatat 38 rekod dunia dalam pertandingan makan di dunia.

Sonya Thomas, 43 tahun merupakan seorang pengurus restoran makanan segera Burger King dan dia digelar Black Widow kerana berjaya mengalahkan peserta lelaki dalam pertandingan makan tersebut. Terbaru, Sonya Thomas berjaya mengekalkan rekod dunia miliknya apabila dia memakan sebanyak 183 keping kepak ayam dalam masa cuma 12 minit.



183 kepak ayam ?? Fuhh... giler aaa... (183 kepak ayam = 2.2 kg)

Thomas mendapat hadiah wang tunai AS$1,500 (RM4,477) kerana menjuarai pertandingan tahunan tersebut.










Baca seterusnya...

9.06.2011

Mengejutkan! Video Budak Perempuan 4 Tahun Memandu Kereta

Tuesday, September 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:
Satu video yang tersebar di Youtube mengejutkan ramai pihak apabila video tersebut menunjukkan seorang budak perempuan berusia 4 tahun memandu kereta ayahnya di jalanraya yang sesak dengan trafik.

Budak perempuan tersebut dipercayai bernama Jia Zheng berdasarkan rakaman dalam video tersebut. Ayahnya pula berada di tempat belakang semasa Jia Zheng memandu.

Video berdurasi 2 minit itu merakam aksi Jia Zheng memandu dengan tenang dan turut memotong kenderaan.

Selepas itu kedengaran suara ayahnya berkata : 'Jia Zheng, stop the car. Let daddy drive.'

Sukar untuk mempercayai budak berusia 4 tahun dapat memandu kereta dan sukar juga untuk mempercayai yang ayahnya berani membenarkan anaknya memandu di jalan banyak trafik.

Saksikan video budak perempuan 4 tahun memandu kereta dan anda nilaikan sendiri kebenarannya.








Baca seterusnya...

Video Rompakan di Restoran Subur Seksyen 15, Shah Alam

Tuesday, September 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels: ,
Satu video rompakan di Restoran Subur Seksyen 15, Shah Alam mula tersebar di laman sosial. Menurut maklumat dari video tersebut, kejadian rompakan tersebut berlaku di Restoran Subur (restoran mamak) Seksyen 15 Shah Alam pada 28 ogos 2011 sekitar jam 3:55 dan 4:55 pagi (waktu sahur ni)

Difahamkan, 8 saspek perompak menyerbu masuk ke premis dengan ada antaranya berparang. Semua pelanggan bertempiaran lari keluar dari premis. Perompak merampas 1 mesin juruwang dan 3 laptop pelanggan.

Saksikan video CCTV rompakan di Restoran Subur Seksyen 15, Shah Alam di bawah.




Kepada mereka yang suka ber"online" dan melepak bersama laptop di kedai mamak di dinihari, berhati-hati lah. Event ramai pelanggan ketika itu tapi semuanya bertempiaran lari. Perompak bawak parang tu... lebih baik lari dari kena libas melainkan semuanya berpakat bantai dengan kerusi.

p/s : tertiba rasa takut nak melepak kedai mamak layan bola. huhu..






Baca seterusnya...

Gambar, Video Penduduk Tangkap Buaya Terbesar di Dunia

Tuesday, September 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Seekor buaya seberat satu tan dan sepanjang 21 kaki berjaya di tangkap hidu-hidup oleh lebih kurang 100 orang penduduk kampung di Filipina.

Buaya itu dikatakan buaya terbesar pernah ditangkap hidup-hidup sejaka beberapa tahun ini.

Difahamkan, sebelum itu buaya tersebut telah membaham seorang nelayan dan usaha menangkap buaya tersebut berjalan selama 3 minggu.



Kini, setelah berjaya ditangkap, buaya tersebut ditempat di taman baru eko-pelancongan di Agusan dan menjadi satu daya tarikan terbaru. Penduduk kampung gembira kerana dapat menjadikan ancaman buaya sebagai aset pula.

Lagi gambar dan video penangkapan buaya terbesar itu dengan baca seterusnya.














sumber : Daily Mail

Baca seterusnya...

Aksi Ngeri Freddy Nock Berjalan Atas Kabel

Tuesday, September 06, 2011 by MR Penyubiru · 0 comments Baca seterusnya!
Labels:

Seorang pelaku nekad mendaki gunung setinggi 3,000 meter dengan berjalan di atas wayar kereta kabel setebal dua sentimeter.

Freddy Nock mengambil masa 90 minit untuk melengkapkan perjalanannya di puncak gunung Zugspitze di Bavaria tanpa sebarang kelengkapan keselamatan.

Selepas menamatkan cabaran meniti kabel sejauh 914 meter itu, Nock, yang memulakan kariernya ketika berusia 11 tahun, berkata: “Saya tidak mahu melakukannya lagi kecuali dengan galah pengimbang. Ia sungguh memenatkan.”

Artis tali tegang kelahiran Switzerland itu kini merancang mengemukakan kejayaannya kepada Buku Rekod Dunia Guinness selaku ‘pejalan di atas kabel paling jauh dan tinggi di atas paras laut tanpa menggunakan galah pengimbang.’ Nock melakukan jalanan itu sebagai sebahagian daripada usaha memungut derma untuk Unicef.

Dia berjaya melakukan perjalanan sejauh 1,600 meter itu, bermula dari stesen di puncak gunung di kawasan setinggi 3,302 meter ke stesen tengah yang berada pada ketinggian 2,700 meter dari paras laut. - mymetro

Lagi gambar aksi ngeri Freddy Nock dengan baca seterusnya.















Baca seterusnya...

Jangan lupa "Follow"

Jangan Lupa "Like"

Popular Minggu Ini

Entri Santai Terkini

Arkib

Menarik Tertarik